Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Tiba2 Murtabak Singapore...

Secara tiba2 terkenang-kenang Murtabak Singapore.
Yg kedainya jauh di Muar, Johor.
Sedap sungguh!
Kali terakhir makan July 2009.
Dgn Nana, Aiza dan Yanty.
Masa kenduri kahwin Nana DJ dgn Brian.
Bekerja sambil makan katanya!Murtabak ni tak mcm murtabak singgit setengah yg kita pernah mkn.
Dagingnya banyak melampau.
Sangat besar saiz dan rupa bentuknya.
Kena mkn ramai2...kongsi2...
Barulah 'mari'!Murtabak Singapore sudah 3 generasi lamanya.
Resipi daging dicipta sendiri.
Warisan asli turun-temurun.
Ada rasa rempah2 tak keterlaluan.
Memang kena dgn selera, citarasa dan tekak gue.Keenakan murtabak tak terbatas.
Sos masam kuah pencicah sgt mengujakan.
Timun pun ada!
Tapi maaf, gue tak layan timun.
Hanya layan murtabak dan kuahnya sahaja!
Mau makan murtabak Singapore hati mau tabah.
Kena ada kesabaran.
Tak boleh marah menggila order lambat sampai.
Sebab pelanggannya gila ramai.
Dtg dari jauh, dari dekat.
Semua mau makan murtabak yg sama.
Silalah ikut giliran.
Jadi, kdg2 kena berdiri lama tunggu meja kosong.
Satu jam tunggu untuk sebiji murtabak
bukan mustahil.
Namun, ada mereka kesah???!!!
Hebatnya penangan murtabak Singapore!INFO:
Alamat: 1-4, Batu 1, Tanjung Agas, Muar. (Ada cawangan di JB gak)
Waktu operasi: Setiap hari. 10pg-12mlm. Jumaat buka 4pm.
Harga: RM5 (kecil), RM8 (besar), RM12 (special).----aku tak sure sgt harga ni betul ke tak.

***Menulis dan mengupload gmbr Murtabak Singapore pada waktu tengahari tanpa dpt menikmatinya sgt mencabar minda dan jiwa!

Friday, November 27, 2009

Marathon makan di Penang!

