Sunday, January 31, 2010

Tercemarkah???

AMARAN KAKAK PENJAGA KEDAI DOBI!!!

Gambar ditangkap di sebuah kedai dobi...
Hanya kasteme saja yg boleh main lonceng!!!
Yg bukan kasteme silalah main benda yg lain...

***Tak kisahlah!!! Janji kita faham mesej yg nak disampaikan kakak ni!

Monday, January 25, 2010

Adam, Auntie dan Transformers!

Minggu lepas bertemu Adam yg comel dan comot itu.
Yang dulu cakapnya tak petah, tergagap-gagap!
Tapi skrg Adam bertukar sudah!
Tak macam 2 bulan lepas waktu kali terakhir kami bersua.
Adam sudah tak gagap lagi!
Tutur Adam 'bertukar'
Bertukar macam mainan Transformers
yg ketika kami bertemu, ada di tangannya.

"Papa beli untuk Adam."
Lancar bicara budak kecik ini.
Sam, papa Adam silu- malu.

Adam memang Transformers!
Dulu tak petah, skrg sgt pot pet pot pet macam mummynya, Hani.
Kdg2 Hani sendiri terkasima dgn petah Adam!
Adam selalu tanya soalan2 pelik

"Mummy...Mummy...Transformers suka makan apa?!!"
"Mummy...Mummy...Transformer mandi tak?"

Adam juga 'cepat menangkap'!
Ada satu kisah...
Bila Adam disuruh makan french-fries oleh seorg auntie
Tetapi dgn cara yg sedikit aneh daripada cara biasa seorg auntie2 normal
yg Adam pernah kenal sblm ini
Adam sambil bermain Transformers mengeluh selamba

"Auntie...Auntie...Kenapalah perangai auntie macam ni"
Disusuli gelengan kepala
Hampa dgn perangai auntie!

Mummy Adam beri penerangan
Bahawa ayat Adam itu
adalah ayat2 yg selalu diucap Uji
Uji ialah seorg lagi teman kami yg juga mengasuh Adam sedari bayi
Uji selalu terkedu utk berkata-kata
bila Adam degil
Maka kata2 itulah yg diucap utk Adam sbg reaksi marah dan kecewa.
Tapi sungguh, Uji tak didik Adam
supaya berkata begitu kpd mana2 auntie yg Adam jumpa...
Demikianlah Adam hari ini

***Andai dapat situasi rumit skrg ditukar ke satu situasi lain yg lebih menyenangkan!

Thursday, January 21, 2010

Kata itu...


JIKA TERFIKIR KATA ITU...

Wednesday, January 20, 2010

Tentang gigi-gigian...

Sebab gigi berlubang aku yg sebatang ni, tak pasal2 Kak Wan yg naik ke tingkat atas utk jumpa Connie terpaksa turun, balik ke tempat duduknya. Tak lama kemudian dia kembali, bersama ubat yg botolnya halus melampau. Unik!

Kak Wan: Nah! Try ubat ni. Laki aku beli masa aku sakit gigi dulu. Masa tu dari terengganu otw balik sini. Menangis aku sbb tak tahan!

Aku: Tu arr. Mlm tadi pun saya tak tido. Gigi punya punya pasallah! Eh ubat apa ni kak?

Kak Wan: Entah! Ubat herba kot. Ko titik kat kapas, letak kat gigi. Lepas tu ko rasa kebas. Tapi rasa dia pahit sikit laaa. Kalo ko tak kisah, ko titik terus kat dalam lubang tu.

Aku: OK! Letak kat kapas je lah!
Di saat ini aku belasah je apa2 ubat berkaitan gigi yg ada depan mata aku. Dah 3 hari panadol jadi mknan rutin aku. Sejam sblm situasi ni aku dah telan pain killer, sampai tinggal sebijik je dlm simpanan aku skrg ni. Aku juga dah puas sapu minyak cap kapak kat pipi dan gusi geraham yg sakit. Sampai hilang bau perfume! Aku juga dah 3 kali gigit2 cengkih yg busuk bagi aku tu. Siap selongkar dapur! Aku dah jemu kumur air garam walaupun aku obses terhadap kemasinan...Semua tu bagi kesembuhan sementara je utk gigi aku..)

