Sunday, October 4, 2009

Dunia lalu, dunia baru dan dunia yang bakal berlalu...

HUrmm...Berada di satu alam baru sejak 2-3 minggu ini. Dunia apa aku pun tak tahu! Jujur, secara tiba2 aku dicampakkan ke dunia itu, tanpa pernah aku menduga apatah lagi meminta.

Wahhh...Bagus juga dunia ini ya!!! Segalanya baru dan terkini belaka. Sedikit demi sedikit mengheret aku meninggalkan dia dan dia yg saling berkaitan antara keduanya. Dalam masa yg sama membawa aku ke sebuah kisah baru tanpa ada sesaat pun episod terdahulu.


Namun aku tak pernah lupa pada lumrah alam! Lumrah bahawa setiap yg baru itu pasti akan digemari, disukai, disayangi dan tak mustahil, dicintai. Sehinggakan terkadang kita terlupa hakikat bahawa yg baru itu tak selamanya baru. Lambat-laun akan menjadi lama dan lapuk juga.


Aku tak mahu jadi sebahagian daripada mereka yg terlupa akan lumrah itu. Tak mahu terlalu leka bergembira di dunia baru itu. Tapi harus aku akui yang aku menghargai detik2 berada di alam baru.


Yang pasti juga aku menghargai kesemua dunia2 yang telah ciptakan utk aku. Apa yg dpt aku katakan, masih terlalu baru untuk aku mengulas dan bercerita tentang dunia baru ini. Sebabnya, aku sendiri tak tahu berapa lama hayat dunia baru yg telah ditetapkan-Nya utk aku.

(Kalo citer kelakar, Aku suka Dunia Baru The Movie...ada org tu suka Man Laksa..Bestlah jugak Man Laksa pun..tapi Dunia Baru The Movie lagi best kot!!!)

No comments:

Post a Comment