Wednesday, December 2, 2009

Dan aku pun tersenyum...

"Buat banduan cinta...
di penjara atau di mana2...
Senyum selagi terdaya...
biar apa org kata...
krn cinta seadanya itu ada... "

ALHAMDULILLAH, langit kembali cerah, walau tadinya gerimis mengiringi aku sehingga aku tiba di pejabat. Dingin yg tak keterlaluan terasa selesa sekali. Spontan membuat aku sentiasa mengukir senyum. Mudah2an senyum ikhlas itu benar2 'diangkat' oleh-Nya menjadi sedekah pagi yg dpt dijadikan bekalan tambahan 'disana' kelak...Senyum...
SYUKUR, walau aku pernah gagal dan tewas dlm mempertahankan sebuah kebahagiaan dulu, aku masih diberi peluang utk menyedari betapa nikmat Tuhan di alam ini yg sebenarnya adalah paling indah dan membahagiakan di antara semuanya....Senyum....

NIKMAT, saat mata dipejam, Dia masih sudi menganugerahkan aku teman tidur sambil Dia datangkan kpdku mimpi2 indah. Dia masih mengizinkan aku utk bernafas, menghirup puas seberapa byk udara di alam milik-Nya ini. Tatkala mata dibuka pula, Dia biarkan lagi aku bernyawa, Dia berikan aku daya dan kekuatan utk aku bergerak bebas, bebas memijak mana2 bahagian bumi yg luas tak terjangkau ini...Senyum...

TERIMA KASIH, kerana di alam serba indah ini juga Dia telah sudi temukan aku semula lagi dgn keindahan kasih syg lainnya yg sblm ini aku benar2 pasti tidak mungkin aku temuinya lagi slps dia yg amat aku cinta pergi jauh dari diri ini...Senyum...

PENGHARGAAN, kerana rupa2nya aku masih punya teman2 yg masih peka, masih berfikir dan masih sudi meluangkan masa emasnya utk berkata2 nasihat. Sesungguhnya aku tidak dikurniakan ruang waktu, apatah lagi bakat untuk bertindak seperti itu. Utk manusia pernah bersalah spt aku ini, seharusnya aku amat mendambakan pandangan dan madah2 nasihat utk aku lebih menghargai setiap saat yg ada dlm hidup ini...Smile...
Terima kasih Tuhan, terima kasih kawan!

Semoga aku tak leka lagi kali ini....

Semlm berkesempatan jumpa Anang. Dia tenang. Sesekali dia senyum, ketawa riang walau kata karyanya, separuh jiwanya telah pergi.
Membuat aku terfikir; sesiapa saja berhak senyum dan ketawa walau dia sedang sedih. Dan kalau benar seseorg itu mengaku bersalah atau dituduh bersalah oleh org sekeliling utk seumur hidupnya sekalipun, dia masih punya hak utk senyum, walaupun ada yg akan buat andaian senyuman itu palsu!

Bagi aku, perkara palsu, dibuat-buat atau benar2 ikhlas, bukan persoalannya dan bukan kerja kita utk menilai! Begitu juga dgn jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal dan maut!
***Hari ni mood nak menulis mcm ni!!!