Tuesday, September 29, 2009

Jaga kau Lili...Aku bunuh kau!!!

Asyik bercerita tentang haiwan sahaja! Entri sebelum ini tentang kucing. Kali ni tentang lipas pula. Kebetulan, kedua2nya berada dalam kelompok yg sama- haiwan.

Sesungguhnya, tanpa rasa malu aku mengaku yg aku takut lipas, atau lebih mesra disapa sbg LILI. Ternampak seekor Lili di kamar terutamanya, aku jadi gelisah dan menggelabah. Selagi belum dibunuh Lili, tidak tidur spjg mlm pun tak apa.
Bayangkan kalau Lili melata-lata, merayap-rayap di badan anda. Suka? Atau biarkan saja?

Lebih menggerunkan bila aku pernah terlihat binatang ini menunjukkan skill terbangnya. Memanglah terbangannya tak tinggi mcm burung. Tapi adakalanya terbang di paras yg rendah itulah sbnrnya yg lebih mengerikan.

Rumah aku bersih, kalau kotor pun taklah sekotor mana. Tapi Lili tetap ada! Mungkin sbb dia berkenan menjadikan pintu kayu toilet yg dah reput kat umah aku tu sbg rumah tempat dia beristirehat seisi keluarga.
Biarlah! Mungkin dia selesa bermastautin di situ. Lagipun ini negara demokrasi. Lipas juga bebas buat pilihan!


Tapi aku zalim! Bertindak seperti pemerintah kuku besi terhadap haiwan bernama lipas. Andai ada baby Lili berusia sehari sekalipun melintas di depan aku, tanpa rasa simpati akan memusnahkannya. Apatah lagi bila melihat ibu-bapanya dan seluruh kaum kerabat yang sudah tua dan dimamah usia. Bertambah cepatlah aku menamatkan riwayat hidup mereka!

Cara membunuh cukup mudah. Dapatkan saja senjata2 membunuh lipas yg banyak dijual di pasaran. Harganya tak mahal. Tak sampai 5 ringgit pun. Lepas tu letakkan racun lipas tu di port2 yg biasa dilepak lipas. Rumah anda, anda sendiri tahulah kan???
Aku jamin Lili2 yg ada akan bersemangat utk mencuba makanan baru mereka itu. Haha..Lili tertipu! Tak sampai beberapa jam, lipas2 yg telah mkn racun yg disangka mknan lazat itu akan pergi tak kembali.

Sebelum pulan beraya aku telah menabur racun lipas di beberapa port lepak Lili di rumah aku. Selepas 10 hari bercuti dan kembali, memang byk yg terbunuh. Mahu dibuat rendang, raya dah habis. Akhirnya terpaksalah disemadikan di tong sampah sahaja!

No comments:

Post a Comment