Bila dpt ubat botol halus tu aku pun jalankan operasi. Aku gunting kapas kecik2, pastu titis, bubuh dlm gigi berlubang. Gila pahit! Busuk! Cessss! Bau herba2!

Tak lama lepas tu baru rasa OK sikit.
Wahhh...
Tapi aku tak puas hati sbb ada lagi rasa sakit sikit2.
Aku nak sakit tu hilang terussss!
Kali ni aku titik terus ubat tu dalam lubang.
Biar ubat masuk secara langsung
bertemu dan bergelut dgn gigi dan gusi yg byk buat aku menderita.

Sambil2 tu aku Google, cari klinik gigi yg mungkin aku bley pegi kat area sini.
Aku call klinik, kacau kakak kaunter yg bukan doktor gigi tapi aku tanya mcm2 pasal gigi.
Disebabkan gigi juga, habis Kuntum kat UPSI pun aku kacau!
Angah yg tengah tido pun tak pasal2 kena jwb soalan tentang gigi.
Dia pun kena, sampai ugut nak cabut pakai benang kalau tak cabut jugak lps ni.
(Macam bolehh???)

Aku byk tanya sbb aku pernah dgr kes org cabut gigi time sakit gigi.
Tapi lepas cabut muka dia jadi senget. Jadi herot. Hikkk...
Aku tak mau bermuka mcm tu!

Skrg derita sakit gigi hampir tiada.
Masih sakit, tapi ala-ala je...
Dptlah siapkan satu entri!
Kepada geraham hujung sekali sebelah kiri...
Esok, lusa, atau minggu depan, siap sedialah engkau...
Jgn harap utk terus bermastautin kat mulut aku lagi.

***Kalau dah cabut, gigi tu nak buang ke apa? Dulu masa kecik mama campak kat bumbung rumah. Weeee...Part ni best nih...!!!Tak sabar nak tunggu!

Tuesday, January 19, 2010

Demi Coke...

Aku kagum gila bila tengok koleksi barang Coke Prof Madya Dr Ahmad Rashdi Yan Ibrahim, salah seorg lecturer UiTM Shah Alam yang dipamer dlm satu bilik khas kat rumah dia.

Koleksi beliau memang bertimbun! Dah nama pun hobi, pantang nampak je barang Coke, mesti beliau akan beli. Tak kisahlah mahal ke, murah. Janji happy dan puas hati!

Dr Rashdi start kumpul barang2 Coke ni masa umur beliau 28 tahun. Yang buat beliau berminat nak kumpul bila ada satu hari tu dia kebetulan jalan2 kat Coca-Cola Street, Amerika Syarikat, tahun 1984.
"Bila sampai kat situ, I terus jatuh cinta dgn bangunannya. Sejak hari tu I nekad kumpul barang Coke," kata anak jati Perak ini.

Setakat ni, beliau ada beratus-ratus koleksi barangan Coke yg unik dan best2 belaka. Giler gempak!

Aku terlopong bila tengok Dr Rashdi bercakap-cakap dgn koleksi2 kesayangannya. Dia cakap dgn botol Coke, cakap dgn tin Coke. Padahal botol dan tin tu sepatah haram pun tak jawab balik!

Nak gelak pun ada jugak bila tgk gelagat beliau yg panggil koleksi yg dia ada sbg 'My Darling' dan memang aku gelak pun tapi beliau tak marah apatah lagi sentap!

"Owh My Darling...I love you my Darling..." katanya dgn suara manja, sambil gosok dan usap koleksi yg ada kat tangan.

"Ramai kata I gila, tapi tak apa, dah biasa. Masa belajar kat luar negara dulu, I jadikan hari Ahad sbg My Coca-Cola Day. Hari Ahad I buat apa saja aktiviti berkaitan hobi ni."

