Tuesday, March 30, 2010

ULTIMATUM itu apa?

tanpa diduga
album KRU ULTIMATUM menjadi milik aku
hadiah dari seorang teman
teman yang juga maklum
aku ini obses amat terhadap group adik-beradik ini
sejak lama dulu...
terima kasih teman!
"wey...aku dgr dalam kereta!"

2 keping cd
ada 31 lagu lama KRU
1 lagu baru
'doktor pakar cinta'
kata penyanyinya, yusry
32 lagu semua sekali
layannnnnn...


***lagu KRU lain yg best tapi dah jarang2 dengar ialah emilia, kehilanganmu, ulangkan sekali lagi & semuanya OK!

Monday, March 29, 2010

Finally...

Hari ni dtg keja dgn perasaan teruja lebih daripada biasa.
Buat pertama kali 4 page baru (ala2 sisipan) start keluar kat sinar harian.
Walaupun turn kolum aku hanya akan sampai sabtu ni, tapi aku tumpang happy utk seluruh team rencana/laporan khas...
dan secara khususnya utk cik Connie yg jadi 1st reporter yg artikel sisipannya tersiar di SH.
Semoga adanya page ni akan menyemarakkan lagi semangat kita utk bekerja!
Yezzaaaaa...kerja...kerja....kerja...lalalala..!!!
***Weeee....Ada satu perkara lagi yang membuatkan kami lebih bersemangat utk bekerja dan tak sabar utk tunggu ketibaan April... :)

Saturday, March 20, 2010

Tolonglah bumi kita...

Malaysian Celebrities Go Green (MCG2) ke Melaka pula cuci pantai Tg Bidara . Aku, Diana dan Jazlan pun tumpang sekaki.

Mereka (MCG2) ialah Baki Zainal (hos 8TV), Dina (Penyampai ERA), Azizi (duta NKF) dan Soo Winccy (Miss Malaysia 08/09) . Mereka buat aktiviti amal. Mereka mahu selamatkan bumi dan alam sekitar.
Pantai Tanjung Bidara jadi saksi kesungguhan. Sampah sekitar pantai dikutip. Mereka sapu bersih botol2, puntung2 rokok dan sampah sarap bermacam jenis. Angkara siapa sampah beraneka itu? Cuba kita fikir sejenak...

Abang askar, pelajar2 pun join aktiviti ni. Bagus! Mau lentur buluh biar dari rebung. Biar besar nanti mereka sedar kenapa perlu prihatin, jaga alam. Mana boleh suka-suka campak sampah!!! Tak boleh buat kerosakan di muka bumi ni...

"Mother Earth has no voice! Tsunamis, typhoons, earthquakes are ways of her showing to us that she is not feeling well and is in dire need of help!

"We need to realize that we are just 'borrowing' our space here on Earth and we need to start loving mother nature before it's too late!"- Baki Zainal, Founder of MCG2

***Orang kata kalau suka buang sampah merata-rata tempat, kubur kita jadi sempit. Betul ke???

Thursday, March 18, 2010

ADRENALIN...

TRACK LISTING:
Adrenalin-Superhero-Selamat Malam-Karma-Hanyut-Bencinta-Muzik-Hanyut(Akustik)-Semesta-Semesta (Hidden Track)

Minggu kurang baik...

2 minggu tanpa menulis sesuatu di sini adalah petanda aku sibuk dan ada hal lain yg lebih penting selain blogging. Sebenarnya aku takdelah bz mana pun. Kerja sumer jalan mcm biasa. Yg jadi sedikit luar biasanya bila aku diserang demam minggu lepas dan dalam masa yg sama bz dgn aktiviti aneh yg jarang2 aku buat.

Antara aktiviti tu termasuklah training badminton. Habis sakit badan2 aku ni. Nak jalan pun kena pelan2, mcm mak2 dalam pantang. (Sekali je pun training. 2 jam. Hehe..) Aku bagi nama utk pertandingan badminton antara media dan TV9. Partner aku ialah wartawan cantik, diana surya dari majalah klik. Tak macam Datuk Lee Chong Wei yg menang bergaya dlm All England bebaru ni , kami kecundang tanpa gaya dlm pertandingan tu!!! Setelah dikaji, kami rasa punca kekalahan mungkin sbb lengan baju. Sepatutnya baju yg kami pakai masa main aritu sebelah takde lengan! Macam baju Datuk tu! Eh...Tapi bola last masa match point tu nampak mcm out. Apa2 pun, tabik jugak utk mamat Jepun tu!!! Kurang pengalaman, tapi semangat perjuangan dia memang tinggi. Gilerlah Jepun!

Lepas tu parents aku plak datang dari perak. Diaorg ada kenduri kat pahang. Mcm biasa, rumah aku jadi destinasi persinggahan. Sebelum ke Pahang, diaorg tido umah aku. Sebelum balik Perak pun diaorg lepak umah aku lagi. Aku pun melayan diaorg sebaik mungkin. Tak de hal punyalah! Dalam kesibukan dan diaorg dok merungut penat, sempat juga kami ke Ikea. Ada sale!!! Banyaklah jugak yang diaorg borong! Rumah kat kampung under renovation. Dan aku adalah capai 2-3 barang dan letak dalam troli diaorang. Aku juga terharu bila tengok mama tolong kemas rumah. Dia mop dapur dan cuci peti sejuk. Dia defrost! Aku memang tak pandai buat benda alah tu. Tak silap aku dah setahun lebih peti sejuk umah aku tu tak defrost. Tq mama!

