Thursday, October 29, 2009

Baby-baby Oktober...

Dlm 12 jenis bulan yg ada dlm setahun, hidup aku di kelilingi paling ramai anak kelahiran Oktober. Suratan atau kebetulan, aku tak pasti. Yg aku tahu, semua yg lahir bln Okt menjadi sbhgn drpd org yg paling rapat dan aku syg. (Err..yg lahir selain bln Okt pun ada gak yg aku syg! Susahlah pulak kalau asyik nak kena syg yg Okt je kan...)

Aku bukannya apa! Aku senang bdamping dgn bebudak Okt ni. Nak kata sekepala, tak sgt. Tp aku dgn mereka yg Okt memang bley ngam. Bley bekerjasama dan bertolak-ansur. Kalo gado pun sekejap jer pas2 OK balik. Kalau baru kenal seseorg dan aku dpt tahu yg dia lahir bln Okt, aku takkan teragak2 utk terus kenal dan terus berkwn dgn dia.

Sbnrnya pening gak kepala ni bila ramai sgt org terdekat yg 'terjadi' serentak di bulan Okt. Party!Party! Party! Bila byk party, takkanlah nak gi mkn dan bergumbira semata-mata. Tak salah kalo kita gi party dgn perut kosong, tapi salah bagi aku kalo aku gi birthday party dgn tgn kosong. Hadiah mahal ke murah x penting, yg penting ada tanda ingatan utk birthday boy/girl.

Kat bwh ni adalah mereka yg aku maksudkan (Wajiblah diingat tarikhnya tak kira apa pun yg terjadi)

1-Lee, 21-Kuntum, 16-Nana, 23-Dikyin, 26-Yanty, 24-Barry, 31-Yatie,
9-Win

Aku sempat surf internet utk buat kajian & analisa sket pasal benda alah ni. Haha...Mereka yg lahir bulan Oktober terdiri drpd Libra dan Scorpio. Kat bwh ni antara maklumat yg aku dpt.

BERSIFAT ANGIN
Gemini (22 Mei-21 Jun) iaitu AKU!
Libra (24 September-23 Oktober)
Aquarius (21 Januari-19 Februari)

BERSIFAT AIR
Cancer (22Jun-23 Julai)
Scorpio (24 Oktober-22 November)
Pisces (20 Februari-20 Mac)

***Angin VS Angin / Angin VS Air... Apa akan jadi ek?


KALO DARI SEGI CIUMAN??!!

Gaya ciuman Libra konon kurang hangat! Kerana mereka terlalu khuatir dgn urusan di luar hasrat mereka. Gemar menghela nafas di tgh2 ciuman.

Scorpio rupanya tak terlalu suka dgn ciuman. Jgn kaget apabila dlm sebuah hubungan mereka kerap melewatkan aktiviti yg satu ini dan lebih suka langsung menuju sasaran.

Gemini konon mempunyai peribadi yg hangat & ceria. Gaya ciuman mereka terkadang diselangi senyuman bahkan juga tawa lebar. Asyiknya, sifat Gemini yg terkenal gemar melakukan sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam melakukan ciuman. Jadi banyak kejutannya!
Ok yang satu ni best. Kalo korang nak tau pasangan/kwn kita betul2 serasi atau tak, korang try gi kat blog ni. Aku dah try! Hehe...

SELAMAT HARI JADI U OL....

Tuesday, October 27, 2009

Apa kau tunggu, mahu aku buka pintu?

