Tuesday, August 25, 2009

Org ke-3: Dari bidadari ke BUKAN BIDADARI...

(Mengetuk sambil cuba jadi seneutral mungkin)
Menonton cerekarama BUKAN BIDADARI adalah tak sengaja. Juga jadi drama pertama yg berjaya ditonton dari mula sehingga penamat kisah. Sudah 4 bulan tak tonton TV, tapi sering mendengar TV.
Apa ya tentang Bukan Biadadari? Cuma satu; beradanya entri ini di sini kerana kisah dan pengkisahannya yang berkesudahan tragis, tak berbaloi buat kedua2 watak utamanya yg hakikatnya saling mencinta.

(masih cinta, tapi hubungan sudah terputus. sama ke 'feel'nya jika disambung semula?)

Umie Aida aku minati, tapi lakonnya kali ini biasa2 sahaja. Fahrin tak diminati, namun tak pula di bawa ke tahap membenci.
Kecewa amat!!! Kenapalah bidadari tak boleh sabar sikit? Sikitttt saja. Itulah kesilapan kebykan bekas2 bidadari. Melatah, melenting, terlalu ikut kata hati, terbuai2 perasaan sehingga menjahanamkan diri dan hari kemudian sendiri.

(marah macam mana sekalipun, jgn sampai buat keputusan bodoh! )

LUMRAH...Lelaki!!! Sedunia maklum akan hati, naluri mereka yang bernama lelaki. Sudah berbini, namun tak puas, gemar mencari2 penghibur hati. Logik! Nama pun penghibur. Kalau dibawa ke tempat tidur sekali pun, bidadari nun di rumah tetap yg pertama di hati, bukan penghibur jd yg pertama.
Biadadari apa mahu kisah? Nafkah zahir batin tetap diberi. Jelas, cinta suami kepada bidadari bukan hanya di tempat tidur, tidak seperti perempuan penghibur. Tapi cintakan bidadari sudah dijanji mahu dibawa ke mati.

HAKIKAT...Bidadari!!! Tabahlah, sabarlah, tak ada satu pun rumah tangga yang tidak diuji-uji. Bertugaslah, bertanggungjawablah tanpa henti. Taatilah suami, walau pedih hidup bersuamikan perangai ini.

(bila dah tak ada, barulah rasa nak menghargai)

Mudah bergelar bidadari, tapi tak mudah jadi bidadari. Sebenar-benar bidadari perlu ingat saja yang ini: Penghibur di mana2, senang dicari, mudah berlalu pergi, seperti angin yang lalu dan berlalu. Sifat dan kehadirannya sementara cuma. Bukan abadi seperti bidadari. Jaga2 sementara kamu jadi bidadari!

(lambat-laun lelaki akan sedar juga kesilapan mereka)

Aku percaya, setiap isteri yg sabar dan taat kpd suami walaupun suaminya gatal nk mampos akan diberi kebahagiaan yg abadi kelak. Setiap pengorbanan, kesabaran, mesti ada ganjarannya. Dan suami, jika isterinya berterusan taat, pasti akan tersedar dari kesilapannya.
Lelaki dikurniakan 9 akal, 1 nafsu.
Perempuan dikurniakan 9 nafsu, 1 akal.

(yang mana nampak lebih keji? perempuan mengaku curang atau lelaki mengaku curang?)

Bererti perempuan, terutama isteri2 yang dinobatkan sbg bidadari oleh si suami jgn sesekali terpesong akalnya yang 1 itu kerana rugi sekali bila BIDADARI, hanya disebabkan org ke-3, akhirnya terlucut takhta dan menjadi BUKAN BIDADARI lagi.
Konklusi: Suami dan bidadari sama2 rugi...

kdg2...disebabkan terlalu ikutkan perasaan, kita terlepas kebahagiaan lalu. contoh: dulu bahagia berbuka bersama pasangan yg kita syg, skrg tak pasal2 berbuka sensorang

aku rasional menaip tentang ini. tapi mengaku ada sedikit emosi! kenapalah bidadari buat keputusan tak guna otak???

aku bukan pihak lelaki atau perempuan. mentalitas bersifat neutral dlm konteks ini. berfikir cara terbuka dan berteraskan logika...

Sunday, August 23, 2009

Mengelilingi Flet Pekeliling...

