Thursday, October 29, 2009

Baby-baby Oktober...

Dlm 12 jenis bulan yg ada dlm setahun, hidup aku di kelilingi paling ramai anak kelahiran Oktober. Suratan atau kebetulan, aku tak pasti. Yg aku tahu, semua yg lahir bln Okt menjadi sbhgn drpd org yg paling rapat dan aku syg. (Err..yg lahir selain bln Okt pun ada gak yg aku syg! Susahlah pulak kalau asyik nak kena syg yg Okt je kan...)

Aku bukannya apa! Aku senang bdamping dgn bebudak Okt ni. Nak kata sekepala, tak sgt. Tp aku dgn mereka yg Okt memang bley ngam. Bley bekerjasama dan bertolak-ansur. Kalo gado pun sekejap jer pas2 OK balik. Kalau baru kenal seseorg dan aku dpt tahu yg dia lahir bln Okt, aku takkan teragak2 utk terus kenal dan terus berkwn dgn dia.

Sbnrnya pening gak kepala ni bila ramai sgt org terdekat yg 'terjadi' serentak di bulan Okt. Party!Party! Party! Bila byk party, takkanlah nak gi mkn dan bergumbira semata-mata. Tak salah kalo kita gi party dgn perut kosong, tapi salah bagi aku kalo aku gi birthday party dgn tgn kosong. Hadiah mahal ke murah x penting, yg penting ada tanda ingatan utk birthday boy/girl.

Kat bwh ni adalah mereka yg aku maksudkan (Wajiblah diingat tarikhnya tak kira apa pun yg terjadi)

1-Lee, 21-Kuntum, 16-Nana, 23-Dikyin, 26-Yanty, 24-Barry, 31-Yatie,
9-Win

Aku sempat surf internet utk buat kajian & analisa sket pasal benda alah ni. Haha...Mereka yg lahir bulan Oktober terdiri drpd Libra dan Scorpio. Kat bwh ni antara maklumat yg aku dpt.

BERSIFAT ANGIN
Gemini (22 Mei-21 Jun) iaitu AKU!
Libra (24 September-23 Oktober)
Aquarius (21 Januari-19 Februari)

BERSIFAT AIR
Cancer (22Jun-23 Julai)
Scorpio (24 Oktober-22 November)
Pisces (20 Februari-20 Mac)

***Angin VS Angin / Angin VS Air... Apa akan jadi ek?


KALO DARI SEGI CIUMAN??!!

Gaya ciuman Libra konon kurang hangat! Kerana mereka terlalu khuatir dgn urusan di luar hasrat mereka. Gemar menghela nafas di tgh2 ciuman.

Scorpio rupanya tak terlalu suka dgn ciuman. Jgn kaget apabila dlm sebuah hubungan mereka kerap melewatkan aktiviti yg satu ini dan lebih suka langsung menuju sasaran.

Gemini konon mempunyai peribadi yg hangat & ceria. Gaya ciuman mereka terkadang diselangi senyuman bahkan juga tawa lebar. Asyiknya, sifat Gemini yg terkenal gemar melakukan sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam melakukan ciuman. Jadi banyak kejutannya!
Ok yang satu ni best. Kalo korang nak tau pasangan/kwn kita betul2 serasi atau tak, korang try gi kat blog ni. Aku dah try! Hehe...

SELAMAT HARI JADI U OL....

No comments:

Post a Comment