Macam itulah kalau dah minat. Jangan ada yg berani halang. Dr Rashdi kata kalau kita fokus terhadap hobi, hidup kita akan lebih tenang dan dpt kepuasan. Yea ke macam tu? Ikut oranglah kot. Dan tengok jugalah hobi apa! Kalau hobi main judi takdenya nak tenang!

Paling best time aku mintak komen beliau sbb ada yang kata dia over dan keterlaluan. Yealah, sampai bercakap dgn tin Coke apa hal kan? Bukan semua org boleh terima. Nasib baik Dr Rashdi cool orangnya...

"Lebih baik I ada brg Coke byk2 daripada ada ramai girlfriend. Kalau koleksi makin bertambah, jiwa makin tenang. Tak macam kumpul girlfriend, semakin ramai semakin byk masalah. Hidup pun tak tenang," katanya sambil ketawa.
Hurmmm...Betul..betul..betul...

Apa pun, terima kasih buat Dr Rashdi sebab sudi ditemuramah. Terima kasih juga utk teh O yg dibancuh khas oleh anak perempuannya sempena kunjungan kami. Elok teh O tu. Dr Rashdi, walau baru kenal dalam satu pertemuan singkat, tetap mesra dan peramah.

Yang penting Dr Rashdi sempoi!!! Tak perlu bersiap bagai utk sesi fotografi.
Pagoda sudahhhhhhhhh...

***Tinggalkan Coke buat sementara waktu! Sakit gigi..............

Wednesday, January 13, 2010

Biar masa proses segala...

Nokia XpressMusic 5800 menyanyi lagu!!!
Wow! Panggilan dari mama di Perak.
Kami bertukar khabar.
Syukur mama sihat.
Mama dlm perjalanan ke pejabat.
Baru selesai urusan luar pejabat.
Sempat juga mama curi2 masa bikin panggilan.

Mama ada tujuan telefon rupa2nya.
Aku kira tadi mau tanya khabar anak pertama cuma.
Di samping mau tanya

"Tengahari ni makan apa?"
"Assignment kat mana?"

Itu 2 soalan 'wajib tanya' mama.

Mama: Tak mau mintak tukar kerja dekat2 sini ke?
Anak: Hah?!! Nantilah maa...Tengoklah, 2-3 tahun lagi org baliklah keja kat sana.
Mama: Nak tunggu apa? Kan dah lama duduk KL tu.
Anak: (Diam bersaat-saat)
Mama: Baliklah kerja kat sini. Jaga mama dan babah. Dah tua kami ni!
Anak: Hurmm! Nantilah maa...Bagi org pk dulu yea...
Mama: Haa, pk lah tengok macam mana. Mintak tukar ofis dekat2 sini. Apa2 senang nak jumpa.
Anak: Yea maa...
Mama: Kalau kerja dekat2 sini bolehlah jugak jengok2 mama ngan babah. Belanja tak byk. Boleh jugak simpan duit.
Anak: OK maa...Nanti org pk.

Bicara mama di telpon biasa seperti itu!
Tak pasal kahwin, pasal kerja.
Tak pasal kerja, pasal kahwin.

Aku mau bengang2 apa guna?
Kata2 mama bukan suka2.
Ini kata2 ada makna punya!

Apa2 senang nak jumpa...
(Apa yg apa2? Kalau aku yg apa2 tak apa. Kalau mereka yg apa2 bagaimana???)

Jaga mama dan babah. Dah tua kami ni...
(Tanggungjawab!)

Tak apa maa...
Kita tunggu dan lihat saja
Mana ada keadaan sama selamanya
Sekurang2nya kiita masih punya alasan
Alasan MASA!!!
Biar masa tentukan segala

Atau mcm org selalu kata"Follow the flow"
Tapi kalau flow itu sendiri sekata selamanya
Sampai bila mau follow???

***Masa aku kecik mama pk pasal masa depan aku. Skrg mama pk pasal masa tua aku pulak!

Tuesday, January 12, 2010

Kot, zaman kegilaan je kotttt...