Selalu sangat lalu kat Flet Pekeliling, buat aku pun teringin nak tahu apa yang ada kat situ sekarang. Setahu aku semua penduduk asal kat situ dah diarah berpindah dan flet tu sekarang kosong.
Aku sedikit bengong dan rasa pelik bila terkenang bagaimana penduduk rumah pangsa kat situ dikerah berpindah. Melihat kepada cara dan gaya arahan yang dikeluarkan, nampak macam rumah2 pangsa kat situ dah nak dirobohkan sesangat dah. Takutkan tindakan undang-undang punya pasal, di samping tidak mahu mencemarkan imej bandaraya, berpindahlah mereka2 tu ke perumahan lain.
OK...SELESAI SATU MASALAH!!!
Itu cerita 2-3 tahun lepas!
Saat dan ketika entri ini ditulis, nampaknya flet tu masih kukuh tersergam di tanah dan tapaknya. Dari luar, wajahnya tak ada yang berubah.
Tapi aku dan dua kawan aku dah bosan dan muak tengok blok2 rumah pangsa tu dari luar sahaja. Justeru kami bertiga berangkatlah meneroka ke alam dalam bangunan pula.
Macam2 rasa dan perasaan! Sedih, takut, berdebar, semualah!!! Sampah jangan cakaplah. Nama pun rumah tinggal. Dengan baunya lagi! Yang aku takutkan ialah haiwan bernama ular, tapi yg keluar sambut kunjungan kami ialah biawak! Syukur, bukan ular! Biawak pun sebenarnya menakutkan jugak!
Satu-persatu unit rumah satu bilik tu kami jengah. Semuanya menyedihkan, takde satu pun yang ditinggalkan tak menyedihkan. Luar dan dalam rumah sama je berselerak. Dinding2 diconteng. Elektrik tak ada, samalah juga ngan bekalan air! Lif lagilah tak ada, membuatkan kami terpaksa menapak anak2 tangga.
Aneka penemuan! Tapi yang paling menarik tentulah bra, spender dan jarum suntikan. (Sorry gambar tak dpt nak upload. Dah masuk library...hehe)
Lebih menarik, ialah penemuan beberapa penghuni di rumah yang disangka tak berpenghuni tu. Hantu??? Mana ada hantu! Penghuni yang kami jumpa itulah hantu kot, sebab diaorg cabut lari bila tersedar perumahan tu sedang diziarahi kami! Diaorang hantu yang tak mencekik (pengaruh drama swasta sangat!!)

Mungkin enak dan sesuai gunakan istilah terserempak dengan bebudak tu. Ya..kami terserempak dan kami sama2 takut. Walau kami bertiga dan ada kayu di tangan, rasa gerun tak hilang sikit pun, bimbang diapa2kan oleh penghuni yang di situ. Maklumlah, kami rasa diri kami ni penceroboh dan tetamu tak diundang tempat mereka, kalau boleh dikatakan tempat mereka.
Entah apa yang diaorg takutkan kami pun tak pasti. Kami bukan polis pun! Kami ke situ nak tengok2 jer. Tapi kami yakin sgt diaorang takut dgn kami. Kalau tak kenapa diaorg lari? Berlalu pergi dalam keadaan mencurigakan.
Ada sorang yang kami jumpa tu bulat kemain matanya. Biji mata mcm nak tertojol keluar. Seluar hijau, baju purple, kat kapla ada topi. Aku ingat lagi. Sayangnya tak sempat amik gambar. Gila nak amik gambar???Huhu..Time tu aku rasa akulah insan paling lemah di dunia!
Betul...Yang ini memang betul2 terserempak depan mata, dia bergegas turun tangga dan kami kat bawah. Kami pandang dia, dia pandang kami. Masing2 tergamam bila bertentang mata. Adalah kot lebih kurang 10 saat. Lama tu! Kalau dia nak tikam kami ke apa ke dah boleh sesangat dah! Tapi dia tak tikam, tak buat apa2 pun, dia cabut lari.
Kami pun malas nak pk panjang, tak pk positif lagi. Siapa lagi mereka2 tu kalau bukan budak2 hisap dadah!
Pakcik pemungut besi buruk pun ada kat situ. Kami jumpa dia termengah2 turun dari tingkat 16. Besi2 buruk yang dia dapat semuanya dicampak je ke bawah.

"Nak cari apa kat sini? Kalau nak cari yang hisap dadah pun, bebudak kita jugak, orang Melayu kita. Mana ada bangsa lain lagi dah. Dah berkali dah bagi nasihat, tapi tak jalan jugak. Biarkan ajelah, pakcik nak cari makan, jangan kacau pakcik sudahlah," kata pakcik tu dengan nada sedih.

