Sunday, September 20, 2009

Berita kemalangan yang tak pernah tersiar di mana2 akhbar

Teks/Foto: E Rahman
Heading: KUN FAYAKUUN...

KHAMIS, 17 SEPT 2009: Satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Myvi dan Perodua Kancil (dua2 kaler silver) telah berlaku kira2 jam 10.30 malam di Federal Highway, KL.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta Kancil (muda lagi orgnya) yg suka sgt berangan time memandu selain nak tunjuk macho memandu di depan dua amoi yang turut berada dlm kereta itu.

Akibatnya, dia telah menghentam bontot kereta Myvi dlm keadaan trafik yg pada ketika itu sesak memandangkan warga kota masing2 baru balik bershopping utk hari raya yg tinggal 3 hari saja lg dan sesetengahnya dah otw pulang ke kmpg.

Pemandu Kancil, ketika ditanya mengenai kemalangan itu menjawab dgn begitu jujur dan mengaku bersalah, atau dlm erti kata lain 'tak byk songeh'.

"Apa pasal u langgar?," tanya pemandu Myvi yg keretanya remuk di bahagian tayar blkgnya.

"I pun tak tau! I tengok2 lampu atas sana, terus langgar," jwbnya selamba, sambil menunjukkan lampu yg bergemerlapan di Menara TM, Bangsar.

Jawapan terlalu jujur; memandu sambil melihat neon2 berkelipan yg diberikan pemuda Cina itu membuatkan pemandu Myvi, bersama seorg lagi temannya terdiam dan tak dpt berfikir sejenak.
Sambil itu, masing2 sibuk memicit2 keypad handphone utk menelefon org2 yg dpt membantu.
Pemandu Myvi, ketika ditemui berkata kemalangan itu adalah 1st time dlm hidupnya. Dia juga mengaku tergamam slps dilanggar sehingga ada ketika dia berfikiran tidak logik dan tak masuk akal.
(Hehe..Ada ke patut dia kata tak kira apa jadi, dia nak kereta dia yg remuk tu di repair balik dlm masa sehari. Dan semua mekanik, call man yg ada masa tu hny gelak dan geleng2 kepala. Aiyooo! Apa jenis request tu???)

"Nasib baik ada kwn dan family members yg dtg tolong. Kalau tak, saya tak tau nak buat apa. Saya blur," katanya sambil mengucapkan satu persatu nama rakan2 yg sudi hadir ke tempat kejadian, walau jem teruk dan masing2 sibuk dgn persediaan menyambut lebaran.

Antara nama2 yg disebut termasuklah Eiza, Dylan, Du'a, Lee, Dikyin dan Nana (Letak nama ni kira kreditlah ni). Malah, kesanggupan Ayu dan Lindeli mencari tempat kemalangan tetapi sampai kesudah tak jumpa turut membuatkan pemandu Myvi rasa terharu sesgt.

"Kemalangan ni beri pengalaman baru utk saya. Saya bljr cara2 deal dgn 'call man', mula faham tentang insurans kereta dan bljr cara buat police report.

"Saya bukan bermaksud 'suka' dgn kemalangan ni. Mula2, saya pun marah giler dgn driver Kancil tu. Maklumlah, esoknya saya dah nak balik kmpg. Kereta pulak tak boleh jln. Takut parents marah pun yea jugak. Huhu...

"Tapi stlh ditenangkan rakan saya, saya 'cool' dan dpt berfikir waras. Benda dah jadi, marah2 pun tak guna," katanya sambil menganggap ada hikmah di sebalik kejadian.

Jelasnya lagi, kemalangan itu walaupun tidak teruk dan tidak mengakibatkan kecederaan telah memberi byk pengajaran dan kesedaran buat dirinya.

"Malang tak berbau, atau lebih tepat lagi kita tidak dpt tolak takdir. Tapi sbg manusia, kita boleh berusaha utk mengelakkan drpd berlakunya sesuatu kecelakaan. Kalau berlaku juga, redha dan anggaplah ia sebagai takdir," katanya.

Mengulas tentang keretanya yg remuk, dia memberitahu segala urusan membaikinya diuruskan pihak yang bersalah.

"Kereta saya dihantar ke woksyop di Damansara. Insyaallah, akan siap dlm masa seminggu," katanya.
salah satu pemandangan kat balai polis yg sempat diambil gmbr

2.30am tapi tetap setia menunggu kat balai polis

discussion dgn org insurans, esoknya.

No comments:

Post a Comment