Tuesday, September 29, 2009

Jaga kau Lili...Aku bunuh kau!!!

Asyik bercerita tentang haiwan sahaja! Entri sebelum ini tentang kucing. Kali ni tentang lipas pula. Kebetulan, kedua2nya berada dalam kelompok yg sama- haiwan.

Sesungguhnya, tanpa rasa malu aku mengaku yg aku takut lipas, atau lebih mesra disapa sbg LILI. Ternampak seekor Lili di kamar terutamanya, aku jadi gelisah dan menggelabah. Selagi belum dibunuh Lili, tidak tidur spjg mlm pun tak apa.
Bayangkan kalau Lili melata-lata, merayap-rayap di badan anda. Suka? Atau biarkan saja?

Lebih menggerunkan bila aku pernah terlihat binatang ini menunjukkan skill terbangnya. Memanglah terbangannya tak tinggi mcm burung. Tapi adakalanya terbang di paras yg rendah itulah sbnrnya yg lebih mengerikan.

Rumah aku bersih, kalau kotor pun taklah sekotor mana. Tapi Lili tetap ada! Mungkin sbb dia berkenan menjadikan pintu kayu toilet yg dah reput kat umah aku tu sbg rumah tempat dia beristirehat seisi keluarga.
Biarlah! Mungkin dia selesa bermastautin di situ. Lagipun ini negara demokrasi. Lipas juga bebas buat pilihan!


Tapi aku zalim! Bertindak seperti pemerintah kuku besi terhadap haiwan bernama lipas. Andai ada baby Lili berusia sehari sekalipun melintas di depan aku, tanpa rasa simpati akan memusnahkannya. Apatah lagi bila melihat ibu-bapanya dan seluruh kaum kerabat yang sudah tua dan dimamah usia. Bertambah cepatlah aku menamatkan riwayat hidup mereka!

Cara membunuh cukup mudah. Dapatkan saja senjata2 membunuh lipas yg banyak dijual di pasaran. Harganya tak mahal. Tak sampai 5 ringgit pun. Lepas tu letakkan racun lipas tu di port2 yg biasa dilepak lipas. Rumah anda, anda sendiri tahulah kan???
Aku jamin Lili2 yg ada akan bersemangat utk mencuba makanan baru mereka itu. Haha..Lili tertipu! Tak sampai beberapa jam, lipas2 yg telah mkn racun yg disangka mknan lazat itu akan pergi tak kembali.

Sebelum pulan beraya aku telah menabur racun lipas di beberapa port lepak Lili di rumah aku. Selepas 10 hari bercuti dan kembali, memang byk yg terbunuh. Mahu dibuat rendang, raya dah habis. Akhirnya terpaksalah disemadikan di tong sampah sahaja!

Friday, September 25, 2009

Hanya tak suka, bukan benci!

Aku tak suka kucing. Bukan benci kucing! Aku tak suka dia meleset-leset kat aku. Geli pun yea jugak!


Tapi kat kampung mama ada bela 2 ekor kucing. Si emak nama Nora, si anak aku tak amik tau nama apa walau dah 4 bulan jadi sebahagian drpd family aku.
Aku slalu hangin kalo kucing2 tu dok lepak dlm umah aku, lantas aku pun menendang2 manja mereka dua ekor tu. Tapi kalo aku tgk dia merengek kelaparan, aku masih berperi kemanusiaan. Aku suruh adik laki aku bagi mkn kucing tu. Aku ni taklah kejam sgt terhadap cat dan kitten!
Cuma entah cemana smlm (24/9) aku tergerak hati nak tny adik laki aku jantina anak kucing tu. Adik aku kata jantan dan spontan aku bagi nama Nordin. Sebenarnya masa 1st time tgk kucing tu hati aku dah mengaku yg kucing tu cute. Tapi aku buat2 macho, simpan jer dlm hati, kengkonon kucing tu hodoh yg amat.

Tadi lebih kurang pukul 4.30pm Nordin takde buat selama2nya. Adik bongsu aku yg nak alih keta telah melanggar Nordin. Masa tu aku kat dlm umah dan terus berlari keluar bila dgr adik laki aku meraung. Punyalah kuat!!! (Dia ter'emo' sbb dia syg sgt kat kucing)

"Ya Allah kucing akuuuuuu...."