Hidup ni memang mudah! Yang menjadikannya rumit dan kucar-kacir bila nawaitu, tindak-tanduk dan aktiviti kita sering diperhati seterusnya disalah erti.
Bukan di Malaysia shj, tp di seluruh pelosok dunia, ramai sgt yg suka mentafsir dan buat andaian! Sama ada secara bersendiri, ataupun bersama org sekeliling. Tak kisahlah melalui percakapan, perbuatan dan tulisan. Kesudahannya, lahirlah byk unsur2 salah faham dlm dunia dan kehidupan ini.
Semua org sibuk mahu jadi penganalisa dan pembuat andaian. Sana-sini mereka jaja dan sebar benih2 salah faham. Cukup yakin andaian buta tuli itu adalah benar belaka, kerana prinsip mereka, merekalah yg betul dan benar belaka.
Kerana salah faham juga, tak mustahil tercetusnya perkhabaran kurang enak didengar.
Salah faham juga bisa membuatkan sebuah kebahagiaan menjadi hancur berderai-derai. Aku bukan sedang buat andaian. Aku ada sikit pengalaman. Aku sendiri pernah melalui proses salah faham dan apa yg dinamakan kehancuran itu...
Kpd yg berkenaan...
Sudah2lah tu! Aku di sini bukan utk bertengkar, bukan mahu bertelagah. Baik dgn engkau, mahu pun dgn sesiapa. Aku aman, aku damai walau kdg2, tidak! Biasalah, hidup kan umpama roda!
Aku juga seperti engkau, mahu hidup bahagia dgn org yg dirasakan mampu membahagiakan.
Andai ada org lain yg cuba mengganggu keamanan aku, aku bersedia utk itu. Tapi aku mohon, aku pohon, jgnlah ENGKAU yg mengganggu-gugat kehidupan aku, jgnlah ENGKAU yg mengusik perasaan aku.
Aku menulis sekadar mencurah rasa. Melahirkan kata sesedap rasa. Tapi sesungguhnya utk mengaibkan sesiapa itu bukanlah aku! Jgnlah engkau samakan aku dgn mereka yg lain. Aku masih seperti yg engkau kenal dulu. Sama sahaja. Kalau berubah, ke arah yg lebih positif. Aku tak mahu jadi org negatif dan aku bukan org negatif spt yg kau fikir.
Blog ini utk aku, kwn2 dan mereka2 yg berfikiran terbuka sahaja. Di sinilah tempat aku mencurah rasa. Kalau engkau suka, aku 1000 kali lebih suka. Kalau engkau tak suka, silakan segera beredar. Jangan tunggu lama2. Nanti timbul byk cerita, timbuk byk syak wasangka. Aku tak suka!

Friday, October 23, 2009

Salah dan saling salah-menyalahi...

SKRG!!!Bukan semlm atau esok.
Aku takde mood utk:
Blogging-Assignment-Berfikir-Berparti-Berpesta-LayanFB/BF/GF-Main-Bermain2-Tekan keypad henfon-Letak sebarang jenis phone di telinga-Buka mulut utk sebrg tujuan-
Aku takde mood utk mencari mood. Aku tak de mood utk apa2 pun.

OK, AKU SALAH!!! Memang aku salah. Sama ada dia tahu atau tak aku salah, tapi akulah org yg bersalah dan patut disalahkan bila aku menghadapi masalah mood.


TGIF! Thank God esok ngan lusa cuti! Kalo tak cuti mesti kerja2 aku menjadi kureng berkualiti. Tapi aku still tak puas hati. Ada apa dgn cuti kalo dia nekad mogok dan menunjuk perasaan. Tunjuklah perasaan kat org atau objek lain. Jgnlah kat aku. Ingat aku takde perasaan ke?!!
Kat Sunway Pyramid smlm, bila aku cakap dgn dia, dia diam mcm tugu negara! Tugu negara tak pelah diam, sbb dia tugu!


Tukang jual perfume kat Parkson pandang semcm. Pastu sengih2. Pehal ko? Aku ckp dgn dia tp takde respons. Mesti diaorg ingat kes aku nak dkt2 sama dgn kes Farid Kamil ngan Erra dlm filem 7 Perhentian tu. Aku try cover malu. Senyum pastu buat2 macho kat 'adik2' tu (Nasib baik elok) Tapi tak taulah menjadi ke tak! Lantak koranglah...Korang apa tau! Ni tugu bukan sebarang tugu!

Semuanya jadi tunggang-langgang. Padahal b4 this dah plan baekkk punya! Mlm tadi birthday party adik aku cancelled last minute. Aku dan dia tersenarai menjadi salah satu faktor majlis ditunda. Wahhh hebatnya dia, bukan aku OK!