Selalu kot, aku dengar orang dok cakap 'kot-kot' ni. Member ofis aku lah kot yg suka sgt cakap mcm tu. Kawan2 luar ofis aku kureng sket bab teknologi frasa dan bahasa terkini ni. Mereka agak kekura-kuraan! Tapi diaorang giler laju dan maju kot bab teknologi, bab gajet segala sampai aku terkebil bijik mata. Bila sesekali keluar lepak, dan aku pula mengaplikasikan trend bercakap atau guna perkataan baru time berborak, turn mata diaorang pulalah kot yang terkebil. Haha...Blur! Bagi yg tak faham, susah nak tangkap apa yg aku cakap, depa tanya terus dan aku pun explain la blablabla. Jadi kamus dewan jap! Tapi trend cakap kot-kot ni aku rasa ramai kot yg cepat tangkap. Dua-tiga kali dengar org cakap, dah boleh tau, bila dan di mana yg sesuai nak guna perkataan kot tu! Bukan boleh suka-suki je kot guna. Silap guna ayat jadi tak sedap kotttt...


Bagi yang dah terbiasa bergaul dgn org yg suka cakap 'kot-kot' ni, mesti akan terikut-ikut punyalah tambah 'kot' kat tengah atau hujung ayat. Aku pun tak tau dari sapa aku blaja berbahasa mcm tu. Sedar2 dah pandai siottt. Tapi biasalah, benda2 baru, pelik dan simple macam ni memang senang nak menyelinap masuk dlm diri aku, dia dan mereka yg lain. Kadang2 tu aku bukan nak sgt kot, cakap ikut trend ni. Kalau tanya ahli bahasa, sah depa kata benda ni mencemarkan keindahan bahasa. Bagi aku, asalkan aku tak guna dalam karya kerja, OK je kot! Satu lagi aku rasa benda ni tak bley nak control. Terjadi sendiri kotttt...

Aku tergerak hati nak adakan entri ni lepas tgk AJL bebaru ni je kot. Kalau tak, tak terpk pun! Dari borak2 kosong dgn kawan kat ofis, terbawa ke kedai kopi, kemudian ke event dan function jemputan, tak sangka pulak trend berbahasa kot-kot ni 'ada tempatnya' di pentas gah lagi berprestij AJL. Benda ni nampak kecik kot bagi sesetengah org. Mungkin ada yg tak nampak langsung! Sebabnya mlm tu ramai yg lebih teruja nak tahu siapa menang AJL. Ramai suspen nak tunggu gimik FT. Jadi, bila Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail selit sikit pasal trend dan kegilaan bercakap mcm ni, aku senyum sorang2 kot! Besar betul pengaruh perkataan 'kot' di Malaysia hari ni, especially dlm industri hiburan dan dalam kehidupan seharian para pengamal media.

'Kot' sama ada dilihat positif atau negatif, yg pasti benda ni tak lama. Bermusim! Dah nama pun trend, mesti ada tempoh kegilaan, lambat-laun lenyap ditelan zaman, berganti dgn trend lain yg kita tak boleh jangka.

Bagi aku, 'kot' selain membawa maksud tak pasti, aku melihat trend penggunaan 'kot' sebagai perkataan yg sering diguna oleh orang yg tak tegas/ada agenda/cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik ayat yg dilontarkan dgn gaya bersahaja dan bernada selamba. Kenalah pakai otak, pepandai sendiri tafsir, sbb setiap ayat yg diucapkan seseorang, confirm ada maksud dan mesej, sama ada tersurat atau tersirat.