Perjlnan ke Penang dimulakan dgn bacaan Bismillah dan doa. Kemudian barulah kami ber4 baca Bismillah utk mkn breakfast pada pagi tu dan Bismillah utk mkn pada kali dan hari berikutnya. Apa pun, breakfast kami bukanlah di Penang, tp di Hentian Sg Perak saja. Dah tak tahan dah! Masa tu pukul 7.30pagi. Lagi 2 jam lebih nak sampai Penang. Menu aku utk pagi tu ialah nasi goreng dgn telur rebus msk sambal bersama teh panas. Nasi lemak bungkus berharga singgit dlm pic di bwh adalah kepunyaan Yanty. Tj dan Niza mkn bihun goreng yg gmbrnya aku terlupa nak tangkap.Hujan renyai2 di Penang menyambut ketibaan kami. Finally dpt gak aku jejak Penang dgn kwn rapat aku. Dan syukur, Niza, kwn lama/rapat aku dan TJ masa matrix dulu merangkap pemandu pelancong kami pun selamat bertemu kami dgn jayanya. Memandangkan waktu masih berada di lingkungan 'pagi' masa tu, kami jln2 kat Lorong Kulit jap dan amik 2nd breakfast kat Honey Rock Corner. Roti bakar telur kat sini memang semua org kena try, at least skali seumur hidup. Aku sbnrnya nak mkn roti tempek nyiok kat situ, tapi dah habislah pulak. Tak kisahlah, roti bakar telur pun OK utk aku! Janji Penang!!!
Lunch punya cerita, kami mkn nasi kandaq kat Hameediyah, Campbell Street. Mula2 nak mkn nasi kandaq Lineclear, tapi bila pk2 balik, Lineclear lebih sesuai kami jejaki pada hari esok. Kat Hameediyah, aku mkn nasi kandaq lauk kari ikan, bendi, limpa, kuah campoq! TJ, Niza dan Niza Harmaini pun sama bedal nasi kandaq, tapi Yanty dia nk try beriani. OK...OK...Up 2 you! Hameediyah ni aku sker tempat dan deko restoran dia yg ala2 buruk dan lama. 2 tingkat, sempit, nak jln kena kecikkan badan, tapi yg sempit tu lah yg ramai org dok pi mkn. Harga utk 5 org mkn, tak sampai RM50. TQ to Niza Harmaini krn menaja lunch kami hari tu.
Ptg sket, kami lepak Gurney Drive ataupun org panggil Pdg Kota (baru). Byk giler stall2 kat sini especially stall Chinese. Pdg Kota ni tak pernah berubah dari zaman skolah aku dulu smpai skrg. Kat sini ptg2 dah start ramai org, mlm lagilah happening dan pening. Siap jem lagi. Masa kat sini, sbnrnya perut masing2 x habis lg proses nasi kandaq td, tp kami bantai mkn gak. Kami kesuntukan masa. Esok dah nak balik. Rugi kot pi penang tp tak pekena betul2 dia pny food! Pdg Kota telah menyaksikan kami mkn pasemboq, rojak buah dan tau fu fa. Kami amik mknan yg wajib2 je. Masa ni semua teringin sgt mkn laksa, tapi takde sape pun berani order sbb tau, kalo order gak laksa, confirm perut masing2 akan pecah dan meletoppp!!!
Malam, lps lepak jap kat HRC Penang dan beli apa yg patut berserta jln2 kat Pasar Malam Feringgi, kami singgah kat food court area situ gak. Segala mcm food ada kat sini. Peninglah jugak nak order. PK punya PK, aku pun order Fried Oyster w Egg ngan Garlic Bread w Cheese. Aku main order jer, walaupun time tu aku bukannya lapar sgt pun! Yanty mkn nan cheese sama dgn Niza. TJ mkn kue teow sup dan Niza Harmaini order Pepperoni Pizza utk dimkn beramai2. Dekat2 kul 12 mlm, kami pun balik utk 'pekena' santapan lain pulak yg tak kurang enaknya! Hehe...
2nd day! Good Morning Penang!!! Haha...Morning apanya?!!! Kami x breakfast pun. Terlajak tido. Kul 11 baru bangun. Itu pun sbb TJ sms aku suh bangun! Tanpa teragak2, tmpt pertama yg kami pergi hari ni tentunya nasi kandaq Lineclear. Gila lapaqqq!!! Sampai sana, mcm biasa, kena beratur pjg. Aku, TJ dan Niza je beratur. Yanty jaga tempat. Niza Harmaini masa tu otw ke situ katanya. Nasi Kandaq Lineclear ni bolehlah dikatakan sebati dgn jiwa aku sbb masa zaman sekolah dulu, kalau aku outing mesti aku akan dtg mkn kat sini. Tak pun, beli bungkus mkn kat hostel. Tempatnya tak berubah sikit pun. Tetap buruk dan...kotor sket sbb lokasi gerai terletak kat lorong usang. Tapi aku tak kisah. Ramai org tak kisah. Kalo ada yg kisah, silalah ke gerai nasi kandaq lain yg dirasakan bersih. Satu lagi, kat Lineclear ni ada lauk fav aku iaitu telur sotong. Kat tmpt lain memang susah nk dpt. Setahu aku, yg jual telur sotong ni kat sini ngan Restoran Subaidah jer. Kat tempat lain aku x pernah jumpa lagi.
Dgn perut yg penuh-sepenuhnya, kami berjln ke bazar Chowrasta utk beli jeruk. Kat situ mkn lagi! Mcm2 jenis jeruk ada. Sebut jer nak jeruk apa. Semua ada! Tauke jeruk tu kata sblm beli boleh rasa semua jeruk yg ada kat situ. Kami pun apa lagi!!??? Rasa setengah kilo, beli setengah kilo! Tj & Nizalah yg byk beli jeruk. Buat 'ole2' dari Penang. Bagi kat kwn2 ofis. Aku beli sikit jer. Niza Harmaini lagilah balik dgn tgn kosong sbb dia memang duduk Penang pun!!! Anytime bley beli. Tapi Niza Harmaini tetap tak lepaskan peluang'merasa' jeruk2 yg ada!
Kalo ikut plan asal lps beli jeruk nak gi mkn cendol ngan cucuq udang kat dlm bazar. Tapi tutup plak. Tak pe, kami ada option lain. Tetap mkn cendol, tapi mkn Cendol yg dieja sbg Chendul; Penang Road Chendul. Tp org2 Penang panggil cendol ni 'cendoi Pua Chu Kang' sbb Pua Chu Kang pun pernah mkn kat sini. Siap ada gmbr lg! Selain cendol, ada gak ABC yg disebut ais kacang. Mcm biasa, bila dah sedap dan famous, haruslah kena beratur. Dia tak sediakan kerusi/meja. So, mkn cendol sambil berdiri je lah. Aku OK jer! Tak taulah org lain!
Penang Road Chendul adalah menu terakhir kami b4 bertolak balik KL. Memang penuh perut. Ingatkan nak mkn laksa, tp dah tak tau nak sumbat celah mana lagi. Tak pelah, next time, maybe! (Ayat nak sedapkan hati). Otw balik KL, kami singgah plak mkn Mee Banjir Udang Kuala Sepetang. Walaupun masing2 kenyang lg, tapi rasa2nya time tu perut dah mampu sket menerima masuk mknan. Lgpun alang2 dah sampai ke utara, rugi rasanya kalo tak singgah. Kat situ kita boleh order apa2 je mknan, tp semua dia akan bubuh udang dlm kuantiti yg byk. Kalo udang bela, semangkuk mee berharga RM6, dan kalo udang laut RM10. Aku ngan TJ amik udang laut. Laksa pun ada jugak, dan laksa pun dia bubuh udang. Tp disbbkan Yanty x mkn udang, dia order laksa biasa jer. Menu lain yg ada kat sini ialah sotong kangkung dan satay!

