Tuesday, February 16, 2010

Love Story...

We were both young when I first saw you I close my eyes And the flashback starts I'm standing there On a balcony in summer air See the lights See the party, the ball gowns I see you make your way through the crowd And say hello, little did I know That you were Romeo, you were throwing pebbles And my daddy said stay away from Juliet And I was crying on the staircase Begging you please don't go, and I said Romeo take me somewhere we can be alone I'll be waiting all there's left to do is run You'll be the prince and I'll be the princess It's a love story baby just say yes So I sneak out to the garden to see you We keep quiet 'cause we're dead if they knew So close your eyes Escape this town for a little while 'Cause you were Romeo, I was a scarlet letter And my daddy said stay away from Juliet But you were everything to me I was begging you please don't go and I said Romeo take me somewhere we can be alone I'll be waiting all there's left to do is run You'll be the prince and I'll be the princess It's a love story baby just say yes Romeo save me, they try to tell me how to feel This love is difficult, but it's real Don't be afraid, we'll make it out of this mess It's a love story baby just say yes Oh oh I got tired of waiting Wondering if you were ever coming around My faith in you is fading When I met you on the outskirts of town, and I said Romeo save me I've been feeling so alone I keep waiting for you but you never come Is this in my head? I don't know what to think He knelt to the ground and pulled out a ring And said, marry me Juliet You'll never have to be alone I love you and that's all I really know I talked to your dad, go pick out a white dress It's a love story baby just say yes Oh, oh, oh, oh 'Cause we were both young when I first saw you

*Tersuka!!! Tapi bukan kat Taylor Swift! Enjoyyyy....

Wednesday, February 10, 2010

Tiba2 Murtabak Singapore...

Secara tiba2 terkenang-kenang Murtabak Singapore.
Yg kedainya jauh di Muar, Johor.
Sedap sungguh!
Kali terakhir makan July 2009.
Dgn Nana, Aiza dan Yanty.
Masa kenduri kahwin Nana DJ dgn Brian.
Bekerja sambil makan katanya!Murtabak ni tak mcm murtabak singgit setengah yg kita pernah mkn.
Dagingnya banyak melampau.
Sangat besar saiz dan rupa bentuknya.
Kena mkn ramai2...kongsi2...
Barulah 'mari'!Murtabak Singapore sudah 3 generasi lamanya.
Resipi daging dicipta sendiri.
Warisan asli turun-temurun.
Ada rasa rempah2 tak keterlaluan.
Memang kena dgn selera, citarasa dan tekak gue.Keenakan murtabak tak terbatas.
Sos masam kuah pencicah sgt mengujakan.
Timun pun ada!
Tapi maaf, gue tak layan timun.
Hanya layan murtabak dan kuahnya sahaja!
Mau makan murtabak Singapore hati mau tabah.
Kena ada kesabaran.
Tak boleh marah menggila order lambat sampai.
Sebab pelanggannya gila ramai.
Dtg dari jauh, dari dekat.
Semua mau makan murtabak yg sama.
Silalah ikut giliran.
Jadi, kdg2 kena berdiri lama tunggu meja kosong.
Satu jam tunggu untuk sebiji murtabak
bukan mustahil.
Namun, ada mereka kesah???!!!
Hebatnya penangan murtabak Singapore!INFO:
Alamat: 1-4, Batu 1, Tanjung Agas, Muar. (Ada cawangan di JB gak)
Waktu operasi: Setiap hari. 10pg-12mlm. Jumaat buka 4pm.
Harga: RM5 (kecil), RM8 (besar), RM12 (special).----aku tak sure sgt harga ni betul ke tak.

***Menulis dan mengupload gmbr Murtabak Singapore pada waktu tengahari tanpa dpt menikmatinya sgt mencabar minda dan jiwa!

Tuesday, February 9, 2010

Thursday, February 4, 2010

Mencegah lebih baik dari merawat kembali...

Lawak sms yg masuk ke inbox telefon aku. Mengheret aku menjadikannya salah satu entri di sini...

"i tnmpk keta my ex bf. skrg i kat kdai printing. xtau nk buat apa. nk call dia, i dh x simpan numb dia. hehe...tak pelah, saja nk bgtau tu je. daaa..."

aku balas sms pelikdan bermotif konfius ni, ringkas.

"nk number dia ke?"

dia balas pantas

"NO!!! tak nak. jgn bagi! takut nnt i tercall dia. huhu"

aku balas lagi

"013-XXXXXXX. bukan number your ex! so, jgn call! haha..."
(aku sengaja nak test dia...kuat iman ke tak..ngeh..ngeh)

dia tak jemu membalas

"haha. itu numb lama. numb i dgn dia dulu. skrg dia guna numb lain. xpelah. jgn bagi!"
(alamakk..tersalah bagi number...errr..tapi kuat kan memori diaa???)

dan aku tak lagi membalas, walau aku ada gak simpan numb lain ex bf dia.

EX OH EX...pening kan bila pk pasal ex? Tak kisahlah pening sbb byk sgt senyum teringat saat2 manis dgn si dia, atau pening bila terkenang balik hidup mcm di neraka masa dgn dia dulu. Silap hari bulan, sbb ex, keja kita satu habuk pun tak jadi. Mungkin ada antara kita yg dah takde apa2 perasaan dgn ex. Tp sbb ex pernah jadi org yg kita syg dan dia pun pernah syg kita suatu masa dulu, darah akan menyirap bila org bercakap dan berkata2 pasal dia. Tak kisahlah berkata yg baik atau yg buruk!

Macam org yg aku citer kat atas ni, bukannya bertentang mata pun dgn ex dia. Takde pun org bercakap2 pasal ex dia. Tapi tengoklah reaksi dia, baru nampak kereta je, dah menggelabah, tak tau nak buat apa. Last2 sms aku. Motiff???!! Hehe...