Tak sampai seminit slps kena langgar, Nordin pun mati. 3 adik aku yg nak ke Penang telah membatalkan hasrat murni tu, atas nasihat babah. Sambil menangis teresak-esak, adik laki aku telah menanam Nordin kat tepi rumah. Masa Nordin dilanggar sehinggalah ditanam, emaknya Nora sedang nyenyak tidur! Bagus gak. Kalo mak dia nmpk anak dia dilanggar, bertambah syahdulah petang tu.Kematian Nordin yg berlaku depan mata aku telah membuatkan aku insaf dan sedih. Aku akan mengubah sikap aku. Aku tak mahu berkasar atau menendang-menyepak manja mana2 kucing lg lepas nih.

Monday, September 21, 2009

Saat tak indah hanya sementara!

Antara yg paling indah dan menggembirakan dlm hidup ini bila tiba saat dan ketikanya utk pulang beraya di desa. Dan aku baru saja melaluinya kira2 5 hari lps.

Aku balik hari Jumaat, 2 hari sblm raya. Tanpa 'dia' lg bersama tetapi tetap ditemani 3 org adik. My one and only 'bro' yg study kat Kelantan dah slamat tiba di kampung.
Perjalanan balik beraya kali ni cukup indah aku kira walau pada awalnya cukuplah tak indah! Bertolak jam 2.45am dan akhirnya sampai di kampung pukul 8.30am. Indah ke namanya? Lebih kurang 6 jam kat highway, yg trip biasa hanya amik masa 4 jam saja. (Pernah jugak kitaorg buat bagi jadi 3 jam. Tapi dpt 'surat cinta' lah akhirnya)

Konon...Sbb utama we all gerak awal2 Subuh tak lain x bukan sbb nak elak jem. Hampeh! Time2 nak raya camni, bertolak kul brp pun mmg akan jem punyalah! Hasrat nak singgah R & R terpaksa dilupakan sbb ramai sgt umat manusia. Bukan stakat tak bley singgah, lagi beberapa km nak sampai R & R pun dah jem teruk. Bukan kat 1-2 atau 7 perhentian, tapi jem kat SEMUA perhentian yg ada kat highway tu OK!!!

Adik bongsu aku awal2 lagi dah dibuai mimpi. Aku cam biaselaa, terlelap dan terjaga. Tak dpt tido dgn aman sbb sket2 kereta brek, sket2 stop. Rimasnya aku! Sampai kat Ladang Bikam, aku plak diarahkan jadik driver dan aku plak merasa memandu dlm keadaan sesak di highway. Sengsara!

Mcm2lah kitaorg buat dlm keta sbb nak hilangkan keresahan, kebosanan, kesakitan dan mcm2 ke. Menyanyi, layan lagu, bercerita, bergosip (wajib bg kami adik-beradik setiap kali bertemu), bersenam, termasuklah membuat aksi2 yg x sepatutnya dibuat dlm sebuah kenderaan bernama kereta. Tak dilupakan menangkap gmbr pemandangan di highway yg gelap tapi dihiasi cahaya ribuan lampu kenderaan. (Ada sorang brother tu siap pose lg sbb ingat kitaorg nak amik pic dia)

Mama plak byk kali call, babah pun sama sbb tunggu manalah anak diaorg x sampai2 lagi. Yg babah asyik risau kami kelaparan. Byk kali dia tanya ada food & minuman tak dlm keta. Pastu dok risau minyak kereta cukup ke tak utk sampai ke kampung. Nasib baik kat KL dah isi full tank, kalo harap nak isi kat mana2 petrol station kat highway, maka lagi lambatlah kami sampai jwbnya.


Ada satu masa tu kat radio ada lagu Allahyarham Sudirman.

