Monday, October 19, 2009

Eloknya yang dinamakan Pisau Cukur!!!

Malam Gala Filem Pisau Cukur itu, bila org semua bertepuk tgn menandakan tamat tayangan, aku turut sama bertepuk tanpa disuruh, dipaksa atau terpaksa tepuk semata2 utk jaga hati mereka2 yg tertentu seperti kebiasaan yg pernah aku buat.

Kwn kat kiri-kanan aku pun nampaknya tersenyum rela, puas hati! Niat asal utk cabut awal di pertengahan tayangan dilupakan mcm tu je. Kami tunggu sampai filem tu habis. Tindakan kami menunggu sampai penghujung cerita tu juga menunjukkan kami berpendapat Pisau Cukur sebuah filem yang ELOK!!!
Tak tau kenapa kalau org tanya pasal filem ni, aku laju je berkata 'best'! Nak kata aku minat giler ngan Fazura dan Maya Karin, tak lah sgt. Tapi setakat nak tgk filem dan lakonan diaorg, boleh je takde masalah, sbb diaorg OK, taklah sampai menyakitkan mata dan telinga. (Ada ke dlm dunia ni org yang sakit mata dan bermasalah utk tgk aktres seelok Fazura atau Maya karin? Kalau ada, aku rasa org tu yg bermasalah kot! Hehe...)

Pisau Cukur bagi aku adalah satu contoh filem santai dan simple yg terbaik drpd beberapa filem yg dikatakan terbaik dlm kumpulannya. Sekali aku kata suka, memang aku sukalah!

Aku suka perjalanan filem ni yg laju dan selamba. Pujian utk pengarahnya, Bernard Chauly yg tahu apa yg dia mahu utk filem ni! Dia nak buat filem sempoi, kelakar dan simple, dia betul2 merealisasikannya. Tak mcm sesetengah filem yg katanya ringan, tapi sbnrnya meleret-leret. Yang katanya komedi, tapi bosan nak mati!

Sebenarnya tajuk Pisau Cukur tu sendiri dah cukup utk memberitahu semua yg filem ni ringan dan tak pening kepala. Kisah perempuan kaki kikis sekalian yg memang wujud dan berlambak2 di sekeliling kita. Semua org pun tau kan pasal ni!

Sekadar selingan, hidup di zaman ini, aku tak rasa mengikis atau mencukur adalah satu aktiviti yg sgt keji dan negatif, sbb memang realitinya semua org dlm dunia ni nak sesgt hidup senang dgn cara senang. Aku pun nak senang!!! Seperti kata Bella dan Intan, buat apa kahwin dgn org miskin kalo dpt kawin dgn org kaya? Siapa yang tak nak hidup senang?

Mungkin sbb aku berfikiran mcm tu, aku senang sekali menerima masuk kehadiran filem ni dlm diri aku. Sekurang-kurangnya Bella (Maya) dan Intan (Fazura) ada visi dan misi. Masing2 nak kawin dgn org kaya dan mereka bersungguh2 berusaha mencapai impian tu. Lautan luas dan sebuah kapal mewah yg belayar menjadi saksi kesungguhan mereka!

Dlm Pisau Cukur, mmg susah nak jumpa efek yg gempak2. Hampir 2 jam, penonton hanya dibawa 'belayar' atas kapal mewah mcm citer Titanic tu, tp sbnrnya penggambaran Pisau Cukur dibuat kat darat je. Imaginasi sgt! Memang tahu sesgt bukan kat dlm kapal. Hehe...
Sbg penonton, masa aku menonton tu, aku tau yg aku sdg ditipu hidup2. Kata kat atas kapal, tapi tak sbnrnya! Tapi ada aku kesah??? Tak...Tak langsung! Sbb, aku faham, aku dan audiens lain bukan nak tgk sgt laut dan kapal2 mewah tu, tapi lebih kpd nak relax, menghayati jln cerita dan komedinya!

Senang cerita, aku suka dgn keikhlasan, lawak2 dlm Pisau Cukur dan lakonan dua heroinnya. Ada sikit gedik dan ada manja2 yg tak keterlaluan, bersahaja dan natural, tapi ada masanya secara tak langsung mengajak kita berfikir. I like!!! Ada ketikanya punya persamaan dgn aku dan kehidupan seharian aku. Kdg2 lawak dan skripnya sinis, mungkin akan terkena batang hidung sendiri. Nasiblaa.. Sbb tu aku kata filem ni sgt dekat dgn diri aku sendiri dan kita semua.

Satu lagi, aku suka dgn kostum2 dlm filem ni. Simple tapi elok. Filem ni juga bagi aku sEbuah filem yang sbnrnya tak mahal dari segi kos pembikinannya, tapi berjaya 'dimahalkan' oleh kesemua yg terlibat dan seterusnya berjaya ditonjolkan sbg sebuah filem yg mahal dan ada kelasnya sendiri.

Pelakon2nya pun elok2 belaka dari segi rupa paras dan bakat. Selain dikuasai Maya Karin dan Fazura, ada Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Umie Aida, Radhi Khalid, Khatijah Tan, Radhi Khalid dan ramai lagi. Lakonan pelakon baru, Redza, pun best walau bergigi besi.

Cuma 'part' kematian Datuk berbini 3 kat tgh2 cerita tu bg aku sedikit bosan. Tapi Ok laa, aku tak tidur walau seminit pun mlm tu! Kat tgh cerita ada sedikit unsur2 penyiasatan, tapi taklah terlalu berat, serius dan membebankan otak. Biasalah, mana ada filem yg perfect!

1 comment: