Tuesday, October 20, 2009
Selalu denganmu...
Monday, October 19, 2009
Eloknya yang dinamakan Pisau Cukur!!!
Malam Gala Filem Pisau Cukur itu, bila org semua bertepuk tgn menandakan tamat tayangan, aku turut sama bertepuk tanpa disuruh, dipaksa atau terpaksa tepuk semata2 utk jaga hati mereka2 yg tertentu seperti kebiasaan yg pernah aku buat.
Aku suka perjalanan filem ni yg laju dan selamba. Pujian utk pengarahnya, Bernard Chauly yg tahu apa yg dia mahu utk filem ni! Dia nak buat filem sempoi, kelakar dan simple, dia betul2 merealisasikannya. Tak mcm sesetengah filem yg katanya ringan, tapi sbnrnya meleret-leret. Yang katanya komedi, tapi bosan nak mati!
Sbg penonton, masa aku menonton tu, aku tau yg aku sdg ditipu hidup2. Kata kat atas kapal, tapi tak sbnrnya! Tapi ada aku kesah??? Tak...Tak langsung! Sbb, aku faham, aku dan audiens lain bukan nak tgk sgt laut dan kapal2 mewah tu, tapi lebih kpd nak relax, menghayati jln cerita dan komedinya!Senang cerita, aku suka dgn keikhlasan, lawak2 dlm Pisau Cukur dan lakonan dua heroinnya. Ada sikit gedik dan ada manja2 yg tak keterlaluan, bersahaja dan natural, tapi ada masanya secara tak langsung mengajak kita berfikir. I like!!! Ada ketikanya punya persamaan dgn aku dan kehidupan seharian aku. Kdg2 lawak dan skripnya sinis, mungkin akan terkena batang hidung sendiri. Nasiblaa.. Sbb tu aku kata filem ni sgt dekat dgn diri aku sendiri dan kita semua.
Satu lagi, aku suka dgn kostum2 dlm filem ni. Simple tapi elok. Filem ni juga bagi aku sEbuah filem yang sbnrnya tak mahal dari segi kos pembikinannya, tapi berjaya 'dimahalkan' oleh kesemua yg terlibat dan seterusnya berjaya ditonjolkan sbg sebuah filem yg mahal dan ada kelasnya sendiri.

Pelakon2nya pun elok2 belaka dari segi rupa paras dan bakat. Selain dikuasai Maya Karin dan Fazura, ada Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Umie Aida, Radhi Khalid, Khatijah Tan, Radhi Khalid dan ramai lagi. Lakonan pelakon baru, Redza, pun best walau bergigi besi.
Cuma 'part' kematian Datuk berbini 3 kat tgh2 cerita tu bg aku sedikit bosan. Tapi Ok laa, aku tak tidur walau seminit pun mlm tu! Kat tgh cerita ada sedikit unsur2 penyiasatan, tapi taklah terlalu berat, serius dan membebankan otak. Biasalah, mana ada filem yg perfect!
Monday, October 12, 2009
Ini untuk awak. Awak akan baca kan???
Kursus kali ni saya tak menangis lagi. Tapi keinsafan tetap ada. Mungkin sbb saya dah bersedia. Pengalaman ESQ, menjadikan saya kenal siapa saya, kental dan bersemangat untuk terus hidup di bumi Tuhan.
Tapi kan wakkk, saya ada benda nak kongsi dgn awak. Harap awak berminat.
Proses ini sama dgn proses pembentukan berlian secara semulajadi yang memakan masa ribuan tahun. Semakin kuat tekanan, semakin panas suhunya, maka semakin sempurnalah proses pembentukan berlian itu. Di sinilah terjadinya pembentukan karektor seseorg manusia.
Alhamdulillah. Dengan izin Allah dan tanpa saya sedar, kehidupan saya menjadi bertambah baik. Tapi, masalah dan cabaran tetap ada, takkan pernah habis. Namun, selagi kita sedar tentang 165, VISI, MISI dan NILAI, kita pasti akan redha dengan segala kehendak-Nya.