Esok plak nak celebrate birthday Barry. Dah pre-order. Entah apa pulak dramanya! Berdebar rasanya hati...

Semua ni dia punya pasallah! Tapi sbnrnya lebih kpd aku punya pasal! Padan muka aku. Nak sgt kannn...

Y: Keje tipuuuu je kan???
X: Manade tipu!
Y: Sudahlah...Tak pernah berubah. Please lah!
X: Tipu apa nye??? Cuba cakap sket!
Y: ....................(Diam sampai ke saat entri ini ditaip)

OK. My fault! Tapi takde apa2 pun sbnrnya! Problem kecik, masalah klise yg melanda 'dia' yg tipikal orgnya yg sbnrnya. I thought dia unik, lain dari yg lain. Jenis tak kisah. Sama jer rupa2nya. Bila diri dia dibelenggu emosi dan diselebungi prasangka, jadi mcm ni lah.

Masalah normal kdg2 boleh membawa kita kpd satu situasi yg tak normal. Aku menghadapi byk pertuduhan! Aku normal dan biasa mcm slalu jer padahal!

Hopefully tak lamalah mcm ni. Mana boleh tahan asyik cakap sorang2 je. Bengong aku kalau lama2.

Kalau dia nak berterusan mcm ni aku ingat nak tukar plan lainlah. Dari Plan lama langsung ke Plan A!!! Huhu...beranikah aku?

Tuesday, October 20, 2009

Selalu denganmu...

Adakah waktu yang tak berbatas
Untukku merasa bahagia
Saat saat aku jatuh cinta
Saatku terbang jauh ke sana
Selalu denganmu
Kasihku selamanya
Selalu denganmu
Cintaku bersama
Kaulah matahari
Dalam hidupku
Dan kaulah cahaya bulan
Dimalamku
Hadirmu selalu akan ku tunggu
Cintamu selalu akan ku rindu
Dan tiada lagi batas ruang waktu
Tahukah kau diriku tak sanggup hidup
Bilaku jauh darimu ku ingin dipelukanmu
Ohh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini
Hanya untukmu selalu setia selama-lamanya
Tahukah kau diriku tak sanggup hidup
Bilaku jauh darimu ku ingin dipelukan mu
Tuhan tetapkan rasa cintaku ini
Hanya untukmu selalu setia selama-lamanya...
Selalu denganmu by Atilia

Monday, October 19, 2009

Eloknya yang dinamakan Pisau Cukur!!!

Malam Gala Filem Pisau Cukur itu, bila org semua bertepuk tgn menandakan tamat tayangan, aku turut sama bertepuk tanpa disuruh, dipaksa atau terpaksa tepuk semata2 utk jaga hati mereka2 yg tertentu seperti kebiasaan yg pernah aku buat.

Kwn kat kiri-kanan aku pun nampaknya tersenyum rela, puas hati! Niat asal utk cabut awal di pertengahan tayangan dilupakan mcm tu je. Kami tunggu sampai filem tu habis. Tindakan kami menunggu sampai penghujung cerita tu juga menunjukkan kami berpendapat Pisau Cukur sebuah filem yang ELOK!!!
Tak tau kenapa kalau org tanya pasal filem ni, aku laju je berkata 'best'! Nak kata aku minat giler ngan Fazura dan Maya Karin, tak lah sgt. Tapi setakat nak tgk filem dan lakonan diaorg, boleh je takde masalah, sbb diaorg OK, taklah sampai menyakitkan mata dan telinga. (Ada ke dlm dunia ni org yang sakit mata dan bermasalah utk tgk aktres seelok Fazura atau Maya karin? Kalau ada, aku rasa org tu yg bermasalah kot! Hehe...)

Pisau Cukur bagi aku adalah satu contoh filem santai dan simple yg terbaik drpd beberapa filem yg dikatakan terbaik dlm kumpulannya. Sekali aku kata suka, memang aku sukalah!

