Monday, September 21, 2009

Saat tak indah hanya sementara!

Antara yg paling indah dan menggembirakan dlm hidup ini bila tiba saat dan ketikanya utk pulang beraya di desa. Dan aku baru saja melaluinya kira2 5 hari lps.

Aku balik hari Jumaat, 2 hari sblm raya. Tanpa 'dia' lg bersama tetapi tetap ditemani 3 org adik. My one and only 'bro' yg study kat Kelantan dah slamat tiba di kampung.
Perjalanan balik beraya kali ni cukup indah aku kira walau pada awalnya cukuplah tak indah! Bertolak jam 2.45am dan akhirnya sampai di kampung pukul 8.30am. Indah ke namanya? Lebih kurang 6 jam kat highway, yg trip biasa hanya amik masa 4 jam saja. (Pernah jugak kitaorg buat bagi jadi 3 jam. Tapi dpt 'surat cinta' lah akhirnya)

Konon...Sbb utama we all gerak awal2 Subuh tak lain x bukan sbb nak elak jem. Hampeh! Time2 nak raya camni, bertolak kul brp pun mmg akan jem punyalah! Hasrat nak singgah R & R terpaksa dilupakan sbb ramai sgt umat manusia. Bukan stakat tak bley singgah, lagi beberapa km nak sampai R & R pun dah jem teruk. Bukan kat 1-2 atau 7 perhentian, tapi jem kat SEMUA perhentian yg ada kat highway tu OK!!!

Adik bongsu aku awal2 lagi dah dibuai mimpi. Aku cam biaselaa, terlelap dan terjaga. Tak dpt tido dgn aman sbb sket2 kereta brek, sket2 stop. Rimasnya aku! Sampai kat Ladang Bikam, aku plak diarahkan jadik driver dan aku plak merasa memandu dlm keadaan sesak di highway. Sengsara!

Mcm2lah kitaorg buat dlm keta sbb nak hilangkan keresahan, kebosanan, kesakitan dan mcm2 ke. Menyanyi, layan lagu, bercerita, bergosip (wajib bg kami adik-beradik setiap kali bertemu), bersenam, termasuklah membuat aksi2 yg x sepatutnya dibuat dlm sebuah kenderaan bernama kereta. Tak dilupakan menangkap gmbr pemandangan di highway yg gelap tapi dihiasi cahaya ribuan lampu kenderaan. (Ada sorang brother tu siap pose lg sbb ingat kitaorg nak amik pic dia)

Mama plak byk kali call, babah pun sama sbb tunggu manalah anak diaorg x sampai2 lagi. Yg babah asyik risau kami kelaparan. Byk kali dia tanya ada food & minuman tak dlm keta. Pastu dok risau minyak kereta cukup ke tak utk sampai ke kampung. Nasib baik kat KL dah isi full tank, kalo harap nak isi kat mana2 petrol station kat highway, maka lagi lambatlah kami sampai jwbnya.


Ada satu masa tu kat radio ada lagu Allahyarham Sudirman.

Ho...ho...ho..balik kampung..Ho..ho...ho...balik kampung...hati girang

dan 2 adik aku telah menukar liriknya kpd

Ho...ho...ho balik kampung...sakit pinggangggg....
(Memang betul pun sakit dan rasa cam nak patah pinggang)

Aku berfikir. Mendgr lagu tu sambil mengamati liriknya memang membuatkan semua org rasa excited nak balik beraya walaupun semua org maklum jalan jem teruk.
Aku berfikir lagi. Masa zaman arwah cipta lagu tu, jln2 x jem teruk mcm skrg ni, pun semua org excited nak balik kampung.
Kesimpulan, lagu ni memang evergreen, relevan spjg zaman.

time ni dah sampai kampung. bila traffic light tu ijau aku belok kanan. pastu sampai.

Saat entri ini ditaip, aku sudah bersenang-lenang di rumah. Khabarnya ada ramai tetamu bakal dtg ptg ni.

Tiba2 aku teringatkan 3 awek yg tertinggal bas sbb kena beratur pjg sgt kat toilet R & R Bukit Gantang masa otw balik beraya hari tu. Apa citer diaorg ek? Apa kesudahan perjlnan balik beraya diaorg?

No comments:

Post a Comment