Contoh 1:
"U jgn nak tuduh2 I OK!!! I tido sorang je kot malam tadi..."
(Mungkin betul org ni tido sorang mlm tadi. Tapi boleh jadi jugak dia tak tido sorang. Biasanya digunakan oleh kaki kelentong utk selamatkan diri)

Contoh 2:
"Kawan aku pandai giler kot main tennis..."
(Mungkin betul kwn org ni pandai giler main tennis. Tapi mungkin dlm masa yg sama dia tak confident betul ke dia sorang je ada kwn yg pandai giler main tennis. Mungkin kwn yg dia sedang bercakap tu ada kwn yg lagi pandai tahap dewa main tennis. Jadi, tak salahlah dia guna ayat macam tu. Sesuai diguna utk mengelakkan diri dari dikatakan perasan atau poyo!)

Contoh 3:
"Aku bukan nak sangat kot, tengok show tu..."
(Mungkin betul org ni tak teringin pun nak tgk show tu. Tapi mungkin juga hakikatnya org ni memang dah lama berharap, teringin sgt2 nak tgk show tu. Tapi sebab tak nak tunjuk dia excited sgt, dia pun cakaplah mcm tu. Control beb...Control...)


***Aku pening giler kot masa tulis pasal benda alah kot ni...

Saturday, January 9, 2010

Manusia jangan terkejut beruk!

Rasa bosan? Kesepian? Rasa tak dihargai atau disisih dari keluarga atau masyarakat?
Rasa buntu? Tak ada port nak lepak? Jgn bingung2...
Aku ada satu port lepak yg aku nak suggest utk korang. Port yg aku maksudkan ialah Taman TAR, Ampang, yang dipenuhi monyet2, beruk2 dan kera2 jinak...
Sebenarnya aku tau pasal tempat ni pun sbb kawan aku, Yanty yang perkenalkan kat aku last year. Thanks dear!

Bagi yg tak pernah jejak kaki kat situ, aku gerenti memang korang akan terkejut beruk dan gerun bila tengok beratus ekor monyet baik punya dok bersidang kat satu selekoh jalan sunyi. Time depa makan pulak, nmpk mcm majlis kenduri-kendara.
(Ni baru betul2 maksud terkejut beruk)

Aku, masa 1st time ke situ pun lama gak bertapa dalam kereta sbb takut nak keluar bemesra-mesra dgn monyet2 tu, mcm yg org lain buat.

Lagi buat aku 'seriyau' nak keluar kereta bila aku tgk monyet2 kat luar bukan main syokk main lompat2 atas bumbung kereta aku, sambil sesekali dok jenguk dan intai aku ikut cermin luar.
Mungkin dlm hati diaorg kata, apa barang aku dtg situ tapi setakat lepak dlm kereta je! Keluarlah wahai manusia! Bawak2lah bersedekah makanan. Dapat gak pahala...Haha..
Tapi, bila aku tengok ramai org kat situ selamba badak je bagi monyet2 kat situ makan tanpa gentar, perasaan utk try dan tumpang sekaki semakin membara. Kalau budak2 kecik umur 2-3 tahun pun buat monyet2 kat situ mcm member kamceng diaorg, kenapa aku yg muda remaja ni kena takut kan???

Situasi tu membuatkan aku nekad keluar dari kereta. Alhamdulillah sampai ke hari ni aku selamat tanpa pernah sedikit pun dicederakan monyet2 yg ada kat situ.

Selain jinak, monyet2 kat sini tak cerewet bab makan. Apa saja diaorg bedal. Org2 yg selalu ke situ selalunya bawa makanan seperti mangga, kacang, roti, carrot dan mcm2 lagilah.
Pisang diaorg tak layan sgt! Tapi still makan la! Kalau dah monyet tu monyet jugak laaa...
Paling aku terkejut bila org2 yg selalu ke situ kata monyet2 tu sgt menghargai gula2 Mentos, Nata de Coco dan air tin, especially soya. Giler maju monyet zaman skrg!

Tapi kalau korang bawa air tin, kenalah suapkan ke mulut monyet sbb monyet2 kat situ belum ada kepakaran menyuap air ke mulut sendiri.
Kat situ juga aku kenal Pakcik Tajul, Kak Farhana, Alice dan Aisha, yg bagi aku hobi diaorg ni pelik, iaitu bagi makan monyet secara sukarela. Setiap hari OK!!! Diaorg ni stok yg kalau tak jumpa monyet sehari-dua rasa gelisah semacam. Yealah, dah syg sangat2.