Aku suka perjalanan filem ni yg laju dan selamba. Pujian utk pengarahnya, Bernard Chauly yg tahu apa yg dia mahu utk filem ni! Dia nak buat filem sempoi, kelakar dan simple, dia betul2 merealisasikannya. Tak mcm sesetengah filem yg katanya ringan, tapi sbnrnya meleret-leret. Yang katanya komedi, tapi bosan nak mati!

Sebenarnya tajuk Pisau Cukur tu sendiri dah cukup utk memberitahu semua yg filem ni ringan dan tak pening kepala. Kisah perempuan kaki kikis sekalian yg memang wujud dan berlambak2 di sekeliling kita. Semua org pun tau kan pasal ni!

Sekadar selingan, hidup di zaman ini, aku tak rasa mengikis atau mencukur adalah satu aktiviti yg sgt keji dan negatif, sbb memang realitinya semua org dlm dunia ni nak sesgt hidup senang dgn cara senang. Aku pun nak senang!!! Seperti kata Bella dan Intan, buat apa kahwin dgn org miskin kalo dpt kawin dgn org kaya? Siapa yang tak nak hidup senang?

Mungkin sbb aku berfikiran mcm tu, aku senang sekali menerima masuk kehadiran filem ni dlm diri aku. Sekurang-kurangnya Bella (Maya) dan Intan (Fazura) ada visi dan misi. Masing2 nak kawin dgn org kaya dan mereka bersungguh2 berusaha mencapai impian tu. Lautan luas dan sebuah kapal mewah yg belayar menjadi saksi kesungguhan mereka!

Dlm Pisau Cukur, mmg susah nak jumpa efek yg gempak2. Hampir 2 jam, penonton hanya dibawa 'belayar' atas kapal mewah mcm citer Titanic tu, tp sbnrnya penggambaran Pisau Cukur dibuat kat darat je. Imaginasi sgt! Memang tahu sesgt bukan kat dlm kapal. Hehe...
Sbg penonton, masa aku menonton tu, aku tau yg aku sdg ditipu hidup2. Kata kat atas kapal, tapi tak sbnrnya! Tapi ada aku kesah??? Tak...Tak langsung! Sbb, aku faham, aku dan audiens lain bukan nak tgk sgt laut dan kapal2 mewah tu, tapi lebih kpd nak relax, menghayati jln cerita dan komedinya!

Senang cerita, aku suka dgn keikhlasan, lawak2 dlm Pisau Cukur dan lakonan dua heroinnya. Ada sikit gedik dan ada manja2 yg tak keterlaluan, bersahaja dan natural, tapi ada masanya secara tak langsung mengajak kita berfikir. I like!!! Ada ketikanya punya persamaan dgn aku dan kehidupan seharian aku. Kdg2 lawak dan skripnya sinis, mungkin akan terkena batang hidung sendiri. Nasiblaa.. Sbb tu aku kata filem ni sgt dekat dgn diri aku sendiri dan kita semua.

Satu lagi, aku suka dgn kostum2 dlm filem ni. Simple tapi elok. Filem ni juga bagi aku sEbuah filem yang sbnrnya tak mahal dari segi kos pembikinannya, tapi berjaya 'dimahalkan' oleh kesemua yg terlibat dan seterusnya berjaya ditonjolkan sbg sebuah filem yg mahal dan ada kelasnya sendiri.

Pelakon2nya pun elok2 belaka dari segi rupa paras dan bakat. Selain dikuasai Maya Karin dan Fazura, ada Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Umie Aida, Radhi Khalid, Khatijah Tan, Radhi Khalid dan ramai lagi. Lakonan pelakon baru, Redza, pun best walau bergigi besi.

Cuma 'part' kematian Datuk berbini 3 kat tgh2 cerita tu bg aku sedikit bosan. Tapi Ok laa, aku tak tidur walau seminit pun mlm tu! Kat tgh cerita ada sedikit unsur2 penyiasatan, tapi taklah terlalu berat, serius dan membebankan otak. Biasalah, mana ada filem yg perfect!

Monday, October 12, 2009

Ini untuk awak. Awak akan baca kan???