Kalau dulu saya tak nampak hikmah di sebalik kejadian, sekarang sedikit demi sedikit Allah bukakan mata hati untuk saya melihat dan merasanya. Sekarang saya betul2 dapat melihat Allah menunaikan janjiNya kpd umat manusia. Subhanallah!Cerdas Nurani
ESQ Cerdas Emosi
ESQ Cerdas Nurani
Menyapaku kini
Desah nafasku
Detakan di jantungku
Air mataku
Laju merah darahku
Berpadu
Langit menjulang
Nan kokoh tanpa tiang
Berhias bintang
Tertata dan melayang
Membentang
KARYA TUHAN...
Friday, October 9, 2009
Rakus dan berselera menikmati Papadom...
5 anugerah yang digondol Papadom dalam FFM22 baru ini turut membuatkan aku kepingin menikmati keenakan Papadom itu dengan sendiri, tanpa mahu mendengar orang lain sahaja yang bercerita tentang 'kelazatan'nya. Syukur, dengan izin Tuhan, aku telah menontonnya, sehari sebelum Papadom ditayangkan kepada umum, atas jemputan seorang teman sambil aku pula membawa beberapa lagi teman yang lainnya.
Mudah sahaja untuk bercerita tentang Papadom sebenarnya! Bagaimana mudah, ringkas dan ringannya makanan bernama Papadom, begitu jugalah dengan kisah filem berjudul unik ini.
Latar dan suasana Papadom berubah sama sekali apabila Mia ke UiTM. Kerana terlalu sayangkan anak, Saadom dalam diam menjejaki Mia, bimbang Mia tidak mampu berdikari atau diapa-apakan. Di situ jugalah tampil lebih banyak watak2 tambahan ibarat penambah rencah yang dirasakan mampu menyedapkan lagi Papadom yang sudah sememangnya sedap itu.
Sekadar pendapat dan bercerita dari sudut pandangan sendiri, kerancakan menikmati Papadom kian berkurang di pertengahan cerita. Aku tak pasti kenapa. Mungkin kerana aku sama sekali tidak dibawa keluar ke lokasi atau latar yang lain, hanya diajak mengikuti konflik dan kisah Saadom, Mia dan rakan2nya dari dalam kampus sahaja. Terasa seperti menonton sebuah filem ringan, khusus untuk anak-anak remaja pun iya juga, apatah lagi bila aku terperasan dan dapat mengesan sebenarnya watak Mia terlalu dekat dengan usia dan gaya hidupnya yang sebenar. Mujurlah ada jenaka Saadom yang berkomunikasi dgn alam dan tumbuhan hijaunya!
Timbulnya rasa seperti itu mungkin juga kerana aku sudah terlalu 'kenyang' menikmati babak2 awal Papadom yang sempurna rasanya dan penggayaan persembahannya pada awal cerita. Sepatutnya, sebaik Papadom mula ditayangkan, aku harus menikmatinya secara santai, bukan dgn cara rakus dan terburu2. Tidaklah kenyang dan mengah di pertengahan jalan!
Dan, barangkali juga perasaan itu wujud kerana aku terlalu meletakkan harapan tinggi bahawa Papadom yang disajikan dengan aneka 'ramuan' istimewa seperti Farid Kamil, Scha dan Que Haidar akan membuatkan ia bertambah enak, atau sekurang-kurangnya mampu mengekalkan kelazatan yang dipersembahkan sedari awal. Apabila 'adunan' itu dirasakan kurang menjadi, maka Papadom mula sedikit hilang rasa dan aku sedikit terbantut selera.
Namun, sebagai pelakon dan pengarah terbaik, Afdlin berjaya menjadikan Saadom sebagai penyedap Papadom sehingga ke akhirnya.
Sunday, October 4, 2009
Dunia lalu, dunia baru dan dunia yang bakal berlalu...
Takdir Cinta Kita...
Selalu aku..Mahu bersamamu..Damping cintaku membuai rasa..Dan aku tak pernah..Sekali dua kanmu..Kau lah satu..Di dalam hati ku..
Chorus:**
Ku peluk dirimu...Meski pun hujan membasahi aku...Ku relakan cintaku...Biarlah mati bersama dirimu...Inilah cinta ku pada mu kasih....(Hanya kau selalu bermain di hati ku..Aku pun merindu)
Selalu aku..Mahu bersama mu...Damping cinta..Ku membuai rasa..(Dampingi lah belailah jiwa ku)...Mungkin semua ini..Takdir kita..(Bersama mu saja)Kan bersama..Untuk selamanya...
Takdir Cinta Kita by Iqwal