Ho...ho...ho..balik kampung..Ho..ho...ho...balik kampung...hati girang

dan 2 adik aku telah menukar liriknya kpd

Ho...ho...ho balik kampung...sakit pinggangggg....
(Memang betul pun sakit dan rasa cam nak patah pinggang)

Aku berfikir. Mendgr lagu tu sambil mengamati liriknya memang membuatkan semua org rasa excited nak balik beraya walaupun semua org maklum jalan jem teruk.
Aku berfikir lagi. Masa zaman arwah cipta lagu tu, jln2 x jem teruk mcm skrg ni, pun semua org excited nak balik kampung.
Kesimpulan, lagu ni memang evergreen, relevan spjg zaman.

time ni dah sampai kampung. bila traffic light tu ijau aku belok kanan. pastu sampai.

Saat entri ini ditaip, aku sudah bersenang-lenang di rumah. Khabarnya ada ramai tetamu bakal dtg ptg ni.

Tiba2 aku teringatkan 3 awek yg tertinggal bas sbb kena beratur pjg sgt kat toilet R & R Bukit Gantang masa otw balik beraya hari tu. Apa citer diaorg ek? Apa kesudahan perjlnan balik beraya diaorg?

Sunday, September 20, 2009

Berita kemalangan yang tak pernah tersiar di mana2 akhbar

Teks/Foto: E Rahman
Heading: KUN FAYAKUUN...

KHAMIS, 17 SEPT 2009: Satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Myvi dan Perodua Kancil (dua2 kaler silver) telah berlaku kira2 jam 10.30 malam di Federal Highway, KL.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta Kancil (muda lagi orgnya) yg suka sgt berangan time memandu selain nak tunjuk macho memandu di depan dua amoi yang turut berada dlm kereta itu.

Akibatnya, dia telah menghentam bontot kereta Myvi dlm keadaan trafik yg pada ketika itu sesak memandangkan warga kota masing2 baru balik bershopping utk hari raya yg tinggal 3 hari saja lg dan sesetengahnya dah otw pulang ke kmpg.

Pemandu Kancil, ketika ditanya mengenai kemalangan itu menjawab dgn begitu jujur dan mengaku bersalah, atau dlm erti kata lain 'tak byk songeh'.

"Apa pasal u langgar?," tanya pemandu Myvi yg keretanya remuk di bahagian tayar blkgnya.

"I pun tak tau! I tengok2 lampu atas sana, terus langgar," jwbnya selamba, sambil menunjukkan lampu yg bergemerlapan di Menara TM, Bangsar.

Jawapan terlalu jujur; memandu sambil melihat neon2 berkelipan yg diberikan pemuda Cina itu membuatkan pemandu Myvi, bersama seorg lagi temannya terdiam dan tak dpt berfikir sejenak.
Sambil itu, masing2 sibuk memicit2 keypad handphone utk menelefon org2 yg dpt membantu.
Pemandu Myvi, ketika ditemui berkata kemalangan itu adalah 1st time dlm hidupnya. Dia juga mengaku tergamam slps dilanggar sehingga ada ketika dia berfikiran tidak logik dan tak masuk akal.
(Hehe..Ada ke patut dia kata tak kira apa jadi, dia nak kereta dia yg remuk tu di repair balik dlm masa sehari. Dan semua mekanik, call man yg ada masa tu hny gelak dan geleng2 kepala. Aiyooo! Apa jenis request tu???)

"Nasib baik ada kwn dan family members yg dtg tolong. Kalau tak, saya tak tau nak buat apa. Saya blur," katanya sambil mengucapkan satu persatu nama rakan2 yg sudi hadir ke tempat kejadian, walau jem teruk dan masing2 sibuk dgn persediaan menyambut lebaran.

Antara nama2 yg disebut termasuklah Eiza, Dylan, Du'a, Lee, Dikyin dan Nana (Letak nama ni kira kreditlah ni). Malah, kesanggupan Ayu dan Lindeli mencari tempat kemalangan tetapi sampai kesudah tak jumpa turut membuatkan pemandu Myvi rasa terharu sesgt.

"Kemalangan ni beri pengalaman baru utk saya. Saya bljr cara2 deal dgn 'call man', mula faham tentang insurans kereta dan bljr cara buat police report.

"Saya bukan bermaksud 'suka' dgn kemalangan ni. Mula2, saya pun marah giler dgn driver Kancil tu. Maklumlah, esoknya saya dah nak balik kmpg. Kereta pulak tak boleh jln. Takut parents marah pun yea jugak. Huhu...