Saya baru balik Kursus MCB- Mission & Character Bulding. Lanjutan kursus ESQ yg saya pergi 6 bln lps, masa zaman saya dgn awak dulu. Masa tu saya bz 3 hari berkursus, awak pulak 3 hari berpesta dgn org lain tanpa pengetahuan saya. Tak pelah! Dah lepas dah pun! Oh ya...Kursus ni juga melayakkan saya mendpt yellow belt! Tahniah utk diri saya sendiri!

Kursus kali ni saya tak menangis lagi. Tapi keinsafan tetap ada. Mungkin sbb saya dah bersedia. Pengalaman ESQ, menjadikan saya kenal siapa saya, kental dan bersemangat untuk terus hidup di bumi Tuhan.
Tapi kan wakkk, saya ada benda nak kongsi dgn awak. Harap awak berminat.

Luar biasa! Awak tahu tak, saya tak pernah terpk langsung kursus ni dpt menjwb soalan2 'tentang kita' yg selama ni ada kat dlm kepala saya, tp x pernah ada jawapannya?
Mcm ni...Sejak awak tak ada, setiap hari saya pk benda yang sama. Kenapa Tuhan amik awak? Kenapa kita tak boleh kekal lama? Kenapa saya? Kenapa itu? Kenapa dan kenapa?
Apa yang mampu saya pk, Tuhan nak uji saya. Itu jer! Kwn2 pun kata mcm tu. Cakap senanglah. Diaorg bukannya tahu pun yg berpisah dgn awak menjadi antara dugaan maha dahsyat dalam hidup saya. Saya mula faham maksud hilang dan kehilangan. Pedihnya saya tak nak ingat, tapi tak mungkin saya lupa!
Masa tu saya rasa mcm dah tak ada apa2 lagi dlm hidup ni. KOSONG! NOTHING! GELAP! Masa tu jugalah saya sedar yg saya cuma ada Allah untuk mengadu. Justeru saya mengadu dan berdoa. Saya mengaku dgn Allah yg saya memang byk salah dan dosa. Kalau berpisah dgn awak adalah hukuman terhadap dosa2 saya, saya redha dan terima. Kesakitan yg saya rasa itulah adalah hukuman itu!
Setiap kali mengadu kat kengkwn pasal awak, mereka akan kata ada hikmah di sebalik kejadian. Saya bosan, walau saya tahu kebenaran ungkapan tu. Saya juga tahu ianya janji Allah! Mungkin masa tu saya terlalu tertekan. Terdesak utk sekali lagi menikmati hidup bahagia dgn awak mcm 10 tahun dulu. Tapi Tuhan tak izinkan. Sampai sekarang Dia tak izinkan.
Sumpah wak, saya tak nampak apa2 hikmah pun! Yang saya tahu, saya sakit sgt2. Memang teruk! Saya putus asa dgn manusia2 dan segala apa yang ada di dunia ni.
Mujur saya tak lupakan Allah. Saya minta Allah berikan saya 'seseorang' yg lebih baik yg boleh gantikan tempat awak walau masa tu saya rasa tak ada org yg dpt ganti tmpt awak. Saya rasa mustahil utk saya dpt org seperti awak lagi. Tapi saya minta jugak. Saya terus berdoa, walau tak ada hasil. Doa saya pada waktu tu langsung tak dimakbulkan.
Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui!!!
Dia menjawab persoalan saya melalui kursus 2 hari ni. Kenapa Tuhan uji kita wakkk? Sbb ujian dan dugaan adalah salah satu cara Allah mentarbiah (mengajar) manusia. Apabila diuji, manusia secara tak langsung diangkat ke satu martabat yang lebih tinggi dari sebelumnya. Tidaklah kehidupan manusia itu berada ditakuk lama dan sama sahaja. Sesungguhnya Allah itu maha Pengasih dan Penyayang!
Proses ini sama dgn proses pembentukan berlian secara semulajadi yang memakan masa ribuan tahun. Semakin kuat tekanan, semakin panas suhunya, maka semakin sempurnalah proses pembentukan berlian itu. Di sinilah terjadinya pembentukan karektor seseorg manusia.
Alhamdulillah. Dengan izin Allah dan tanpa saya sedar, kehidupan saya menjadi bertambah baik. Tapi, masalah dan cabaran tetap ada, takkan pernah habis. Namun, selagi kita sedar tentang 165, VISI, MISI dan NILAI, kita pasti akan redha dengan segala kehendak-Nya.