Aku pun turut sama sedih. Sedih tgk keringat dan urat yang keluar dari kulit. Sedih dengar statement pakcik tu.
"Datang malamlah! Meriah sikit. Mat pit cara mat pit. Driver lori, driver teksi datang bawak awek. Yang tak ada tempat tinggal, mereka tinggal kat sini. Siang mereka kerja. Apa nak takut? Kita tak kacau diaorang, diaorang tak kacau kita," kata pakcik yang dah 4 bulan cari rezeki kat situ.
Nampaknya...SATU SELESAI, SEBUAH PETAKA!!!

Friday, August 21, 2009

Moga cinta bukan karut dan dongengan!!!

Niat asal ke majlis nikah Ajai di Penang minggu lepas sekadar memenuhkan jadual hujung minggu yg sejak dua menjak ini sering 'berlobang' Sabtu dan Ahadnya; di samping menjadi rakan peneman kepada wartawan cantik Media Hiburan, si Yus.
Atas faktor tidak merancang itulah aku sedikit terlewat menulis tentang pernikahan Ajai dan permaisuri hatinya yang baru, Liza.
yus, mizi, rosli dan sorang lg photographer freelance aku dah lupa namanya

Syukur upacara mendirikan masjid di dalam masjid berjalan sempurna! Serba ringkas, namun meriah dek kunjungan saudara dan kaum keluarga mempelai. Makanan pun sodappp, especially ayam masak merah dan kuih seri muka. (Terima kasih pengantin dan penganjur majlis)
Kalaulah ada juadah yang sama terhidang time berbuka nanti...hehe..

photographer otai menunjukkan hasil kerjanya

Jujur...Ada 2 perkara yang buat aku TERTARIK dan TERFIKIR apabila mengenangkan majlis ni...

Pertama yang tertarik: Hantarannya...
(Tenung dan renung sendirilah gambar2 yg aku tangkap ni atau paling tidak pun segeralah membeli majalah Media Hiburan untuk liputan dan gambaran yang lebih luas dan jelas)
salah satu hantaran...kasut LV utk liza

Kedua yang terfikir: Beberapa butir bicara Ajai ketika menjawab pertanyaan wartawan...

(Walau aku tak bertugas, tapi aku tetap meramaikan sesi tu. Wartawan tetap wartawan! Sambil merekod video untuk dipertontonkan kepada mama di rumah yg teringin sgt nak tgk majlis nikah artis secara visual, hati aku amatlah tersentuh bila Ajai meluahkan komen tentang pernikahan kali keduanya itu. Aku tak tahu komen tu ikhlas ke tak, tapi sbg org yg berada di situ dan mendengarnya dari jarak tak sampai 1 meter, aku dapat rasakan ianya sangat jujur dan ikhlas)

Komentarnya lebih kurang bernada dan berirama sebegini:

"Pengalaman 11 tahun mendirikan rumah tangga dulu membuatkan saya menjadi lebih matang. Memang saya hampir give-up suatu masa dulu! Tapi saya berfikir, setiap orang tidak sama dan takkan sama. Syukur Tuhan telah menemukan kami dan membuka semula hati saya untuk menerima orang baru sebagai isteri. Apa yang dapat saya kata, ini semua kerja Tuhan!"
Terasa komen itu begitu 'dekat' dgn diri aku! Punya persamaan dlm konteks hubungan lalu yg sudah terputus. Sedang wartawan lain aku tengok biasa2 je. Yup...Aku sedang berputus asa, dan aku sememangnya sedang melaluinya! Andai ada ungkapan lain yang lebih sesuai dan dahsyat untuk menggambarkan maksud GIVE UP, aku akan pilih ungkapan itu untuk menggambarkan aku dan apa yg sedang aku alami!!!
Boleh percaya ke dgn cinta dan kasih syg sejati? Wujud lagi ke kesetiaan di dunia ni? Ada lagi ke manusia jujur? Tak rasa ke semua ni karut semata2?
(Kepala aku sekarang sering sarat diasak dgn soalan2 ni)

Dari-Nya aku datang, kepada-Nya jugalah aku kembali. Semoga hidup dan masa depan aku akan lebih terarah dan sempurna pada masa akan datang. Aku juga mahu bahagia, tak mahu selamanya give up... aku mahu percaya tentang adanya cinta. Aku tak mahu melihat cinta sbg dongengan. Aku mahu percaya tentang adanya kekasih dunia yg abadi.
sempat lepak kat gurney drive...nadia (tudung grey) adalah photographer bertugas
Selamat berbahagia Ajai dan Liza...

Thursday, August 20, 2009

Memberi dan memberilah...Jangan hanya menerima!

Kalau niat kita baik, mesti Tuhan akan tolong dan buka jalan. Yang penting kita ikhlas!!!