"Tapi stlh ditenangkan rakan saya, saya 'cool' dan dpt berfikir waras. Benda dah jadi, marah2 pun tak guna," katanya sambil menganggap ada hikmah di sebalik kejadian.

Jelasnya lagi, kemalangan itu walaupun tidak teruk dan tidak mengakibatkan kecederaan telah memberi byk pengajaran dan kesedaran buat dirinya.

"Malang tak berbau, atau lebih tepat lagi kita tidak dpt tolak takdir. Tapi sbg manusia, kita boleh berusaha utk mengelakkan drpd berlakunya sesuatu kecelakaan. Kalau berlaku juga, redha dan anggaplah ia sebagai takdir," katanya.

Mengulas tentang keretanya yg remuk, dia memberitahu segala urusan membaikinya diuruskan pihak yang bersalah.

"Kereta saya dihantar ke woksyop di Damansara. Insyaallah, akan siap dlm masa seminggu," katanya.
salah satu pemandangan kat balai polis yg sempat diambil gmbr

2.30am tapi tetap setia menunggu kat balai polis

discussion dgn org insurans, esoknya.

Saturday, September 19, 2009

4 biji tayar yang berperasaan!

>>16 September 2009
Tak silap aku 5 hari sebelum raya...

Destinasi pertama yang dituju adalah Subang, bukan Shah Alam seperti kebiasaannya. 4 biji tayar kereta yg hitam legam turut rasa terkejut bila mereka dibawa meluncur, bergolek-golek di jalan raya di kawasan Subang; pepagi buta, tanpa diberitahu terlebih dahulu atau diberi sebrg hint yg mereka akan dibawa ke situ.
TAYAR DEPAN (kanan): Wahhh...Dah dekat 5 bulan tak bergolek-golek kat area ni. Dulu, setiap pagi, mesti tuan bawak kami lalu kat sini, hantar mak encik. Pastu baru gi Shah Alam. Kan tuan kan?? Hehe..

TUAN KERETA: Ni yg aku malas nih. Korang ni kalo tak tanya x boleh ke? Ikut ajelah arahan aku. Byk bunyi pulak.

Errr..Nape? Korang tak suka ke aku bawak korang gi Subang, gi ofis bekas mak encik korang?

TAYAR BLKG (kanan): Suke! Suke! Tapi kenapa tetiba je tuan suruh kami bergolek2 kat sini? Apsal x pegi ptg2 sket.

TUAN KERETA: Alaa..Singgap kejap je. Hntr kuih raya. Mak encik korang order aritu. Esok dia dah cuti. kalau tak hntr arini, bila lagi?

TAYAR BLKG (kiri): Owh...Kita nak jumpa mak encik lah ni yea? Yay...Sukanye saya!
(Tayar blkg ni watak dan perangai dia cam comel2 sket)


TUAN KERETA: (Senyum). Nanti bila mak encik dtg dkt dgn korang, korang tengoklah dia puas2, walaupun dia bercakap ngan aku, bukan ngan korang! Bukan apa, lepas ni dah susah nak jumpa mak encik lagi dah. Ni pun nasib baik dia order kuih raya, adalah gak peluang korang jumpa dia.

TAYAR DEPAN (kiri): Alaaa...Kenapa mcm tu? Mak encik marah kat kitaorg ke? Tuan cakaplah kat mak encik yg kitaorg tak penat langsung bertugas mcm dulu. Setiap pagi ke Subang dulu, lps tu baru ke Shah Alam hntr tuan. Ptg ke Subang lagi skali, amik mak encik. Kenapa skrg dah tak mcm tu? Dah 5 bulan tuan kuar rumah, tapi terus ke ofis tuan. Sape hantar mak encik gi keje hah?

TUAN KERETA: HISHHH!!! Korang tu tayar, mana tau apa2! Yang korang syg sgt kat mak encik tu kenapa? Aku ni tuan korang! Aku yg beli korang, basuh, isi angin, gilap korang yg itam ni sampai berkilat.

TAYAR BLKG (kiri): Kami syg dua2. Kat tuan syg, kat mak encik pun syg. Mak encik pun syg kami. Dia jaga kami baik apa! ??