Saya menulis tentang 165, Visi, Misi dan Nilai di sini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, bukan untuk sesiapa. Saya takut terlupa tentang itu. Saya bimbang hanya timbul kesedaran utk tempoh tertentu sahaja, kemudian kembali ke perangai lama yg negatif. Mohon dijauhkan!
Kalau dulu saya tak nampak hikmah di sebalik kejadian, sekarang sedikit demi sedikit Allah bukakan mata hati untuk saya melihat dan merasanya. Sekarang saya betul2 dapat melihat Allah menunaikan janjiNya kpd umat manusia. Subhanallah!

Saya percaya awak pun dah nampak hikmah di sebalik apa yang berlaku kan? Saya tahu awak sdg bahagia dan saya redha. Saya maafkan awak. Dalam hidup ni kita tak boleh membenci mana2 manusia dan saya tak akan membenci awak lagi apatah lg berdendam.
Oh ya...Rasanya belum terlewat utk saya ucapkan Selamat Hari Jadi untuk awak...Semoga awak panjang umur dan dimurahkan rezeki...Aminnn...

Cerdas Nurani

Baru balik Kursus MCB. Pagi tadi masa on the way nak ke office ada lagu ni di telinga dan fikiran aku....

ESQ Cerdas Emosi
ESQ Cerdas Nurani
Menyapaku kini
Desah nafasku
Detakan di jantungku
Air mataku
Laju merah darahku
Berpadu
Langit menjulang
Nan kokoh tanpa tiang
Berhias bintang
Tertata dan melayang
Membentang
KARYA TUHAN...

Friday, October 9, 2009

Rakus dan berselera menikmati Papadom...

Bercerita tentang filem dan hasil kerja Afdlin Shauki, sekurang-kurangnya 5 daripada 10 orang tak teragak-agak akan menaikkan dua ibu jari mereka setegak mungkin. Beratur panjang mendapatkan beberapa helaian tiket untuk lepas masuk menonton filem milik pengarah comel ini, bukan masalah besar bagi peminat karya milik insan bernama Afdlin. Apalah sangat barisan yang panjang itu kalau mahu dibandingkan dengan kepuasan menontonnya yang sudah pasti; barangkali itulah keyakinan yang ada di kepala setiap peminat filem dari pengarah berbakat, berbadan dan selalu menang anugerah besar, saudara Afdlin Shauki.

5 anugerah yang digondol Papadom dalam FFM22 baru ini turut membuatkan aku kepingin menikmati keenakan Papadom itu dengan sendiri, tanpa mahu mendengar orang lain sahaja yang bercerita tentang 'kelazatan'nya. Syukur, dengan izin Tuhan, aku telah menontonnya, sehari sebelum Papadom ditayangkan kepada umum, atas jemputan seorang teman sambil aku pula membawa beberapa lagi teman yang lainnya.