Destinasi terakhir ialah Hentian Tapah. Aku surrender!!! Dah tak boleh masuk apa2 mknan lagi. Tabik utk TJ,Niza dan Yanty sbb boleh lagi menikmati buah-buahan dan waffle. Thanks utk Niza Harmaini yg sanggup melayan kerenah dan ragam kami. Nanti kami pi lagi!!!

Tuesday, September 1, 2009

Kampungku dan kerang rebus Ramadan

Makan kerang rebus wajib bagi aku dan keluarga aku setiap Ramadan. Aku tak tau sangat pasal asal-usul kerang rebus ni. Yang aku tau, sejak aku kecik lagi ramai orang kampung aku memang akan makan kerang rebus lepas berbuka, termasuklah aku, adik-beradikku, bapak dan emakku, sepupu2ku, emak menakan serta bapak menakanku, walaupun rumah diaorang sebenarnya jauh dari kampung aku! Sanggup, kerang rebus punya pasal!

Masa aku kecik dulu jugak, aku ingat semua kampung2 kat Malaysia ni sama macam kampung aku, iaitu menjadikan kerang rebus sebagai santapan malam selepas 3-4 jam berbuka. Tapi bila aku makin dewasa dan membesar bagi johan, merantau ke negeri2 lain, barulah aku sedar yang amalan yang dah jadi tradisi ini hanya ada kat kampung aku je yang bernama Parit Buntar (PB), Perak.