Contoh terbaik yang dapat aku beri bila mana hari ini aku ditugaskan untuk buat liputan tentang rumah anak yatim yang diasaskan oleh Ustazah Azizah bersama arwah suaminya sejak tahun 1984 dulu. Ustazah Azizah lebih senang disapa sebagai Umi.
Sedikit bosan bila dapat tugasan macam ni! Dah terbiasa sangat dengan jemputan sebegini. Al maklumlah Ramadan dah nak dekat. Berlumba-lumbalah badan2 kebajikan dan orang perseorangan yang nak buat amal, nak dapat lebih keberkatan, katanya.
Aku ke Kajang, rumah pasangan usahawan terkenal, berpangkat Datuk. Turut serta, salah seorang editor Sinar Harian, wartawan majalah NUR, wartawan Kosmo dan wartawan Harmoni.
Apa kaitan antara Umie dan pasangan usahawan ini???

Aku tak mahu cerita tentang rumah Datuk yang maha besar itu walau aku adalah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang mengkagumi usahawan tabah dan berjiwa kental itu.

Aku cuma mahu ceritakan tentang keprihatinan mereka terhadap masyarakat. Aku tak tahu berapa banyaknya duit dan harta mereka, tapi setahu aku mereka memang berjaya, ada duit, sangat suka membantu dan buat kerja amal.

Beradanya aku di rumah Datuk hari ni disebabkan Datuk bersetuju menghulurkan bantuan kepada Ma'ahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah yang terletak di Maran, Pahang, dan diasaskan oleh Umi itu.
Kata Datuk, dia terpanggil untuk menderma setelah melihat kesungguhan Umi mengumpul, mengasuh dan mendidik anak-anak yatim serta mereka yang bermasalah dengan pengisian ilmu yang berguna sejak tahun 1984 lagi.

"Saya bukan setakat mahu membantu, apa yang lebih penting mahu menjadikan mereka generasi yang faham dan cerdik didikan agama. Walaupun saya melayan mereka seperti anak sendiri, setiap kesalahan pasti akan ditegur dan dijatuhkan hukuman. Disiplin tetap disiplin," tegas Umi, bekas pendidik ini.

Setakat hari ini, rumah kebajikan ini mempunyai lebih kurang 20 pelajar. Paling tua umurnya 16 tahun dan paling muda 6 tahun. Blok bangunan yang ada sehingga sekarang ialah 6 buah kesemuanya, lengkap dengan bilik belajar, surau dan kemudahan lain.

Paling membanggakan, sejak ianya dibuka, rumah kebajikan ini telah berjaya melahirkan kira-kira 400 lulusan universiti Al-Azhar. Syukur ke hadrat Ilahi dan tabik spring jugak kat Umi!!!

Namun, Umi mengaku dana untuk membiayai mereka di situ masih tidak cukup. Sebab itulah Umi sangat bersyukur dan rasa terharu giler bila Datuk bersetuju menjadikan rumah amal yang diasaskan bersama arwah suaminya itu sebagai anak angkat yayasan kepunyaan Datuk.
Ketika pertemuan dengan Datuk, sempat jugalah dia memberi sepatah dua kata tentang yayasan yang baru saja ditubuhkan ini.
Cukup menarik hujah dan percakapannya. Datuk percaya kepada konsep sedekah dan janji Allah yang benar kepada orang yang suka bersedekah dan menderma.

"Kalau kita tak 'memberi', buat apa pun tak akan menjadi. Jadi kita tidak boleh berhenti memberi."

"Tak timbul soal riak di sini. Bagi saya setiap kebaikan harus dizahirkan supaya dapat dijadikan contoh dan tauladan oleh mereka yang lain," katanya.

Pun begitu katanya, sebagai usahawan dia mahu kebajikan itu diselenggara dengan lebih baik, sempurna dan diuruskan secara korporat. Sebab itulah diwujudkan yayasan ini.

"Yayasan ini juga adalah sebagai platform untuk mengembangkan perniagaan berteraskan kebajikan, infaq dan sedekah, bukan untuk cari keuntungan peribadi, di samping mahu memperkasa agama, bangsa dan negara," katanya.

Sebelum pulang, seperti biasa Datuk bermurah hati memberikan kami sedikit cenderahati. Terima kasih, semoga kita sama2 mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya! Amin...

Wednesday, August 12, 2009

Yang salah, yang betul, yang diperbetulkan...