Minggu lepas jugak aku ada satu test besar. Test yg bagi org yg tak berapa nak genius mcm aku ni, akan kata susah gila!!! Aku hentam semua! Satu soalan pun tak mampu nak jawab especially Math dan analitikal. Cesss!!! Teruk betul. Sumpah tak tipu, memang tak boleh jawab. Confirm fail punyalah. Dah laa badminton pun kalah. Huhu!!! Opsss...Kat sana jugak berlaku ala2 jejak kasih. Aku jumpa ex schoolmate aku, Shima. Tak dpt jumpa masa re-union, kat situ plak kami jumpa.

Dan...Aku rasa 2 minggu lepas adalah minggu yg malang utk aku. Test tak boleh jawab, demam, kalah badminton dan time tu jugalah aku dapat 2 berita yang tak best langsung utk telinga aku nak dgr, tak best utk hati aku nak terima. Tapi kena dengar dan terima juga! Tak pelah, nak buat macam mana. Aku pun pujuk diri sendiri. Berkali2 aku kata dalam hati, tak de rezeki, bukan rezeki aku. Tuhan je tahu macam mana aku sedih. Aku mengadu kat mama dan babah, dan diaorg tak patahkan semangat aku walaupun diaorg tahu aku hampir2 patah semangat. Dalam masa yg sama aku pk, mesti ada sebab Tuhan tak izinkan aku ke sana walaupun sampai skrg aku masih tak nampak sebab dan hikmahnya.

Untuk jadi lebih tabah, kuat dan kembali bersemangat, aku sentiasa ingat kata2 seorg penceramah ESQ yg bebaru ni dtg bagi ceramah kat opis aku. Walaupun masa tu aku mengantuk giler, tapi kata2 dia yg satu ni memang akan aku simpan dalam diri aku sampai bila2.

"Tak ada satu daun pun yang akan gugur tanpa izin Allah. Dan tak ada satu debu pun yang akan berterbangan tanpa izin Allah."

Bila ingat kata2 ni, aku jadi OK sket. Tak delah frust sgt. Aku kerja mcm biasa. Teruskan hidup mcm biasa. Senyum, dan bersyukur dgn apa yg Tuhan bagi untuk aku skrg ni...
Tapi minggu ni aku demam lagi. Malam tadi mama telefon. Dia suruh gi klinik, check darah sbb skrg musim denggi. Adoiiiiyaiii...Ni yang berat sket ni. Tengoklah macam mana. Selalunya kalau sebut klinik/doktor automatically terus baik demam!

Wednesday, March 3, 2010

Cerita & berita dari gambar...






























Bebaru ni ke Cameron Highlands. Antara aktiviti yang aku buat masa kat sana ialah menangkap gambar. Gambar kengkwn haruslah amik kan??!! Cuma dirasakan tak begitu sesuai dipamerkan di sini. Yang tertera di sini cuma gambar2 yg aku rasa aku nak amik kat sana. Kebetulan plak, start April ni aku handle kolum rencana ala2 Food and Travel. Sebab tu aku bersemangat semacam menekan punat kamera. Cantik ke tak cantik, apa ada hal??? Delete jelah! Nak kata aku puas hati, dgn gmbr2 ni memang tak lah. Tapi sekurang2nya aku rasa gambar2 ni masih mampu utk bercerita dan seterusnya akan mencetuskan persepsi dan pendapat yang berbeza-beza...

*** Teringat, di sana kami berenam layan cerekarama sadis dan syahdu yg Sheila Rusly berlakon tu. Dalam tubuh yg menggigil kesejukan dan berbungkus, berselimut bagai berada di kutub utara, kami tetap tak berganjak dari tmpt duduk masing2. Time iklan pun tak tukar channel lain!!! Gikler ahhh...Memang best drama tu!!!

Tuesday, March 2, 2010

Sempena hari jadi, menjadikan 5...

28 februari berlalu pergi
usia mama bertambah lagi
syukur mama sihat
mampu berdiri
melangkah kaki ke sana-sini

menyambut hari jadi mama adalah suami dan kami
kami yang tak sepanjang masa di sisi mama
namun setiap detik ada di hati mama

menyambut hari jadi mama adalah keindahan
senyum, tawanya, kami gembira
mama potong kek,
hadiah tak seberapa dibuka
semua seia-sekata berkata
mana bisa mama ada penduanya
mama tak dapat disama sesiapa walau bermuka serupa
hadiah hari jadi besar, mahal berjuta
berharga lagi nilai mama
jasa mama pada 5 anak
berkorban, pertaruh jiwa raga sampai dewasa 5
tapi 5 manusia biasa
mustahil sempurna segala
5 ada lemahnya, banyak juga cela
ada yang tak dengar kata
melaku perkara mama tak suka

bukan salah mama
perkara biasa, anak muda ikut darah muda
moga satu hari hati dibuka


tapi mama...
5 ini tak lupa siapa mereka di muka dunia
kerana pesan mama
kita umat kecil, hanya hamba-Nya
dunia ini sementara!
buat baik pada semua
biar orang mau kata apa
tuntut ilmu dunia, belajar ilmu agama

oleh itu mama,
selamat hari jadi...
terima kasih tuhan
menganugerahi mama sebegini
terima kasih mama
melahir kami, mengenal duniawi...