Lantas aku pun rasa bangga dgn tradisi unik kampung aku dan membuatkan aku lebih sayang dan mencintai tanah kelahiran aku ini. Huhu...
Disebabkan aku rasa kisah kerang rebus Ramadan ni unik, aku pun buat sedikit temuramah eksklusif tapi tak rasmi dgn bapak aku tentang kerang rebus yang jadi kegilaan orang2 kampung aku ni.
Lagipun bapak aku anak jati, lagi sejati PB, bolehlah cerita sikit2 pasal sejarah dan kerang rebus yang dah sinonim dengan PB ni.
Bapak aku kata, kat PB kerang rebus mula2 sekali dijual di Permatang Tok Mahat. Nama kedai tu Bamboo Inn dan masih wujud popular sampai sekarang. (Patutlah Bamboo Inn masa aku kecik2 dulu kat tanah dia penuh ngan kulit kerang)

Peminat kerang rebus Bamboo Inn masa tu memang luar biasa ramai, esp bulan puasa. Bila permintaan tinggi, ramailah peniaga lain yang cuba nasib. Depa pun pakat jual kerang rebus jugak! Sayangnya, sambutan tak sekencang bulan puasa. Lalu, ramailah yang berniaga kerang rebus bulan Ramadan je dan tgk2 berlarutan sampai sekarang.

Unik kan kampung aku!? Supper makan kerang rebus. Huhu.. Memang meriah lagi happening. Kalau dah sampai ke PB, tak payah susah2 cari kedai mana nak makan sbb boleh dikatakan setiap kedai makan akan jual kerang rebus punyalah! Yang memenuhkan gerai bukannya 1-2 golongan je,tp semua golongan dan peringkat umur. Ada yang datang bawak family, dgn kwn2 dan yang pasti mak aji dan pak lebai yang baru balik tarawikh mesti akan singgah kat mana2 gerai untuk pekena kerang rebus.

Kerang2 tu pulak dijamin fresh. Kalau nasib baik, dptlah merasa kerang yang baru naik dari laut. Lagi satu, kat kampung aku kerang rebus tak cicah dengan sos, tapi cicah dengan kuah kacang. Perghhhh...Korang memang kena try. JGn setakat baca tanpa disusuli dgn percubaan. Rugi amat!!!

Sedikit info, dalam banyak2 gerai kerang rebus yang ada, gerai paling popular setakat entri ini ditulis ialah gerai Pak Mat kat Jalan Sekolah. Punyalah ramai sampai susah sikit nak parking keta, tapi tak berbayar tau!!! Lagi nak dekat raya, lagilah meriah sebab ramai anak2 PB yang balik cuti raya akan buat gerai kerang rebus sebagai tempat lepak diaorang. Dapat lepak satu malam pun jadilah, dah puas hati dah! Memang nikmat. Time2 tu lah dapat jumpa balik kengkwn lama, awek lama, bf lama dan musuh lama. Tapi aku tak ada musuh kat kampung. Di luar kampung adalah 3-4 orang.

Bab harga jangan pening2 pk. Sepinggan lebih kurang RM1.50-RM2.00 sahaja. Terbaru yang aku makan, sepinggan 2 hengget. Aku order 3 pinggang yang separuh masak sbb aku tak suka kerang yg betul2 masak sampai jadi kecik dan kecut tu. Hilang manis dan khasiatnya. Tapi setengah orang tak lalu dan tak bley accept mkn kerang separuh masak tu. Terpulang!

Tepuk dada, tanya selera, bukak mulut dan ikmatilah kerang rebus Ramadan di Parit Buntar.

Wednesday, April 1, 2009

KUIH UDANG di sebalik bumi Hang Tuah

Aku panggil CUCUR UDANG jer...tapi bila kaki aku menjejaki tanah Melaka...cucur yg slama ni aku panggil cucur udang tetiba lak bertukar nama menjadi satu nama yg lebih komersial iaitu KUIH UDANG...walaupun wajah dan rasanya sama jer barulah aku tau yg rupa-rupanya org Melaka memang panggil CUCUR UDANG sbg KUIH UDANG..tak kisahlah pasal tu...cucur ke..kuih ke..yg penting bentuknya sama...berwarna kekuning-kuningan & tetap dibuat daripada tepung gandum berwarna putih...
eina model terkenal tanahair adalah org yg bertanggungjwb memperkenalkan kuih udang ni kat aku...dia org melaka dan dialah yg bagi direction sumer sehinggalah aku slamat sampai ke lokasi yg dimaksudkan...apa2 pun thanks sbb bagi satu bahan citer yg cukup menarik yg telah pun disiarkan dlm BACARIA...

