Monday, October 12, 2009

Ini untuk awak. Awak akan baca kan???

Saya baru balik Kursus MCB- Mission & Character Bulding. Lanjutan kursus ESQ yg saya pergi 6 bln lps, masa zaman saya dgn awak dulu. Masa tu saya bz 3 hari berkursus, awak pulak 3 hari berpesta dgn org lain tanpa pengetahuan saya. Tak pelah! Dah lepas dah pun! Oh ya...Kursus ni juga melayakkan saya mendpt yellow belt! Tahniah utk diri saya sendiri!

Kursus kali ni saya tak menangis lagi. Tapi keinsafan tetap ada. Mungkin sbb saya dah bersedia. Pengalaman ESQ, menjadikan saya kenal siapa saya, kental dan bersemangat untuk terus hidup di bumi Tuhan.
Tapi kan wakkk, saya ada benda nak kongsi dgn awak. Harap awak berminat.

Luar biasa! Awak tahu tak, saya tak pernah terpk langsung kursus ni dpt menjwb soalan2 'tentang kita' yg selama ni ada kat dlm kepala saya, tp x pernah ada jawapannya?
Mcm ni...Sejak awak tak ada, setiap hari saya pk benda yang sama. Kenapa Tuhan amik awak? Kenapa kita tak boleh kekal lama? Kenapa saya? Kenapa itu? Kenapa dan kenapa?
Apa yang mampu saya pk, Tuhan nak uji saya. Itu jer! Kwn2 pun kata mcm tu. Cakap senanglah. Diaorg bukannya tahu pun yg berpisah dgn awak menjadi antara dugaan maha dahsyat dalam hidup saya. Saya mula faham maksud hilang dan kehilangan. Pedihnya saya tak nak ingat, tapi tak mungkin saya lupa!
Masa tu saya rasa mcm dah tak ada apa2 lagi dlm hidup ni. KOSONG! NOTHING! GELAP! Masa tu jugalah saya sedar yg saya cuma ada Allah untuk mengadu. Justeru saya mengadu dan berdoa. Saya mengaku dgn Allah yg saya memang byk salah dan dosa. Kalau berpisah dgn awak adalah hukuman terhadap dosa2 saya, saya redha dan terima. Kesakitan yg saya rasa itulah adalah hukuman itu!
Setiap kali mengadu kat kengkwn pasal awak, mereka akan kata ada hikmah di sebalik kejadian. Saya bosan, walau saya tahu kebenaran ungkapan tu. Saya juga tahu ianya janji Allah! Mungkin masa tu saya terlalu tertekan. Terdesak utk sekali lagi menikmati hidup bahagia dgn awak mcm 10 tahun dulu. Tapi Tuhan tak izinkan. Sampai sekarang Dia tak izinkan.
Sumpah wak, saya tak nampak apa2 hikmah pun! Yang saya tahu, saya sakit sgt2. Memang teruk! Saya putus asa dgn manusia2 dan segala apa yang ada di dunia ni.
Mujur saya tak lupakan Allah. Saya minta Allah berikan saya 'seseorang' yg lebih baik yg boleh gantikan tempat awak walau masa tu saya rasa tak ada org yg dpt ganti tmpt awak. Saya rasa mustahil utk saya dpt org seperti awak lagi. Tapi saya minta jugak. Saya terus berdoa, walau tak ada hasil. Doa saya pada waktu tu langsung tak dimakbulkan.
Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui!!!
Dia menjawab persoalan saya melalui kursus 2 hari ni. Kenapa Tuhan uji kita wakkk? Sbb ujian dan dugaan adalah salah satu cara Allah mentarbiah (mengajar) manusia. Apabila diuji, manusia secara tak langsung diangkat ke satu martabat yang lebih tinggi dari sebelumnya. Tidaklah kehidupan manusia itu berada ditakuk lama dan sama sahaja. Sesungguhnya Allah itu maha Pengasih dan Penyayang!
Proses ini sama dgn proses pembentukan berlian secara semulajadi yang memakan masa ribuan tahun. Semakin kuat tekanan, semakin panas suhunya, maka semakin sempurnalah proses pembentukan berlian itu. Di sinilah terjadinya pembentukan karektor seseorg manusia.
Alhamdulillah. Dengan izin Allah dan tanpa saya sedar, kehidupan saya menjadi bertambah baik. Tapi, masalah dan cabaran tetap ada, takkan pernah habis. Namun, selagi kita sedar tentang 165, VISI, MISI dan NILAI, kita pasti akan redha dengan segala kehendak-Nya.

Saya menulis tentang 165, Visi, Misi dan Nilai di sini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, bukan untuk sesiapa. Saya takut terlupa tentang itu. Saya bimbang hanya timbul kesedaran utk tempoh tertentu sahaja, kemudian kembali ke perangai lama yg negatif. Mohon dijauhkan!
Kalau dulu saya tak nampak hikmah di sebalik kejadian, sekarang sedikit demi sedikit Allah bukakan mata hati untuk saya melihat dan merasanya. Sekarang saya betul2 dapat melihat Allah menunaikan janjiNya kpd umat manusia. Subhanallah!

Saya percaya awak pun dah nampak hikmah di sebalik apa yang berlaku kan? Saya tahu awak sdg bahagia dan saya redha. Saya maafkan awak. Dalam hidup ni kita tak boleh membenci mana2 manusia dan saya tak akan membenci awak lagi apatah lg berdendam.
Oh ya...Rasanya belum terlewat utk saya ucapkan Selamat Hari Jadi untuk awak...Semoga awak panjang umur dan dimurahkan rezeki...Aminnn...

3 comments:

  1. Dgn memaafkan insan yg penah lukakan hati kita,secara seterusnya kita akan buang BERAT di hati kita ini...insylh...setiap kejadian ada penawarnya.kita sentiasa duji dr segi kesenangan dan kesusahan.allah sentiasa menyayangi kita.tiap dugaan yg diberikan itu ada sebabnya, utk kita kembali dekat padaNYA.

    regards,
    Eimy
    (MCB ESQ Angkatan Ke2 Penang)

    ReplyDelete