12 Ogos 09, agenda utama ialah bertemu konsuler di Kedutaan Indonesia. Ada urusan berkaitan laporan yang akan memenuhi salah satu dada Sinar Harian tak lama lagi. Agak menarik laporan itu aku kira. Walau tak terkait dengan Nordin Mat Top atau mana2 artis pop yang top!

3 VS 2! Aku dan Connie anak Malaysia, tiga lagi dari kedutaan Indonesia. Ketiga2nya peramah, melayan, menjawab dan terus menjawab setiap pertanyaan kami. Buat kami selesa sekali di sofa empuk itu selama tempoh satu pusingan penuh jarum pendek jam.

"Sekadar pesanan. Jangan ditulis 'Indon' nanti yaa...Biarlah ditulis Indonesia."
Pesan seorang drpd mereka bila selesai acara temuramah, sambil senyum.

Terpinga kami, dua tukang tulis hingusan ini! Kurang faham maksud pesanan itu.

Rupa2nya mereka bimbang kalau2 kami menulis perkataan 'Indon' dalam teks nanti. Menurut mereka, pernah berlaku beberapa akhbar kita yang menulis perkataan 'Indon' dalam artikel yang disiarkan. Tapi bukan SH. Mujur!!!

connie...di depan pintu masuk kedutaan Indonesia

Warga Indon, pekerja Indon, pendatang Indon dan mcm2 Indon lagi. Kita lancar sekali mengucapkannya. Aku pun 2 kali 5, sama! Sedang mereka kurang senang disapa dan digelar sebegitu! Kalau boleh biarlah disebut penuh dan sempurna. Indonesia...bukan Indon!
Kami angguk hormat walau sbnrnya memang takkan menulis macam tu. Dalam percakapan, memang! Agak sukar utk mengubah keterbiasaan ini.
Ini buat aku terfikir. Ada beberapa perkara dlm hidup ini yg kita tak boleh anggap mudah, walau ia ternyata mudah dan memudahkan kita! Kita sering sangka sesuatu yang pendek dan ringkas itu senang dan menyingkatkan masa (al maklumlah skrg ni semua org nak senang dan nak cepat). Sampai kita terlupa masih ada yg memandang kesempurnaan. Mungkin juga yang disingkatkan itu sebenarnya boleh memanjangkan cerita...

pekerja2 Indonesia memenuhi kawasan kedutaan utk berurusan di situ

Aku terkenang nasib terkandas dlm 'kandang' pagi tadi. Kandang kenderaan! Lampu hijau jadi tuan kandang dan paling berkuasa waktu itu. Melepaskan kenderaan2 yg byk. Kat kampung aku kandang turut dipanggil reban, lagi sedap panggil 'gheban'.
Pagi tadi hujan lebat! Sesaknya luar biasa. Jam 9.30 aku masih di Tol Batu 3. Sempatlah aku menangkap gambar lori-kereta semua!

Pagi ni juga buat pertama kalinya aku berpeluang menangkap gambar apartment dia! Bukan sekali 'tembakan' (shoot), tapi beberapa kali sampai aku puas hati. Pun kereta di depan masih tak bergerak lagi! Astagfirullahalazim...

Aku mengeluh walau tak berpeluh. Di saat2 manusia ini bergegas ke tempat kerja, di mana polis trafik ya???!!! Mungkin terperangkap di kesesakan lain.... Maafkanlah mereka walau aku lewat sampai di kedutaan tadi gara2 kesesakan trafik...

Monday, August 10, 2009

Our Mahakarya Cinta...

E dan huruf E yang diterbalikkan!!
Tirai pagi isnin disingkap dgn kartu elektronik yg dilihat telah sempurna mendiami kotak mail aku. Kiriman siapa kalau bukan si dia. Tak perlu menerka isinya kerana aku cukup yakin ia bermatlamat utk meluahkan sesuatu sempena anniversary persahabatan kami, sabtu lalu. Tiada perasaan! Namun kartu yg dipetik dari 123greetings.com itu tetap dibuka jua, sekali gus diangkat menjadi email pertama yg dibuka pagi isnin itu. Dua-tiga kali liur ditelan. Nikmat teh tarik langsung hilang gara2 kartu yg bertandang tanpa disangka2 itu. Karier dan tanggungjwb kpd syarikat diabaikan sejenak!Font rona biru menjadi pilihan utk menyampaikan bait2 ayat. Letih aku mengamatinya. Tentang pedih aku tak mahu lagi bicara. Perasaan membacanya seperti ada gunung berapi yg menahan drpd meledak di dada. Tabah sekali! Di saat2 begini dia masih berdaya menyingkap memori sambil berkata tentang kesilapan lalu. Kesilapan yg sehingga saat ini tidak diketahui siapa pencetusnyanya. Sdg aku sebolehnya tidak mahu berkata satu apa pun!Namun jika berfikir menggunakan akal terdlm, selayaknya aku yg memegang takhta perosak 10 tahun keharmonian itu. Mustahillah dia, kerna bagi aku dia lebih layak dipandang sbg hEroWin terunggul..Yaa...kali ini aku menjulang dirinya seperti mana yg dibuat beberapa mereka yg lain...Mereka yg melihat dia ini sbg satu kesempurnaan, sedang aku manusia biasa yang jauh dari kesempurnaan. Tahniah!
E adalah W...
Usah mimpi utk menggapai gembira hanya dek kehadiran kartu itu. Kata2nya terlalu biasa dan bersahaja. Namun, harus diakui aku sependapat tatkala dia meluahkan rasa bangga dgn persahabatan lalu. Mata spontan pedih teramat bila mana diri ini tersenarai dlm slh satu koleksi kebanggaan dlm hidup dan kehidupannya.