Dlm 4 org ni, Pakcik Tajul yg paling lama dgn hobi ni (13 tahun). Sbb dah selalu sgt ke situ, dia dah boleh cam 'wajah' monyet2 kat situ dan monyet kat situ pun anggap Pakcik Tajul macam tuan diaorg. Siap ada nama2 lagi!
Yang Kak Farhana pulak sanggup masak nasi tiap2 hari utk monyet2. Lunch hour, dia akan ke situ bawa nasi, kepal2 dan suap ke monyet2 yg ada. Tak cukup dgn nasi, dia bawa lagi makanan lain. Bab kos, no hal! Dia siap ada kereta khas utk bawa makanan monyet...Cayalah kak!

Aku malas nak cerita byk pasal tempat ni. Korang kena pegi, tgk dan feel sendiri. Bagi aku, tempat ni mampu buat kita tenang dan rasa seronok seketika. Paling penting dpt buat kita lebih mengenali dan dpt berbakti kpd makhluk Tuhan yg lain, selain manusia.
Pesanan aku, kalau dah ke situ jgnlah berkasar dgn beruk2 tu. Layan lembut2 je, sbb diaorg semua jinak. Ada sekor-dua je yg naughty sket. Biasalah tu!
*Kdg2 berbaik dgn beruk berjuta kali lebih baik drpd berbaik dgn manusia2 yg hanya pandai berkata2, bermuka2 dan seterusnya menyakitkan hati kita!

Wednesday, January 6, 2010

Terima kasih 2009...


Sedikit terlewat menulis tentang tahun baru
tapi tak terlalu lewat...
Hujung2 2009 dan awal2 2010 ceritanya begini...
2 jam terakhir 2009
aku di kondominium sepasang teman di desa petaling!
bersama teman2 baik
dan bersama teman baru
yang aku dpt rasa mereka juga baik!
1.1.2010 pun tiba...
12.01am, saat kedua, ketiga dan jam2 seterusnya dlm tahun 2010
disambut sederhana saja...
sambut dari koridor rumah teman yang sama
parti-parti melampau tak ada
tak ada jeritan huhahuha
mcm yg dibuat ramai warga kota!
aku bukan apa!!!
aku tak mau kecoh2
tak mau terover excited
tak mau menggila sambut tahun baru
sbb aku manusia yang sudah tahu
hukum yang satu itu
hukum yang berkata...
kita memang takkan tahu
dan takkan pernah tahu
apa akan jadi
dan apa pula sedang tunggu kita di depan sana...
dulu masa sambut 2009
dalam kepala fikir yang sama
fikir dan tahu manusia sudah ditentukan nasib
tapi tak tahu apakah nasib itu?!!!
tak tahu akan ada kehilangan itu
tak pernah tahu ada pertemuan baru
rupa2nya 2009 memang ada nasib tak baik
sedar2 ada yang pergi dan menghilang
tapi Dia adil
Dia beri tuah lain
Dia beri juga nasib yang baik2
dia beri kebaikan, pengajaran dan nikmat lain
itulah cerita di minda dan kepala aku mlm tahun baru!
cerita di koridor kami ramai2 tonton bunga api yang dipercik ke langit
layan bunga api dataran merdeka...
bunga api klcc...
bunga api the curve...
bunga api sunway pyramid...
malam itu bunga api di sana-sini
Indahnya bunga api
Indahnya saat begini!
Meriahnya bila bara api tempat panggang pun marak menyala
galak bakar garing daging kambing, ayam dan udang
buat aku dan teman lain kenyang
tak cukup menu panggang-panggang
tuan rumah rebus-rebus makanan yang dipanggil stimbot!
terima kasih teman, merangkap empunya port utk kami sambut 2010...
terima kasih 2009 atas peristiwa, pengajaran dan pengalaman
salam utk 2010 dan warganya...semoga menjadi lebih baik dari 2009!