menurut org yg aku interview...kedai kuih udang ni ada 2 CAWANGAN...dua2 kat melaka...satu kat ALOR GAJAH (since 1979)..satu lg kat MASJID TANAH (since 2002)...pukul 10 pagi kedai ni dah bukak & tutup lebih kurang pukul 8 mlm...ikut suka hati koranglah nak pegi situ utk breakfast..lunch or minum ptg...(aku gi time nak dkt2 minum ptg)...aku dah pegi dua2 kedai ni..tp pic yg ada kat sini adalah pic kedai yg kat masjid tanah...(pic kat alor gajah ada kat library mls nak cari)...tapi kalo x silap aku..yg kat alor gajah tu besar sket dari kedai yg ni dan ada kedai2 lain di sekelilingnya...(lebih kurang food-court)

1st time pekena kuih udang ni...ianya mengingatkan aku kpd rojak singapore dan pasembor penang disbbkan dia punya bahan sampingan yg nak dekat2 sama...ada fish cake..ada tauhu goreng...tempe goreng..telur rebus...popia goreng dan lain2 bahan lagi selain main menu iaitu cucur udang...tapi yg menjadikan kuih udang ni begitu digilai..diingati dan melonjak naik popularitinya tak lain tak bukan disebabkan SOSnya yg dibuat sendiri si penjual...(memang nmpk cam sos bodoh2 jer...tapi rasanya memang buat gwe teringat2 sampai ke saat ni)....dan tak silap aku...disebabkan sos ni terlalu enak tak terkata...owner kedai ni dah bukak kilang sos utk dia punya pelanggan yg nak memiliki sos ini di rumah atau di laci/pantri ofis masing2...tapi tak dinafikan kuih udang kat sini pun ada sket special berbanding yg aku pernah rasa sblm ni...kiranya sos & kuih udang ni sama2 sedaplaa...

bagi aku...bestnya kuih udang ni ialah kedai mknnya yg sederhana...tak eksklusif melampau sampai org gerun nak masuk & tak pulak tampil mcm gerai yg bakal roboh 2-3 hari lg...senang citer...kedai ni ala2 kedai kopi laaa...sesuai utk penduduk kat situ singgah mkn & sesuai jugak utk dikunjungi org luar mcm aku nih...bab harga...tersgtlah berpatutan...masa aku gi...semua bahan dijual 50sen (tak taulah kalo skrg dah naik harga)...so jgn plak ada yg gi situ dok tawar-menawar...mintak kurang sekupang-dua ke...kalo tukang jual tu sendiri bermurah hati nak bg diskaun tak pelah...hehe

kedai ni aku tgk sentiasa ada pelanggan..tp kalo pegi time ptg2 kenalah bykkan bersbr tunggu turn..yealah..nak pilih bahan2 lg...nak tunggu org tu potong & kemudian bungkus..mestilah amik masa sket kan...tapi menunggu pun taklah memkn masa berjam-jam...biasa2 jer u all...

kalo sesape yg bercadang nak try kuih udang ni...aku cadangkan korang amik skali dia punya AYAM (harga bwh RM2 kalo x silap aku) & PUYUH GORENG (harga ikut saiz)...sedapppp....time mkn tu selang-selikanlah...ayam-kuih udang dgn bahan lain...sker hati koranglah samada nak tuang sos kat atas bahan2 tu atau pun nak asingkan sos dan cicah...sker hati korang gak sama ada nak mkn dgn tgn atau nak cucuk dgn garfu yg disediakan..yg penting mkn makanan bernama kuih udang kat sini memang memberi nikmat yg sukar diungkapkan dgn kata-kata...biar pun ucapan manja..huhu..