TUAN KERETA: Sker hati koranglah. Kalau betul mak encik syg korang, takdenya dia tinggalkan kita. Lagipun dia dah ada 4 biji tayar baru. Lagi besar dari korang, siap ada rim lagi. Hah, korang ada?!!!

TAYAR BLKG (kanan): Laa..sampainya hati mak encik! Tak pelah, nasib baik kami ada tuan mcm tuan.

Tiba2..
(Sket lg nak sampai ke tempat di tuju)


TAYAR DEPAN (kanan/kiri): Aduhhhhhhh...Tolong!

TUAN KERETA: Korang ni dah kenapa? Tetiba menjerit. Kuat plak tu bunyi. Buat malu aku jer. Dah la tgh2 jem nih. Cettt!!!

TAYAR DEPAN (kiri): Tuan laa! Bawak keta mcm org gila pagi ni. Kejap laju, kejap pelan. Kejap2 tekan brek. Pening wooo...dahla puasa!

TUAN KERETA: Ehh..Yea ke? Sorrylah...Aku serabut. Nervous lah ngokk. Dah lama tak jumpa mak encik korang. Entah apa citernya?

TAYAR BLKG (kanan): Relaxlah tuan! Kitaorg kan ada. Yg penting tuan jaga diri dan keselamatan kuih raya tu. Kalau tuan bawak keta mcm org mabuk, tak pasal2
kuih raya tu jadi serbuk nnt. Marah pulak mak encik.

TUAN KERETA: Yealah tu! Eh..Tu haa..mak encik korang dah tunggu tu. Jaga2 aku nak tekan brek ni. Jgn lupa berhenti betul2 depan dia tau!

SEMUA TAYAR: Baekkk tuan tayar!!

ps: Aku rasa tuan tayar ni sedikit mental!

Monday, September 14, 2009

Mencari baju baru, menjadi orang baru...

Last Friday/dalam keta/ke kedai kain...Aku bgtau Connie yg masa tu diam kat seat seblah.
(Connie adalah kwn yg aku baru kenal, tapi cepat rapat. Ada chemistry kot!)
"Raya aku tahun ni agak kelam-kabut. Baju raya pun xde lagi ni. Biasa ada yg uruskan. Aku x payah pk apa," kata aku sambil drive.

Aku x sure kata2 aku tu berunsur rungutan, keluhan atau nak mengadu nasib.
Connie senyum. Manis. Dia pandang aku. Aku pun senyum. Aku renung kereta2 kat depan. Dalam kepala terkenang waktu shopping baju raya dgn dia dulu2. Aku cerewet. Dia penyabar! Layankan saja kerenah aku yg tah apa2 ni.
Sebetulnya raya tahun ni aku tak semangat sgt. Entah! Nasib ada dia yg lain sudi pk pasal baju raya aku. Kalo tak, pecah rekodlah aku thn ni. Beraya tanpa baju raya. Isk..

Awal2 puasa aritu dia sebok ajak aku ke KL beli baju. Redah jem, redah hujan lebat. Malang, masa tu kedai yg aku nak gi tu dah tutup. Pastu try jln2 kat Jln TAR kot2 ada,. Byk yg menarik, tp tak ada satu pun yg menarik di mata aku. Mana taknya! Aku nak ke kedai yg aku suka. Bukan Jln TAR! Terus hilang mood. Last skali adik aku yg beli. Aku dan dia balik tgn kosong.

Last week kami cuba nasib kat Shah Alam plak. Kwn2 kata kat situ byk pilihan. Sungguh! Byk giler baju. Sampai berpinar biji mata. Sbb byk sgt, semua baju2 tu nmpk buruk belaka. Dah x ada yg cantik lagi.
Tapi aku usaha cari jugak. Dia pun tolong pilih. Kena beli at least sepasang. Tak boleh jadi. Raya x sampai 2 minggu. Bila lg nak beli? Dia geleng kepala, membebel. Tahu pun!!! Bukan senang nak uruskan aku.
Lalu terjumpalah sepasang baju nih. Aku pun try depan dia walau segan sbnrnya... Hehe barulah katakan! Elok, dia sker. Cuma besar sket. Xpe bley alter. Tapi dia kata baju tu mcm x sesuai sgt utk raya. Aku pun sependpt dgn dia. Lantaklah. Beli je lah. Aku serabut. Janji ada!

