Monday, September 14, 2009

Mencari baju baru, menjadi orang baru...

Last Friday/dalam keta/ke kedai kain...Aku bgtau Connie yg masa tu diam kat seat seblah.
(Connie adalah kwn yg aku baru kenal, tapi cepat rapat. Ada chemistry kot!)
"Raya aku tahun ni agak kelam-kabut. Baju raya pun xde lagi ni. Biasa ada yg uruskan. Aku x payah pk apa," kata aku sambil drive.

Aku x sure kata2 aku tu berunsur rungutan, keluhan atau nak mengadu nasib.
Connie senyum. Manis. Dia pandang aku. Aku pun senyum. Aku renung kereta2 kat depan. Dalam kepala terkenang waktu shopping baju raya dgn dia dulu2. Aku cerewet. Dia penyabar! Layankan saja kerenah aku yg tah apa2 ni.
Sebetulnya raya tahun ni aku tak semangat sgt. Entah! Nasib ada dia yg lain sudi pk pasal baju raya aku. Kalo tak, pecah rekodlah aku thn ni. Beraya tanpa baju raya. Isk..

Awal2 puasa aritu dia sebok ajak aku ke KL beli baju. Redah jem, redah hujan lebat. Malang, masa tu kedai yg aku nak gi tu dah tutup. Pastu try jln2 kat Jln TAR kot2 ada,. Byk yg menarik, tp tak ada satu pun yg menarik di mata aku. Mana taknya! Aku nak ke kedai yg aku suka. Bukan Jln TAR! Terus hilang mood. Last skali adik aku yg beli. Aku dan dia balik tgn kosong.

Last week kami cuba nasib kat Shah Alam plak. Kwn2 kata kat situ byk pilihan. Sungguh! Byk giler baju. Sampai berpinar biji mata. Sbb byk sgt, semua baju2 tu nmpk buruk belaka. Dah x ada yg cantik lagi.
Tapi aku usaha cari jugak. Dia pun tolong pilih. Kena beli at least sepasang. Tak boleh jadi. Raya x sampai 2 minggu. Bila lg nak beli? Dia geleng kepala, membebel. Tahu pun!!! Bukan senang nak uruskan aku.
Lalu terjumpalah sepasang baju nih. Aku pun try depan dia walau segan sbnrnya... Hehe barulah katakan! Elok, dia sker. Cuma besar sket. Xpe bley alter. Tapi dia kata baju tu mcm x sesuai sgt utk raya. Aku pun sependpt dgn dia. Lantaklah. Beli je lah. Aku serabut. Janji ada!

Sbnrnya, sblm kuar dgn Connie Jumaat lps jemari aku terasa gatal. Aku sms eiza. Hntr ke 012XXXXXX. SMSnya berbunyi begini:

"Ur mom ambil tempahan jahit bj lg tak skrg ni"

Aku tau sms aku bakal dibalas dgn sesuatu yg menyakitkan hati. Gila!!! Lg 7 hari nak raya. Mana ada tailor amik tempahan! Aku sendiri tau. Lagi mau tny!
Eiza x reply. Dia terus call. Berdebar. Tahan telinga takut kena maki.

"Bila nak amik? Bila nak bg kain? Mak aku kata sepasang boleh. Lebih cannot."


Aku sengih. Nak kata apa ni? Rezeki ke nasib? Terus aku call dia yg baru lps meeting. Dia kata proceed je. Cuma dia x dpt temankan aku gi beli kain sbb ada assignment. Dah suntuk sgt masa! Sbb tu aku ajak Connie, jadi peneman.
Dan...Aku berjaya membeli kain dgn warna yg aku suka. Berwarna tema utk kami sekeluarga. Kali ni memang aku betul2 suka. Puas hati.

Ini bukanlah baju raya aku. Ini sekadar gambar hiasan yg dishoot oleh aku sendiri ketika berdepan dgn ribuan manusia yg sibuk membeli baju raya di Shah Alam.

Tak senang melalui proses sambut raya dgn org baru. Tapi tak pe. Kami pelan2, sama2 cari persefahaman. Kalau boleh gi jauh OK. Kalau x boleh, apa bley buat? Yang penting aku ada baju baru. Tak dilupakan org baru!

No comments:

Post a Comment