Saturday, March 20, 2010

Tolonglah bumi kita...

Malaysian Celebrities Go Green (MCG2) ke Melaka pula cuci pantai Tg Bidara . Aku, Diana dan Jazlan pun tumpang sekaki.

Mereka (MCG2) ialah Baki Zainal (hos 8TV), Dina (Penyampai ERA), Azizi (duta NKF) dan Soo Winccy (Miss Malaysia 08/09) . Mereka buat aktiviti amal. Mereka mahu selamatkan bumi dan alam sekitar.
Pantai Tanjung Bidara jadi saksi kesungguhan. Sampah sekitar pantai dikutip. Mereka sapu bersih botol2, puntung2 rokok dan sampah sarap bermacam jenis. Angkara siapa sampah beraneka itu? Cuba kita fikir sejenak...

Abang askar, pelajar2 pun join aktiviti ni. Bagus! Mau lentur buluh biar dari rebung. Biar besar nanti mereka sedar kenapa perlu prihatin, jaga alam. Mana boleh suka-suka campak sampah!!! Tak boleh buat kerosakan di muka bumi ni...

"Mother Earth has no voice! Tsunamis, typhoons, earthquakes are ways of her showing to us that she is not feeling well and is in dire need of help!

"We need to realize that we are just 'borrowing' our space here on Earth and we need to start loving mother nature before it's too late!"- Baki Zainal, Founder of MCG2

***Orang kata kalau suka buang sampah merata-rata tempat, kubur kita jadi sempit. Betul ke???

No comments:

Post a Comment