Sbnrnya, sblm kuar dgn Connie Jumaat lps jemari aku terasa gatal. Aku sms eiza. Hntr ke 012XXXXXX. SMSnya berbunyi begini:

"Ur mom ambil tempahan jahit bj lg tak skrg ni"

Aku tau sms aku bakal dibalas dgn sesuatu yg menyakitkan hati. Gila!!! Lg 7 hari nak raya. Mana ada tailor amik tempahan! Aku sendiri tau. Lagi mau tny!
Eiza x reply. Dia terus call. Berdebar. Tahan telinga takut kena maki.

"Bila nak amik? Bila nak bg kain? Mak aku kata sepasang boleh. Lebih cannot."


Aku sengih. Nak kata apa ni? Rezeki ke nasib? Terus aku call dia yg baru lps meeting. Dia kata proceed je. Cuma dia x dpt temankan aku gi beli kain sbb ada assignment. Dah suntuk sgt masa! Sbb tu aku ajak Connie, jadi peneman.
Dan...Aku berjaya membeli kain dgn warna yg aku suka. Berwarna tema utk kami sekeluarga. Kali ni memang aku betul2 suka. Puas hati.

Ini bukanlah baju raya aku. Ini sekadar gambar hiasan yg dishoot oleh aku sendiri ketika berdepan dgn ribuan manusia yg sibuk membeli baju raya di Shah Alam.

Tak senang melalui proses sambut raya dgn org baru. Tapi tak pe. Kami pelan2, sama2 cari persefahaman. Kalau boleh gi jauh OK. Kalau x boleh, apa bley buat? Yang penting aku ada baju baru. Tak dilupakan org baru!

Tuesday, September 8, 2009

Ada SengsaraRia di Langkawi

Seronok 3 hari kat Langkawi walau dah ke Langkawi lebih 3 kali...
Pengalaman ke Langkawi kali ni berbeza dgn pengalaman2 lepas. Sebelum ni pegi dgn family. Masa matrik kat Perlis dulu pun sempat pegi sekali. Pergi bercuti, enjoy, membeli dan membeli. Last year pegi lagi. Pegi dgn org tersyg, berdua bergumbira dan skrg org tu dah jadi my ex. Huhu..

Well...Tahun ni ke Langkawi lagi! Aku senang anggap ini sbg rezeki Ramadan. Selebriti 8TV, Baki Zainal yg arranged sumer. Dari flight tickets sampailah sekecil2 urusan. Thanks to Baki and his manager, Alan Thoo serta semua yg menjayakan percutian sambil beramal ini.

Penghargaan juga buat The Westin Resort & Spa yg sponsored penginapan (kami panggil bilik ajaib) dan memberi layanan baik, termasuklah perkhidmatan memanja dan menyegarkan diri di spa yg eksklusif amat!!! Spa yang membuatkan kami rasa sihat, ceria dan bersemangat kembali untuk berkarier di KL. Pengalaman berbuka di Float, mkn lobster2 bersaiz gergasi, berlatar belakangkan pemandangan matahari terbenam sgtlah pertama kali bagi diri aku.

Rupa2nya ada perkara lebih penting di Langkawi! Sedang aku, Diana, Yanty, Digun, Baki, Liza (Sinar Harian Langkawi), Zeeka, Azizi, Alan dan Dina bersenang-lenang, menikmati kehidupan indah bergaya mewah, keluarga Shafie Mustafa a.k.a John di luar sana sama sekali tidak merasa apa yg kami rasa.

Pagi Jumaat mencerita segala! Kami ke rumah John, menelusuri sawah padi. Indah menghijau, tapi rumah John tak seindah hamparan padi ciptaan Ilahi itu. Rumah John sudah 2 tahun terbengkalai binaannya. Tak cukup duit, kata isteri John tak berselindung, tak menangis tapi terbit air di kelopak matanya.
John bukan pengasas roti John yang byk kat Pasar Ramadan skrg ni. John bapa tabah kpd 3 hero kecil. Nasib John malang. John sakit kanser hati. Stage 2 with possibilities entering stage 3, katanya.