W adalah E...Sweet..Tapi pahit bagi aku!

Sejujurnya, aku harus akur yg aku turut merasakan yg sama seperti yg dirasakannya. Aku turut bangga dgn kehadirannya dlm hidup aku. Cumanya aku tidak mengirim balas kartu elektronik itu. Sama ada dibalas atau tidak, tidak dpt mengubah apa!

Aku senang membalas kartu elektroniknya di sini dan berkata HAPPY ANNIVERSARY buat dirinya...

Please! Janganlah begini...

Susah betul berurusan dgn satu pihak nih. Asyik kita jer nak kena call, follow up tanya. Entah2 diaorg semua duduk mcm tugu kat meja. Ada call masuk baru angkat. Kot kata berinisiatif nak call aku bgtau feedback, hampeh! Dari last week aku dok follow up, alasannya sepesen jer. Sorang kata boss cuti, sorang kata boss meeting, sorang x angkat2 phone. jom sama2 cari rezeki sambil mencari keredhaan-Nya

Aku pun ada boss la wey! Sebokk gak dia, tapi ada jer masa nak layan tipon, nak jumpa tetamu. Tuhan bagi 24 jam. Pepandailah uruskan masa!
Memanglah aku yg nak interview, tapi tolonglah bagi kerjasama sikit beb. Tahulah boss korang yg aku nak interview tu org besar kat situ. Boss aku pun org besar gak apa!? huhh..
Kpd org perantaraan mereka2 itu cubalah pk sket. Kita sama2 keje, jomlah sama2lah buat keje memasing. Nak bergosip anyam ketupat, nak jual biskut raya ke tudung raya, nak menjahit, mengait buat crostich pun agak2 laa. Tapi jgnlah abaikan aku pekerja yg sebenar2nya mencari rezeki nih. Skali ketuk baru terhegeh-hegeh nak jalan. Pastu diam. Ketuk lagi dan lagi. Kalau tak ketuk, pakai jadi tugu perhiasan jelah kat situ sampai pencen. Sedangkan gajinya sentiasa berjalan walaupun kerjanya sekadar 'berdehem di tangga' dan kdg2 tak berjln langsung!!!

Kawanku di bawah juga khabarnya bernasib serupa! Kalau camni sampai bila kerja kita nak siap???

Dan...Disebabkan diaorg tak bekerja, kerja aku turut sama terganggu! Diaorg sibuk menjahit, menganyam dan ada aku dgr rancak buat MLM sementara tunggu balik time, tak pasal2 aku pun sket2 jadi cam diaorg...Buat keje sampingan time keje..yakni menulis blog meluahkan ketidakpuasan hati ini!
Ampunnnn...

Saturday, August 8, 2009

Selamat ulang tahun tak berulang...

LAPAN OGOS DUA RIBU SEMBILAN
Yay!!! Anniversary yg ke 10...
Sepatutnya hari ni aku happy...tapi aku tak happy walau sebesar kuman pun...
Sepatutnya hari ni aku wish kat dia..."Happy Anniversary"...tapi aku tak wish satu habuk pun...
Apa perlunya semua tu...sedang hakikatnya anniversary persahabatan yg ke 10 ni sebenarnya tak pernah dan takkan wujud lagi...
Takdir tertulis persahabatan aku dan dia hanya sah untuk tempoh 9 tahun 9 bulan je...

Aku masih waras...masih sygkan dia...namun takkan sesekali aku jadi sang penggila sambut anniversary tanpa pasangan bernama sahabat!!!Aku belum jadi org psiko!!!