Aku tau bukan senang nak lupakan ex. Perangai dia mcm setan pun, dia pernah curang berkali2 pun, kalau dah namanya ex bf/gf, mesti ada rasa sesuatu punyalah. Tak sikit, byk. Tak byk, sikit. Tak byk, sgt byk! Hahaha..

Aku sebut 'sesuatu' sbb aku pun tau tau mcm mana nak describe perasaan sesuatu tu. Yg ada ex tu fahamlah kot perasaan yg aku maksudkan ni. Ex oh ex!

Perasaan tu boleh jadi suka, syg, benci, geram, simpati, marah, rindu, sgt benci, meluat, excited dan mcm2 lagi. Yg mana rasa suka dan excited semcm bila nampak ex dia, haaaa berhati2lah. Mungkin itu petanda dia masih lagi sygkan ex dia. Sikit atau sekelumit tak kisahlah! Yg penting ada! Dan, tak mustahil lps tu kita akan dgr pasangan tu dah berbaik semula. Sikit2 lama2 jadi bukit!

Well...Berpisah dan menyambung semula hubungan yg dah terputus tu bagi aku tak salah. Yang salah dan tak best dgr bila masing2 sbnrnya dah ada gf/bf baru. Tak ke kesian kat diaorg2 tu? Yg dah lepas tu lepaslah. Bukak buku baru dgn org baru!

So, kalau boleh, elakkanlah drpd bertemu/berjumpa/berchatting/berfb/berselisih/berhubung/bercakap2/bermain mata/bersms/berutus email@surat dan bermcm jenis 'ber' dgn ex. Mcm kwn aku ni, dia memang elak. Aku jer jahat, saja nak test tahap kesetiaan dia!

Mungkin niat kita baik pada mulanya. Alaa..nak kwn2 jer. Apa salahnya. Apa ada hal! Tapi jgn tak tau dari 'ber' itulah yg akan jadi 'ter'. Tersuka, terpaut, tersangkut, terkasih, tersyg, terjatuh tercinta, terpegang dan akhirnya tersambung dan tercantum balik.

Bila yg cerai-berai dan terpisah bersatu kembali, apa lg nak kata? Mestilah jodoh kan? Sebab dlm hidup ni ajal, maut, jodoh, pertemuan bukan kerja kita!!! Dia yg menentukan.

Apa2 pun, sebagai manusia kita boleh berusaha dan bertawakal. Kalau kita tak mau sesuatu tu berlaku, kita perlu dan kena elak.

AVOID!!!~~~~~~~~

Kata seorg adik dan seorg teman yg ada ramai ex!

Monday, February 1, 2010

Mari jadi pereka baju!!!

Aku interview Shaffiq bebaru ni. Ex-student MMU. Kawan aku yg perkenalkan aku ngan mamat unik nih. Thanks kawan!

Menarik tentang Shaffiq, dia ni menjadi pereka baju utk diri sendiri. Kalau dia kuar gi Chow Kit atau ke Thailand, dia akan beli byk2 kemeja bundle, kemudian mulalah dia cari idea kreatif supaya dpt dia mengubah suai kemeja yg dia beli tu.

Baju kat atas ni dia tukar benang kaler merah. Rajin kan dia???!!

Lepas dpt idea, dia pun bawaklah kemeja yg dia nak ubah suai tu ke tukang jahit. Shaffiq kata ramai jugaklah taylor yg pening nak ikut idea dan kehendaknya. Yang marah2 pun ada jugak sbb depa kata Shaffiq mintak depa buat yg bukan2 kat kemeja tu. Bukan semua tukang jahit reti!

Biasanya Shaffiq akan ubah butang dan potongan kemeja. Dia potong kemeja2 besar cantik2, ngam2 ikut bentuk badan. Ada jugak kemeja perempuan yg dia ubah jadi kemeja lelaki. Bila dah siap, nampak segak bergaya pulak bila Shaffiq pakai. Tak nampak langsung kemeja tu mcm kemeja pompuan.

Ni lah kemeja pompuan yg telah diubah suai Shaffiq

Butang2 pulak Shaffiq suka beli kat area Pudu dan Sg Wang. Dia kata kat situ jual mcm2 jenis butang yg cantik, pelik dan unik. Contohnya butang yg dibuat drpd kulit kerang. Macam gambar kat bawah ni.



Setakat yg aku tahu, Shaffiq dah ada lebih kurang 500 helai kemeja. Kat kampung dia kat Alor Star pun ada lagi koleksi. Mak dia mula2 marah, tp lama2 dah tak larat nak marah dah! Suka hati kaulah nakkk!!!

Shaffiq kata, dia buat kerja ubah suai kemeja ni sbb minat. Bukan sbb nak tunjuk pandai ke apa. Bila sehelai kemeja siap diubah suai, dia puas hati. Dia tak kisah pun kalau ada org menghina dan mengutuk! Yang penting, confident!!!


Lagi satu yg best tentang hobi ni, bila Shaffiq pakai kemeja buatan sendiri tu, dia tak payah risau kot2 ada org yg pakai baju sama dgn dia dalam satu event yg sama. Malu kot kalau jadi mcm tu!


"Walaupun baju bundle murah, tapi saya bangga dan puas hati sebab mustahil utk org lain ada kemeja yg sama mcm saya pakai."


"Sbnrnya, kemeja lelaki perlu digayakan mengikut karektor individualistik. Potongan, corak dan warna kena sesuai dengan umur, kulit dan perwatakan. Jenis kain pun penting. Tersilap pilih kain, corak, warna dan potongan, tak pasal2 nnt jadi mcm cikgu Perdagangan!..."- Shaffiq, 27, Kedah