Tuesday, October 27, 2009

Apa kau tunggu, mahu aku buka pintu?

Hidup ni memang mudah! Yang menjadikannya rumit dan kucar-kacir bila nawaitu, tindak-tanduk dan aktiviti kita sering diperhati seterusnya disalah erti.
Bukan di Malaysia shj, tp di seluruh pelosok dunia, ramai sgt yg suka mentafsir dan buat andaian! Sama ada secara bersendiri, ataupun bersama org sekeliling. Tak kisahlah melalui percakapan, perbuatan dan tulisan. Kesudahannya, lahirlah byk unsur2 salah faham dlm dunia dan kehidupan ini.
Semua org sibuk mahu jadi penganalisa dan pembuat andaian. Sana-sini mereka jaja dan sebar benih2 salah faham. Cukup yakin andaian buta tuli itu adalah benar belaka, kerana prinsip mereka, merekalah yg betul dan benar belaka.
Kerana salah faham juga, tak mustahil tercetusnya perkhabaran kurang enak didengar.
Salah faham juga bisa membuatkan sebuah kebahagiaan menjadi hancur berderai-derai. Aku bukan sedang buat andaian. Aku ada sikit pengalaman. Aku sendiri pernah melalui proses salah faham dan apa yg dinamakan kehancuran itu...
Kpd yg berkenaan...
Sudah2lah tu! Aku di sini bukan utk bertengkar, bukan mahu bertelagah. Baik dgn engkau, mahu pun dgn sesiapa. Aku aman, aku damai walau kdg2, tidak! Biasalah, hidup kan umpama roda!
Aku juga seperti engkau, mahu hidup bahagia dgn org yg dirasakan mampu membahagiakan.
Andai ada org lain yg cuba mengganggu keamanan aku, aku bersedia utk itu. Tapi aku mohon, aku pohon, jgnlah ENGKAU yg mengganggu-gugat kehidupan aku, jgnlah ENGKAU yg mengusik perasaan aku.
Aku menulis sekadar mencurah rasa. Melahirkan kata sesedap rasa. Tapi sesungguhnya utk mengaibkan sesiapa itu bukanlah aku! Jgnlah engkau samakan aku dgn mereka yg lain. Aku masih seperti yg engkau kenal dulu. Sama sahaja. Kalau berubah, ke arah yg lebih positif. Aku tak mahu jadi org negatif dan aku bukan org negatif spt yg kau fikir.
Blog ini utk aku, kwn2 dan mereka2 yg berfikiran terbuka sahaja. Di sinilah tempat aku mencurah rasa. Kalau engkau suka, aku 1000 kali lebih suka. Kalau engkau tak suka, silakan segera beredar. Jangan tunggu lama2. Nanti timbul byk cerita, timbuk byk syak wasangka. Aku tak suka!

No comments:

Post a Comment