Mudah sahaja untuk bercerita tentang Papadom sebenarnya! Bagaimana mudah, ringkas dan ringannya makanan bernama Papadom, begitu jugalah dengan kisah filem berjudul unik ini.
Boria, lagu Negaraku dan dua sahabat Saadom yang berbangsa Cina dan India yang dipilih menjadi sebahagian daripada elemen pembukaan kisah aku lihat cukup menarik dan tepat sekali dipadankan dengan konsep, suasana dan latar belakang cerita.
Paling menarik aku kira, tentulah adegan sekeping Papadom mentah yang digoreng dalam minyak panas dan terus menggelembung, siap untuk dikunyah pelanggan gerai di dalam cerita. Sementara di panggung pula, melihat Papadom panas yang digoreng itu telah membuatkan aku dan pelanggan panggung yang lainnya membuka mata lebih luas, membetulkan tempat duduk ke kedudukan yang lebih selesa, bersiap-sedia menikmati dan menghayati Papadom dengan lebih rakus lagi walau kepingan Papadom yang sebenar tiada di tangan untuk dikunyah tatkala menonton.
Papadom yang terhidang ketika satu jam yang pertama memang enak sekali, lebih2 lagi bagi mereka yang sudah sekian lama menahan selera, menunggu filem menang anugerah ini dihidangkan di panggung. Sudah konsepnya pun komedi-drama, maka tidak hairanlah panggung hingar dengan gelak-tawa penonton terutama setiap kali melihat gelagat Saadom dan isterinya, Mun (Norkhiriah) bersama si comel Miasara (Liyana Jasmay) yang masih kecil.
Papadom yang tampil 'ringan' itu kemudiannya menjadi sedikit serius apabila Saadom yang berjaya dalam perniagaannya, ditakdirkan kehilangan Mun. Sedih, namun masih tidak meninggalkan unsur komedi, ramai yang terusik hati melihat Saadom gigih membesarkan Mia dengan stailnya sendiri. Jarang-jarang ditemui bapa seperti Saadom di Malaysia, namun tak mengapa dan maafkan sajalah; kerana watak fantasi bapa yang terlalu penyayang dalam filem ini nampaknya masih logik dan boleh diterima akal.

Latar dan suasana Papadom berubah sama sekali apabila Mia ke UiTM. Kerana terlalu sayangkan anak, Saadom dalam diam menjejaki Mia, bimbang Mia tidak mampu berdikari atau diapa-apakan. Di situ jugalah tampil lebih banyak watak2 tambahan ibarat penambah rencah yang dirasakan mampu menyedapkan lagi Papadom yang sudah sememangnya sedap itu.

Sekadar pendapat dan bercerita dari sudut pandangan sendiri, kerancakan menikmati Papadom kian berkurang di pertengahan cerita. Aku tak pasti kenapa. Mungkin kerana aku sama sekali tidak dibawa keluar ke lokasi atau latar yang lain, hanya diajak mengikuti konflik dan kisah Saadom, Mia dan rakan2nya dari dalam kampus sahaja. Terasa seperti menonton sebuah filem ringan, khusus untuk anak-anak remaja pun iya juga, apatah lagi bila aku terperasan dan dapat mengesan sebenarnya watak Mia terlalu dekat dengan usia dan gaya hidupnya yang sebenar. Mujurlah ada jenaka Saadom yang berkomunikasi dgn alam dan tumbuhan hijaunya!

Timbulnya rasa seperti itu mungkin juga kerana aku sudah terlalu 'kenyang' menikmati babak2 awal Papadom yang sempurna rasanya dan penggayaan persembahannya pada awal cerita. Sepatutnya, sebaik Papadom mula ditayangkan, aku harus menikmatinya secara santai, bukan dgn cara rakus dan terburu2. Tidaklah kenyang dan mengah di pertengahan jalan!

Dan, barangkali juga perasaan itu wujud kerana aku terlalu meletakkan harapan tinggi bahawa Papadom yang disajikan dengan aneka 'ramuan' istimewa seperti Farid Kamil, Scha dan Que Haidar akan membuatkan ia bertambah enak, atau sekurang-kurangnya mampu mengekalkan kelazatan yang dipersembahkan sedari awal. Apabila 'adunan' itu dirasakan kurang menjadi, maka Papadom mula sedikit hilang rasa dan aku sedikit terbantut selera.

Namun, sebagai pelakon dan pengarah terbaik, Afdlin berjaya menjadikan Saadom sebagai penyedap Papadom sehingga ke akhirnya.