John dah dibedah, tapi still kena ulang-alik ke hospital di A.Setar utk rawatan. Pil dari US yang John kena makan pun mahal; RM700 sebulan. Belum kira kos pengangkutan dan kos lain.Org lain maybe x bermasalah dgn kos berulang dari Langkawi-A.Setar. Tapi John cukup berkira-kira dlm hal ni. Sbb pekerja The Westin ni sedang bercuti tanpa gaji. Bukan John malas, tapi kesihatan John sgt tak mengizinkan. Mujur duit pil bulanan John setakat hari ini ditanggung majikan.
Habis tu anak2 John yg kecik2 tu apa cerita? Diaorang perlu makan, perlu sekolah. Nasib John tak siapa tahu, tapi anak2 John perlu ada masa depan cerah. Skrg John guna duit simpanan buat belanja. Ke depan, tak tahulah. Kalau perlu, terpaksalah isteri John kerja. Harap2 anak John tak sampai perlu keluar bekerja sudahlah!

Aku dan kwn2 lain nak tolong John bagi duit byk2 pun x mampu, tapi adalah derma sikit. Dina, Azizi dan Baki pun ada buat persembahan amal. Ramai jugak yg menderma. Syukur.

Tapi aku lebih senang kalau lebih ramai lagi yg hulur sumbangan. John tak pernah minta simpati sesiapa, apatah lagi hulur duit diam2 kat aku dan media lain supaya menulis tentang kesengsaraan keluarganya.
Ke Langkawi kali ini... Aku mula sedar! Sakit JOhn, susahnya keluarga John, perkenalan dgn kwn2 baru, jemputan ke Langkawi, nikmat berada di The Westin semua tu datangnya dari Allah. Tapi kesedaran, keinsafan dan tanggungjwb utk membantu datangnya hanya dari dalam diri kita sendiri.Perkara yg berlaku ada sebab dan musababnya.
Dan janji Allah yg paling pasti, setiap sekecil-kecil kejadian ada hikmahnya. SEmoga kita tidak pernah melupakan yg ini.

Kepada mereka yg nak bagi sumbangan dlm apa jua bentuk:
Shafie Mustaffa, Maybank Account Number 152-077-3050-25
017-5020569)
atau contact
Nurhayati Mohamad+604.960.8876

Monday, September 7, 2009

Ke bulan ke-5: Semakin ada daya

sudah 4 bulan...
susah ke...senang ke...
sakit ke...pedih ke...
yang penting sudah 4 bulan
let her be...
and let it be...
terima kasih cinta
terima kasih Tuhan
sekurang2nya aku tidak terus longlai...

Tuesday, September 1, 2009

Kampungku dan kerang rebus Ramadan

Makan kerang rebus wajib bagi aku dan keluarga aku setiap Ramadan. Aku tak tau sangat pasal asal-usul kerang rebus ni. Yang aku tau, sejak aku kecik lagi ramai orang kampung aku memang akan makan kerang rebus lepas berbuka, termasuklah aku, adik-beradikku, bapak dan emakku, sepupu2ku, emak menakan serta bapak menakanku, walaupun rumah diaorang sebenarnya jauh dari kampung aku! Sanggup, kerang rebus punya pasal!

Masa aku kecik dulu jugak, aku ingat semua kampung2 kat Malaysia ni sama macam kampung aku, iaitu menjadikan kerang rebus sebagai santapan malam selepas 3-4 jam berbuka. Tapi bila aku makin dewasa dan membesar bagi johan, merantau ke negeri2 lain, barulah aku sedar yang amalan yang dah jadi tradisi ini hanya ada kat kampung aku je yang bernama Parit Buntar (PB), Perak.

