Tuesday, September 1, 2009

Kampungku dan kerang rebus Ramadan

Makan kerang rebus wajib bagi aku dan keluarga aku setiap Ramadan. Aku tak tau sangat pasal asal-usul kerang rebus ni. Yang aku tau, sejak aku kecik lagi ramai orang kampung aku memang akan makan kerang rebus lepas berbuka, termasuklah aku, adik-beradikku, bapak dan emakku, sepupu2ku, emak menakan serta bapak menakanku, walaupun rumah diaorang sebenarnya jauh dari kampung aku! Sanggup, kerang rebus punya pasal!

Masa aku kecik dulu jugak, aku ingat semua kampung2 kat Malaysia ni sama macam kampung aku, iaitu menjadikan kerang rebus sebagai santapan malam selepas 3-4 jam berbuka. Tapi bila aku makin dewasa dan membesar bagi johan, merantau ke negeri2 lain, barulah aku sedar yang amalan yang dah jadi tradisi ini hanya ada kat kampung aku je yang bernama Parit Buntar (PB), Perak.

Lantas aku pun rasa bangga dgn tradisi unik kampung aku dan membuatkan aku lebih sayang dan mencintai tanah kelahiran aku ini. Huhu...
Disebabkan aku rasa kisah kerang rebus Ramadan ni unik, aku pun buat sedikit temuramah eksklusif tapi tak rasmi dgn bapak aku tentang kerang rebus yang jadi kegilaan orang2 kampung aku ni.
Lagipun bapak aku anak jati, lagi sejati PB, bolehlah cerita sikit2 pasal sejarah dan kerang rebus yang dah sinonim dengan PB ni.
Bapak aku kata, kat PB kerang rebus mula2 sekali dijual di Permatang Tok Mahat. Nama kedai tu Bamboo Inn dan masih wujud popular sampai sekarang. (Patutlah Bamboo Inn masa aku kecik2 dulu kat tanah dia penuh ngan kulit kerang)

Peminat kerang rebus Bamboo Inn masa tu memang luar biasa ramai, esp bulan puasa. Bila permintaan tinggi, ramailah peniaga lain yang cuba nasib. Depa pun pakat jual kerang rebus jugak! Sayangnya, sambutan tak sekencang bulan puasa. Lalu, ramailah yang berniaga kerang rebus bulan Ramadan je dan tgk2 berlarutan sampai sekarang.

Unik kan kampung aku!? Supper makan kerang rebus. Huhu.. Memang meriah lagi happening. Kalau dah sampai ke PB, tak payah susah2 cari kedai mana nak makan sbb boleh dikatakan setiap kedai makan akan jual kerang rebus punyalah! Yang memenuhkan gerai bukannya 1-2 golongan je,tp semua golongan dan peringkat umur. Ada yang datang bawak family, dgn kwn2 dan yang pasti mak aji dan pak lebai yang baru balik tarawikh mesti akan singgah kat mana2 gerai untuk pekena kerang rebus.

Kerang2 tu pulak dijamin fresh. Kalau nasib baik, dptlah merasa kerang yang baru naik dari laut. Lagi satu, kat kampung aku kerang rebus tak cicah dengan sos, tapi cicah dengan kuah kacang. Perghhhh...Korang memang kena try. JGn setakat baca tanpa disusuli dgn percubaan. Rugi amat!!!

Sedikit info, dalam banyak2 gerai kerang rebus yang ada, gerai paling popular setakat entri ini ditulis ialah gerai Pak Mat kat Jalan Sekolah. Punyalah ramai sampai susah sikit nak parking keta, tapi tak berbayar tau!!! Lagi nak dekat raya, lagilah meriah sebab ramai anak2 PB yang balik cuti raya akan buat gerai kerang rebus sebagai tempat lepak diaorang. Dapat lepak satu malam pun jadilah, dah puas hati dah! Memang nikmat. Time2 tu lah dapat jumpa balik kengkwn lama, awek lama, bf lama dan musuh lama. Tapi aku tak ada musuh kat kampung. Di luar kampung adalah 3-4 orang.

Bab harga jangan pening2 pk. Sepinggan lebih kurang RM1.50-RM2.00 sahaja. Terbaru yang aku makan, sepinggan 2 hengget. Aku order 3 pinggang yang separuh masak sbb aku tak suka kerang yg betul2 masak sampai jadi kecik dan kecut tu. Hilang manis dan khasiatnya. Tapi setengah orang tak lalu dan tak bley accept mkn kerang separuh masak tu. Terpulang!

Tepuk dada, tanya selera, bukak mulut dan ikmatilah kerang rebus Ramadan di Parit Buntar.

1 comment:

  1. nampak sedap amat...terliur aku wehhh...ok..next yr nyer ramadhan confirm!! :)

    ReplyDelete