Tuesday, November 3, 2009

Ubahlah apa yang patut...

Bebaru ni, aku, Connie dan Abg GG ke Desa Temuan, Damansara. Kami menyelami perasaan masyarakat Org Asli yg dah hampir 10 tahun tinggal kat rumah batu.

Sblm ni diaorg duduk rumah kayu je kat pinggir hutan Bkt Lanjan. Bila kwsn tu nak dibangunkan dan kerajaan nak tingkatkan taraf hidup Org Asli, 144 keluarga kat situ diberi penempatan baru yg lebih sempurna, dinamakan Desa Temuan.
Setiap keluarga dpt banglo 4 bilik dgn 2 bilik air, saguhati, sebuah lg rumah sbg pampasan (ikut pakej) dan kemudahan lain yg dpt membawa perubahan terhadap generasi Org Asli pd masa akan datang. Wahhh...Bagus kan!??
Ni antara statement yg kami dpt hasil perbualan dgn Ina-34-suri rumah-Kristian-3 anak.

"Seronok rumah dulu lg. Sejuk. Byk pokok, tanah pun subur. Saya pernah cuba tanam pokok di sini, tp tak subur. Semuanya kurus2. Tanam pokok ubi tp tak ada ubi. Tanam sirih tak menjadi.

"Di rumah dulu, kami tidur dgn aman. Kat sini tak dptlah! Wktu mlm di sini bising bunyi motosikal dan mcm2 bunyi lg. Ada mat rempit, ada pencuri. Mcm mana nak tidur nyenyak," katanya.

Aku kagum bila dia cerita pasal aktiviti shopping. JALAN KAKI OK! Biasanya diaorg akan beli brg kat Tesco, Damansara, 1-2 minggu sekali. Aku try congak jarak Desa Temuan dgn Tesco, port kegemaran diaorg utk shopping. Lebih krg 4km. Agak2 korang sanggup???
"Biasalah Org Asli. Kami dah biasa dgn kerja lasak dan berat. Kalau mampu dan tak penat jln kaki, knp perlu naik kereta atau kenderaan awam," katanya.

Pun begitu tak bermakna keluarganya anti pembangunan dan menolak perubahan.
"Di sini anak2 saya dpt bersekolah mcm kanak2 lain. Subjek yg diajar sama dgn sekolah biasa, gurunya pelbagai bangsa. Saya yakin masa depan anak2 saya akan bertambah cerah dan merekalah yg akan ubah taraf hidup kami pada masa akan dtg," katanya.
Ni pulak statement Rosnah-40-surirumah

"Hidup kami dah byk berubah. Dulu mkn ubi rebus, skrg kami mkn nasi sama mcm org lain. Kalau ada masa lapang, kami tonton TV," katanya.

Sbg suri rumah sepenuh masa, rutin harian Rosnah tak byk berubah. Tapi amalan berkumpul bersama jiran lain masih berlaku di kwsn tu.
"Kalau sudah Org Asli tu, Org Aslilah juga. Sama mcm dulu, kalau ada waktu lapang, kami suka berkumpul dan bercerita.

"Skrg saya dah dpt sesuaikan diri dgn keadaan dan persekitaran ni. Cuma saya harap adat dan budaya Orang Asli akan kekal selamanya," ujarnya.

Kami difhmkan, ada beberapa keluarga Org Asli yg tak dpt sesuaikan diri dgn persekitaran baru ni. Jadi, diaorg pun balik kmpg supaya dpt teruskan hidup mcm biasa dan banglo yg diaorg dpt tu, diaorg sewakan kat org lain.
Menariknya bila tgk anak2 Org Asli kat sini. Walau tak lg dilahir dan dibesarkan di hutan, diaorg semua pandai giler panjat pokok. Korang suruhlah diaorg buat stunt mcm mana pun, diaorg tak de hal punyalah! Laki ke, pompuan ke, sama jer. Kacang jer diaorg bergayut dari pokok ke pokok. Mak2 diaorg kata kemahiran tu takde sape yg ajar. Tetiba dah pandai sendiri. Tetiba jer anak diaorg bergaya bergayut kat dahan pokok depan rumah. Inilah yg dinamakan 'darah' yg mengalir dlm badan!Cuba korang suruh adik2 atau anak2 kecik korang panjat pokok mcm bebudak dlm gmbr ni. Ada berannnn???!!!

Nak mengubah hidup dan pemikiran org lain memang payah. Mak aku contoh terdekat. Paling lama dia bley duduk kat KL; seminggu. Pastu dah tak sesabar nak balik Perak!!! Lainlah kalau ada ayam-itik, takpelah jugak.!!!

No comments:

Post a Comment