Adoiii..sampai bilalah jemari aku ni harus mematuk-matuk keyboard ni? Berterusan menaip...menulis tentang dia...menulis tentang manusia yg dah lama lesap dari hidup dan pandangan aku...tongong gak aku ni!!!

Well...Aku bukan dtg dari spesis menipu diri sendiri...slps 3 bulan dia tinggalkan aku...dari 8/5/09 sampailah ke hari ni 8/8/09...aku masih hidup dlm bayang2...Setiap langkah aku...setiap pergerakan aku...setiap kerdipan mata aku...setiap nafas aku...setiap denyut nadi aku...setiap segala apa adalah dia!!!...semualah tentang dia...

Sedetik pun aku blom lg diberi peluang utk melupakan dia...sedangkan aku sgt menunggu peluang tu..(Lantaklah org nak kata aku jiwang ke apa ke...dah memang ini yg aku rasa!)

Aku manusia biasa...Rumit aku nak huraikan tentang erti rasa dan jiwa kat sini...mana mungkin aku mampu mengekspresikan apa yang terkandung dan terbeban dlm satu organ luar biasa yg diberi nama sebagai 'hati' ini...sape yg faham tu fahamlah...tapi yg pasti hanya Dia yg maha mengetahui...

Syukur...Walau ditinggalkan atas faktor pengkhianatan dan kegedikan...sekurang-kurangnya aku sedari awal lagi telah disediakan beberapa dia dan mereka oleh- Nya..

Dia dan dia: Mama dan babah yg sgt mengerti...
Mereka: Adik2 yg slalu di hati
Dia: Best friend yg sgt memahami...
Mereka: Teman sekeliling agar aku tak bersendiri...
Dia: Yg paling aku syg...dia yg ke2...yg sentiasa di sisi...
dan kamu...blogspot.com tempat curahan isi hati...

"Dah...jgn sedih2...biarlah dia pergi...hidup memang mcm ni..."- babah

Demikian kelebihan seorg bapa...dpt sama2 merasai kesedihan anaknya walau aku tak pernah meluahkannya...memang simple dan diucap selamba...tapi nasihat tu menjadikan aku lebih kuat dan sihat dari hari ke hari...huhu...

buat dia di mana-mana...
"happy..............happy lah...di sini tak mengapa...!"


Skrg ni terlalu byk harapan yg aku ada...namun satu pun aku tak tahu apa...
Semoga!!!

Friday, August 7, 2009

Gaji anda dan isu ah long!!!

Selesai assignment tentang isu ah long...barulah aku tahu dunia ah long ni taklah seteruk mana...ah long berlesen buat kerja ikt prosedur...cari rezeki..bisnes mcm kita2 jgk...tak redah kutip hutang suka2 hati...
terkejut gak bila 3-4 org ah long yg aku jumpa bley tahan jambu...menurut kata diaorg..yg slalu buat hal tu ah long x berlesen...tampal sticker kat tiang...gantung poster kat pokok...samseng tak tentu hala...ugut sana..ugut sini..khabarnya diaorg bukan mcm tu...
entah betul ke tidak..wallahualam...
"kita x ada ugut bunuh pny! bunuh pun ssh...wang x dpt angkat...kita pun sama ssh kena tangkap polis..."
"ini ah long...bunga pun tadak tinggi pnya...kami boleh runding sama customer...kalau saya bg bunga tinggi dia x dpt byr...ah long pun susah...kita sama2 mau hidup..mesti sama2 bantu..."
(betul jugak kan kata2 ah long ni?)

Nak tahu byk lg tntg ah long...team aku gi interview pengerusi biro pengaduan awam mca..datuk michael chong...setiap hari mmg ramai ah long dan peminjam yg bkmpung kat pejabatnya...semua dtg nak mintak tlg datuk selesaikan kes hutang-menghutang ni...

bila datuk tunjuk statistik tentang peminjam ah long pula...aku xterkejut sgt walau setiap thn jumlah peminjam meningkat...
datuk juga ada cakap yg peminjam bukan mangsa ah long...tetapi keluarga mereka...

"itu peminjam bkn mangsa! peminjam angkat wang dan lari kuat2 (jauh2 kot maksud dia)...tak tahu mana diaorg pergi...ah long x dpt cari peminjam terpaksa cari keluarga peminjam mau angkat wang balik...

tapi aku mmg over terkejut bila statistik tu mbuktikan wanita melayu lebih ramai meminjam drpd ah long berbanding lelaki melayu...utk bangsa cina dan india lelaki adalah peminjam paling ramai...apa sudah jadi ni u all....??

kenapa org pinjam kat ah long? bank kan ada?

