Tuesday, September 8, 2009

Ada SengsaraRia di Langkawi

Seronok 3 hari kat Langkawi walau dah ke Langkawi lebih 3 kali...
Pengalaman ke Langkawi kali ni berbeza dgn pengalaman2 lepas. Sebelum ni pegi dgn family. Masa matrik kat Perlis dulu pun sempat pegi sekali. Pergi bercuti, enjoy, membeli dan membeli. Last year pegi lagi. Pegi dgn org tersyg, berdua bergumbira dan skrg org tu dah jadi my ex. Huhu..

Well...Tahun ni ke Langkawi lagi! Aku senang anggap ini sbg rezeki Ramadan. Selebriti 8TV, Baki Zainal yg arranged sumer. Dari flight tickets sampailah sekecil2 urusan. Thanks to Baki and his manager, Alan Thoo serta semua yg menjayakan percutian sambil beramal ini.

Penghargaan juga buat The Westin Resort & Spa yg sponsored penginapan (kami panggil bilik ajaib) dan memberi layanan baik, termasuklah perkhidmatan memanja dan menyegarkan diri di spa yg eksklusif amat!!! Spa yang membuatkan kami rasa sihat, ceria dan bersemangat kembali untuk berkarier di KL. Pengalaman berbuka di Float, mkn lobster2 bersaiz gergasi, berlatar belakangkan pemandangan matahari terbenam sgtlah pertama kali bagi diri aku.

Rupa2nya ada perkara lebih penting di Langkawi! Sedang aku, Diana, Yanty, Digun, Baki, Liza (Sinar Harian Langkawi), Zeeka, Azizi, Alan dan Dina bersenang-lenang, menikmati kehidupan indah bergaya mewah, keluarga Shafie Mustafa a.k.a John di luar sana sama sekali tidak merasa apa yg kami rasa.

Pagi Jumaat mencerita segala! Kami ke rumah John, menelusuri sawah padi. Indah menghijau, tapi rumah John tak seindah hamparan padi ciptaan Ilahi itu. Rumah John sudah 2 tahun terbengkalai binaannya. Tak cukup duit, kata isteri John tak berselindung, tak menangis tapi terbit air di kelopak matanya.
John bukan pengasas roti John yang byk kat Pasar Ramadan skrg ni. John bapa tabah kpd 3 hero kecil. Nasib John malang. John sakit kanser hati. Stage 2 with possibilities entering stage 3, katanya.

John dah dibedah, tapi still kena ulang-alik ke hospital di A.Setar utk rawatan. Pil dari US yang John kena makan pun mahal; RM700 sebulan. Belum kira kos pengangkutan dan kos lain.Org lain maybe x bermasalah dgn kos berulang dari Langkawi-A.Setar. Tapi John cukup berkira-kira dlm hal ni. Sbb pekerja The Westin ni sedang bercuti tanpa gaji. Bukan John malas, tapi kesihatan John sgt tak mengizinkan. Mujur duit pil bulanan John setakat hari ini ditanggung majikan.
Habis tu anak2 John yg kecik2 tu apa cerita? Diaorang perlu makan, perlu sekolah. Nasib John tak siapa tahu, tapi anak2 John perlu ada masa depan cerah. Skrg John guna duit simpanan buat belanja. Ke depan, tak tahulah. Kalau perlu, terpaksalah isteri John kerja. Harap2 anak John tak sampai perlu keluar bekerja sudahlah!

Aku dan kwn2 lain nak tolong John bagi duit byk2 pun x mampu, tapi adalah derma sikit. Dina, Azizi dan Baki pun ada buat persembahan amal. Ramai jugak yg menderma. Syukur.

Tapi aku lebih senang kalau lebih ramai lagi yg hulur sumbangan. John tak pernah minta simpati sesiapa, apatah lagi hulur duit diam2 kat aku dan media lain supaya menulis tentang kesengsaraan keluarganya.
Ke Langkawi kali ini... Aku mula sedar! Sakit JOhn, susahnya keluarga John, perkenalan dgn kwn2 baru, jemputan ke Langkawi, nikmat berada di The Westin semua tu datangnya dari Allah. Tapi kesedaran, keinsafan dan tanggungjwb utk membantu datangnya hanya dari dalam diri kita sendiri.Perkara yg berlaku ada sebab dan musababnya.
Dan janji Allah yg paling pasti, setiap sekecil-kecil kejadian ada hikmahnya. SEmoga kita tidak pernah melupakan yg ini.

Kepada mereka yg nak bagi sumbangan dlm apa jua bentuk:
Shafie Mustaffa, Maybank Account Number 152-077-3050-25
017-5020569)
atau contact
Nurhayati Mohamad+604.960.8876

1 comment:

  1. harga makanan kat the float westin mcm mana ek?
    email me the info ok.
    truhafiza@gmail.com

    ReplyDelete