Menjadi peniaga kecil-kecilan, usahawan kaya-raya, suami dan bapa penyayang serta tukang kebun dalam sebuah filem yang sama, Saadom bijak mengimbangkan elemen komedi dan elemen menyentuh hati, tanpa perlu berhempas-pulas untuk menonjolkan mesej berguna kepada penonton kerana mesej, nilai murni dan pengajaran yang ingin diketengahkan sebenarnya sudah meresap masuk dalam jiwa penonton dari awal cerita lagi.
Tak keterlaluan juga dikatakan watak Syukur dan Balqis yang sedikit itu juga memberi impak besar terhadap filem ini. Vanida Imran dan Harun Salim Bachik telah membuktikan bahawa kuantiti tidak semestinya menjamin kualiti. Walau kedua anak seni ini hanya beberapa kali muncul, tetapi tanyalah kpd sesiapa pun yang pernah menonton Papadom, pasti mereka tidak pernah melupakan kewujudan dua watak ini.
Aku bukanlah orang bijak pandai untuk memberi komen bernas tentang filem. Tetapi, untuk memberi pendapat aku sentiasa bersedia. Sebab itulah aku menzahirkan entri ini di sini.
Apa pun, Papadom aku kira sebuah filem yang berjaya. Belum sempat ditayangkan, ia sudah berjaya mencetus histeris bila mana ramai yang tidak sabar untuk menontonnya. Dan sesudah menonton, berjaya pula mencipta dan menempa historynya sendiri.
Menonton Papadom ternyata tidak merugikan dan tak akan memberi penyesalan. Bagi yang belum dan bakal menonton Papadom, nikmatilah filem ini seperti anda makan Papadom, bukan nasi kandar.
Makan papadom tak mengenyangkan kerana ia sekadar lauk sampingan, tetapi sekurang-kurangnya Papadom mampu menjadi filem pembuka selera di saat penonton hilang selera untuk ke panggung menonton filem tempatan yang lainnya.

Sunday, October 4, 2009

Dunia lalu, dunia baru dan dunia yang bakal berlalu...

HUrmm...Berada di satu alam baru sejak 2-3 minggu ini. Dunia apa aku pun tak tahu! Jujur, secara tiba2 aku dicampakkan ke dunia itu, tanpa pernah aku menduga apatah lagi meminta.

Wahhh...Bagus juga dunia ini ya!!! Segalanya baru dan terkini belaka. Sedikit demi sedikit mengheret aku meninggalkan dia dan dia yg saling berkaitan antara keduanya. Dalam masa yg sama membawa aku ke sebuah kisah baru tanpa ada sesaat pun episod terdahulu.


Namun aku tak pernah lupa pada lumrah alam! Lumrah bahawa setiap yg baru itu pasti akan digemari, disukai, disayangi dan tak mustahil, dicintai. Sehinggakan terkadang kita terlupa hakikat bahawa yg baru itu tak selamanya baru. Lambat-laun akan menjadi lama dan lapuk juga.


Aku tak mahu jadi sebahagian daripada mereka yg terlupa akan lumrah itu. Tak mahu terlalu leka bergembira di dunia baru itu. Tapi harus aku akui yang aku menghargai detik2 berada di alam baru.


Yang pasti juga aku menghargai kesemua dunia2 yang telah ciptakan utk aku. Apa yg dpt aku katakan, masih terlalu baru untuk aku mengulas dan bercerita tentang dunia baru ini. Sebabnya, aku sendiri tak tahu berapa lama hayat dunia baru yg telah ditetapkan-Nya utk aku.

(Kalo citer kelakar, Aku suka Dunia Baru The Movie...ada org tu suka Man Laksa..Bestlah jugak Man Laksa pun..tapi Dunia Baru The Movie lagi best kot!!!)

Takdir Cinta Kita...

aku memotong dan menampal lirik lagu ini di sini dlm keadaan tersenyum dan tersengih-sengih...

Selalu aku..Mahu bersamamu..Damping cintaku membuai rasa..Dan aku tak pernah..Sekali dua kanmu..Kau lah satu..Di dalam hati ku..
Chorus:**
Ku peluk dirimu...Meski pun hujan membasahi aku...Ku relakan cintaku...Biarlah mati bersama dirimu...Inilah cinta ku pada mu kasih....(Hanya kau selalu bermain di hati ku..Aku pun merindu)
Selalu aku..Mahu bersama mu...Damping cinta..Ku membuai rasa..(Dampingi lah belailah jiwa ku)...Mungkin semua ini..Takdir kita..(Bersama mu saja)Kan bersama..Untuk selamanya...

Takdir Cinta Kita by Iqwal