Sunday, August 23, 2009

Mengelilingi Flet Pekeliling...

Selalu sangat lalu kat Flet Pekeliling, buat aku pun teringin nak tahu apa yang ada kat situ sekarang. Setahu aku semua penduduk asal kat situ dah diarah berpindah dan flet tu sekarang kosong.
Aku sedikit bengong dan rasa pelik bila terkenang bagaimana penduduk rumah pangsa kat situ dikerah berpindah. Melihat kepada cara dan gaya arahan yang dikeluarkan, nampak macam rumah2 pangsa kat situ dah nak dirobohkan sesangat dah. Takutkan tindakan undang-undang punya pasal, di samping tidak mahu mencemarkan imej bandaraya, berpindahlah mereka2 tu ke perumahan lain.
OK...SELESAI SATU MASALAH!!!
Itu cerita 2-3 tahun lepas!
Saat dan ketika entri ini ditulis, nampaknya flet tu masih kukuh tersergam di tanah dan tapaknya. Dari luar, wajahnya tak ada yang berubah.
Tapi aku dan dua kawan aku dah bosan dan muak tengok blok2 rumah pangsa tu dari luar sahaja. Justeru kami bertiga berangkatlah meneroka ke alam dalam bangunan pula.
Macam2 rasa dan perasaan! Sedih, takut, berdebar, semualah!!! Sampah jangan cakaplah. Nama pun rumah tinggal. Dengan baunya lagi! Yang aku takutkan ialah haiwan bernama ular, tapi yg keluar sambut kunjungan kami ialah biawak! Syukur, bukan ular! Biawak pun sebenarnya menakutkan jugak!
Satu-persatu unit rumah satu bilik tu kami jengah. Semuanya menyedihkan, takde satu pun yang ditinggalkan tak menyedihkan. Luar dan dalam rumah sama je berselerak. Dinding2 diconteng. Elektrik tak ada, samalah juga ngan bekalan air! Lif lagilah tak ada, membuatkan kami terpaksa menapak anak2 tangga.
Aneka penemuan! Tapi yang paling menarik tentulah bra, spender dan jarum suntikan. (Sorry gambar tak dpt nak upload. Dah masuk library...hehe)
Lebih menarik, ialah penemuan beberapa penghuni di rumah yang disangka tak berpenghuni tu. Hantu??? Mana ada hantu! Penghuni yang kami jumpa itulah hantu kot, sebab diaorg cabut lari bila tersedar perumahan tu sedang diziarahi kami! Diaorang hantu yang tak mencekik (pengaruh drama swasta sangat!!)

Mungkin enak dan sesuai gunakan istilah terserempak dengan bebudak tu. Ya..kami terserempak dan kami sama2 takut. Walau kami bertiga dan ada kayu di tangan, rasa gerun tak hilang sikit pun, bimbang diapa2kan oleh penghuni yang di situ. Maklumlah, kami rasa diri kami ni penceroboh dan tetamu tak diundang tempat mereka, kalau boleh dikatakan tempat mereka.
Entah apa yang diaorg takutkan kami pun tak pasti. Kami bukan polis pun! Kami ke situ nak tengok2 jer. Tapi kami yakin sgt diaorang takut dgn kami. Kalau tak kenapa diaorg lari? Berlalu pergi dalam keadaan mencurigakan.
Ada sorang yang kami jumpa tu bulat kemain matanya. Biji mata mcm nak tertojol keluar. Seluar hijau, baju purple, kat kapla ada topi. Aku ingat lagi. Sayangnya tak sempat amik gambar. Gila nak amik gambar???Huhu..Time tu aku rasa akulah insan paling lemah di dunia!
Betul...Yang ini memang betul2 terserempak depan mata, dia bergegas turun tangga dan kami kat bawah. Kami pandang dia, dia pandang kami. Masing2 tergamam bila bertentang mata. Adalah kot lebih kurang 10 saat. Lama tu! Kalau dia nak tikam kami ke apa ke dah boleh sesangat dah! Tapi dia tak tikam, tak buat apa2 pun, dia cabut lari.
Kami pun malas nak pk panjang, tak pk positif lagi. Siapa lagi mereka2 tu kalau bukan budak2 hisap dadah!
Pakcik pemungut besi buruk pun ada kat situ. Kami jumpa dia termengah2 turun dari tingkat 16. Besi2 buruk yang dia dapat semuanya dicampak je ke bawah.

"Nak cari apa kat sini? Kalau nak cari yang hisap dadah pun, bebudak kita jugak, orang Melayu kita. Mana ada bangsa lain lagi dah. Dah berkali dah bagi nasihat, tapi tak jalan jugak. Biarkan ajelah, pakcik nak cari makan, jangan kacau pakcik sudahlah," kata pakcik tu dengan nada sedih.

Aku pun turut sama sedih. Sedih tgk keringat dan urat yang keluar dari kulit. Sedih dengar statement pakcik tu.
"Datang malamlah! Meriah sikit. Mat pit cara mat pit. Driver lori, driver teksi datang bawak awek. Yang tak ada tempat tinggal, mereka tinggal kat sini. Siang mereka kerja. Apa nak takut? Kita tak kacau diaorang, diaorang tak kacau kita," kata pakcik yang dah 4 bulan cari rezeki kat situ.
Nampaknya...SATU SELESAI, SEBUAH PETAKA!!!

No comments:

Post a Comment