Lantas aku pun rasa bangga dgn tradisi unik kampung aku dan membuatkan aku lebih sayang dan mencintai tanah kelahiran aku ini. Huhu...
Disebabkan aku rasa kisah kerang rebus Ramadan ni unik, aku pun buat sedikit temuramah eksklusif tapi tak rasmi dgn bapak aku tentang kerang rebus yang jadi kegilaan orang2 kampung aku ni.
Lagipun bapak aku anak jati, lagi sejati PB, bolehlah cerita sikit2 pasal sejarah dan kerang rebus yang dah sinonim dengan PB ni.
Bapak aku kata, kat PB kerang rebus mula2 sekali dijual di Permatang Tok Mahat. Nama kedai tu Bamboo Inn dan masih wujud popular sampai sekarang. (Patutlah Bamboo Inn masa aku kecik2 dulu kat tanah dia penuh ngan kulit kerang)

Peminat kerang rebus Bamboo Inn masa tu memang luar biasa ramai, esp bulan puasa. Bila permintaan tinggi, ramailah peniaga lain yang cuba nasib. Depa pun pakat jual kerang rebus jugak! Sayangnya, sambutan tak sekencang bulan puasa. Lalu, ramailah yang berniaga kerang rebus bulan Ramadan je dan tgk2 berlarutan sampai sekarang.

Unik kan kampung aku!? Supper makan kerang rebus. Huhu.. Memang meriah lagi happening. Kalau dah sampai ke PB, tak payah susah2 cari kedai mana nak makan sbb boleh dikatakan setiap kedai makan akan jual kerang rebus punyalah! Yang memenuhkan gerai bukannya 1-2 golongan je,tp semua golongan dan peringkat umur. Ada yang datang bawak family, dgn kwn2 dan yang pasti mak aji dan pak lebai yang baru balik tarawikh mesti akan singgah kat mana2 gerai untuk pekena kerang rebus.

Kerang2 tu pulak dijamin fresh. Kalau nasib baik, dptlah merasa kerang yang baru naik dari laut. Lagi satu, kat kampung aku kerang rebus tak cicah dengan sos, tapi cicah dengan kuah kacang. Perghhhh...Korang memang kena try. JGn setakat baca tanpa disusuli dgn percubaan. Rugi amat!!!

Sedikit info, dalam banyak2 gerai kerang rebus yang ada, gerai paling popular setakat entri ini ditulis ialah gerai Pak Mat kat Jalan Sekolah. Punyalah ramai sampai susah sikit nak parking keta, tapi tak berbayar tau!!! Lagi nak dekat raya, lagilah meriah sebab ramai anak2 PB yang balik cuti raya akan buat gerai kerang rebus sebagai tempat lepak diaorang. Dapat lepak satu malam pun jadilah, dah puas hati dah! Memang nikmat. Time2 tu lah dapat jumpa balik kengkwn lama, awek lama, bf lama dan musuh lama. Tapi aku tak ada musuh kat kampung. Di luar kampung adalah 3-4 orang.

Bab harga jangan pening2 pk. Sepinggan lebih kurang RM1.50-RM2.00 sahaja. Terbaru yang aku makan, sepinggan 2 hengget. Aku order 3 pinggang yang separuh masak sbb aku tak suka kerang yg betul2 masak sampai jadi kecik dan kecut tu. Hilang manis dan khasiatnya. Tapi setengah orang tak lalu dan tak bley accept mkn kerang separuh masak tu. Terpulang!

Tepuk dada, tanya selera, bukak mulut dan ikmatilah kerang rebus Ramadan di Parit Buntar.

Merdeka itu biarlah jiwa dan sepanjang masa...

Terjumpa sekeping gambar yang ini
setelah membuka kembali
dan
meneroka fail-fail lama yang beberapa purnama tidak dibuka...
Gambar yang satu ini kukira sesuai pada ketika dan waktunya untuk disematkan dan dipersembahkan di sini...
yang dipetik punat kameranya di melaka, merakam wajah bersama pemimpin negara
Rasanya belum terlewat untuk aku mengucapkan
SELAMAT HARI MERDEKA
buat semua...
Aku rasa aku ini sudah terlalu merdeka!
Tapi orang kata apa yang kita rasa tak semestinya benar belaka...
Entah...
Aku percaya dengan apa yang aku rasa
Aku sudah merdeka dan akan mempertahankan merdeka ini...
Di sebaliknya...aku tahu masih ada lagi mereka2 yg belum merdeka minda dan jiwa mereka!