Friday, September 25, 2009

Hanya tak suka, bukan benci!

Aku tak suka kucing. Bukan benci kucing! Aku tak suka dia meleset-leset kat aku. Geli pun yea jugak!


Tapi kat kampung mama ada bela 2 ekor kucing. Si emak nama Nora, si anak aku tak amik tau nama apa walau dah 4 bulan jadi sebahagian drpd family aku.
Aku slalu hangin kalo kucing2 tu dok lepak dlm umah aku, lantas aku pun menendang2 manja mereka dua ekor tu. Tapi kalo aku tgk dia merengek kelaparan, aku masih berperi kemanusiaan. Aku suruh adik laki aku bagi mkn kucing tu. Aku ni taklah kejam sgt terhadap cat dan kitten!
Cuma entah cemana smlm (24/9) aku tergerak hati nak tny adik laki aku jantina anak kucing tu. Adik aku kata jantan dan spontan aku bagi nama Nordin. Sebenarnya masa 1st time tgk kucing tu hati aku dah mengaku yg kucing tu cute. Tapi aku buat2 macho, simpan jer dlm hati, kengkonon kucing tu hodoh yg amat.

Tadi lebih kurang pukul 4.30pm Nordin takde buat selama2nya. Adik bongsu aku yg nak alih keta telah melanggar Nordin. Masa tu aku kat dlm umah dan terus berlari keluar bila dgr adik laki aku meraung. Punyalah kuat!!! (Dia ter'emo' sbb dia syg sgt kat kucing)

"Ya Allah kucing akuuuuuu...."

Tak sampai seminit slps kena langgar, Nordin pun mati. 3 adik aku yg nak ke Penang telah membatalkan hasrat murni tu, atas nasihat babah. Sambil menangis teresak-esak, adik laki aku telah menanam Nordin kat tepi rumah. Masa Nordin dilanggar sehinggalah ditanam, emaknya Nora sedang nyenyak tidur! Bagus gak. Kalo mak dia nmpk anak dia dilanggar, bertambah syahdulah petang tu.Kematian Nordin yg berlaku depan mata aku telah membuatkan aku insaf dan sedih. Aku akan mengubah sikap aku. Aku tak mahu berkasar atau menendang-menyepak manja mana2 kucing lg lepas nih.

No comments:

Post a Comment