Setiausaha kesatuan kebangsaan pekerja2 bank (NUBE) J Solomon berkata jumlah gaji yg x masuk akal yg dibayar kebykan majikan kpd pekerja adalah faktor utama ah long laris di pasaran.

"kalau gaji sedikit, bagaimana bank dpt luluskan permohonan mereka?kalau btl2 mereka layak mendpt pinjaman tpi x dpt...sila kemukakan aduan..."

aku terdiam jap bila dia kata mcm ni: amati teliti...bicaranya cukup lembut..tp sinis sekali...

"saya rasa semua majikan patut adakan sesi kaunseling tentang bagaimana pekerja2 mereka dpt uruskan pendptn dgn bijak...sebab hny cara itu shj majikan akan sedar yg gaji pekerja mereka terlalu rendah dan terlalu luas jurangnya dgn pekerja atasan....
"tapi saya rasa majikan majoritinya xkan berani buat mcm tu...sbb apa??? sbb mereka sdr sbnrnya sedar gaji yg diberikan kpd pekerja memang x cukup...bagaimana mereka dpt mbantu menguruskannya?"
"kita semua bkn pekerja asing yg dtg ke sini utk bekerja...kita tinggal di sini..ada keluarga...ada cara dan gaya hidup...sesekali perlu bersosial...sesekali perlu beli baju baru....sesekali perlu pergi bercuti dan bergembira..."

aku xpernah pinjam ngan ah long walau terkdg poket kering sblm tiba masanya...ah long pun xpernah pinjam duit ngan aku sbb aku bkn ah long...tapi cuba bayangkan kalo rakyat malaysia esp di sektor swasta bterusan bergaji rendah???kerajaan perlu buat sesuatu utk tangani masalah ini...dlm masa yg sama bank pula disarankan utk longgarkan syarat...kalau tak...rasanya x mustahil makin ramai yg akan jatuh bankrap dan hidup merempat nnt...yg kaya makin kaya..yg miskin makin merana.

minta dijauhkan dari kesempitan wang dan dimurahkan rezeki...

Tuesday, August 4, 2009

Setahun sudah...Edisi Indonesia...


Manusia selalu berkata...
"kalaulah masa dpt diulang kembali..."

Selama ni gue angkuh..ngak pernah peduli akan kata2 org itu... gue anggap kata2 itu karut!!
"gilak!!! ngapain mahu diulang-ulang masa? ya udehh..yg dah berlalu biarkan saja berlalu.." hehe..


tapi hari ni...tanggal 6 ogos 2009...gue mulain mengerti...gue sendiri mula merasakan utk mengulangi saat2 indah genap sethn yg lepas..thn 2008..tanggal inilah gue dan dia berangkat ke kota jakarta dgn satu tujuan...mahu di celebrate anniversary persahabatan yg ke 9... waduhh...
lapangan air asia menjadi saksi!!! kota jakarta dan bandung menyambut baik kunjungan kami...betapa dia happy bangett...gue pun sama happy looo..!!
memang bahagia! sampai gue x pernah terpk langsung yg tahun ni gue akan berdepan tanggal dan bulan yg sama...tapi dia ngak lg di sisi gue...

MALAYSIA...masih lg tentang dia...
4 ogos 2009 jam 6.25pm...gue terserempak lagi dgn dia...kami sama2 pulang dari kantor...tapi menuju ke arah bertentangan dan rumah berbeda...walau cuma beberapa saat...gue dpt lihat dia segak dan bergaya memandu mobil biru milik teman baru...(dia ngak nmpk gue...terlalu berkonsentrasi barangkali)...menuju ke rumah yg baru didiami bersama teman baru..pastinya teman baru itu sudah ngak sabar mahu ketemu sama dia... lalu menunggulah dia di muka pintu...
sedang gue...masih memandu mobil yg sama yg pernah dia pandu ketika pulang dari kantor suatu ketika dulu...menuju ke apartment lama yg kami pernah tinggal bersama dulu...tapi kasihan sama gue sbb ngak ada sesiapa yg menunggu gue di pintu...

konklusi...6 ogos 2009 punya 2 rasa berbeda utk 2 insan yg dulunya sehati sejiwa...tapi kini salah seorang drpdnya sudah mati rasa dan jiwanya!

(entri ini terhasil setelah aku tiba2 terpk yg aku sorang je bodoh dok gila ingatkan balik sumer tarikh2 bersama dia dulu..dia???hampeh...)

kanak-kanak di Pasar Baroe, jakarta, indonesia