Thursday, March 18, 2010

Minggu kurang baik...

2 minggu tanpa menulis sesuatu di sini adalah petanda aku sibuk dan ada hal lain yg lebih penting selain blogging. Sebenarnya aku takdelah bz mana pun. Kerja sumer jalan mcm biasa. Yg jadi sedikit luar biasanya bila aku diserang demam minggu lepas dan dalam masa yg sama bz dgn aktiviti aneh yg jarang2 aku buat.

Antara aktiviti tu termasuklah training badminton. Habis sakit badan2 aku ni. Nak jalan pun kena pelan2, mcm mak2 dalam pantang. (Sekali je pun training. 2 jam. Hehe..) Aku bagi nama utk pertandingan badminton antara media dan TV9. Partner aku ialah wartawan cantik, diana surya dari majalah klik. Tak macam Datuk Lee Chong Wei yg menang bergaya dlm All England bebaru ni , kami kecundang tanpa gaya dlm pertandingan tu!!! Setelah dikaji, kami rasa punca kekalahan mungkin sbb lengan baju. Sepatutnya baju yg kami pakai masa main aritu sebelah takde lengan! Macam baju Datuk tu! Eh...Tapi bola last masa match point tu nampak mcm out. Apa2 pun, tabik jugak utk mamat Jepun tu!!! Kurang pengalaman, tapi semangat perjuangan dia memang tinggi. Gilerlah Jepun!

Lepas tu parents aku plak datang dari perak. Diaorg ada kenduri kat pahang. Mcm biasa, rumah aku jadi destinasi persinggahan. Sebelum ke Pahang, diaorg tido umah aku. Sebelum balik Perak pun diaorg lepak umah aku lagi. Aku pun melayan diaorg sebaik mungkin. Tak de hal punyalah! Dalam kesibukan dan diaorg dok merungut penat, sempat juga kami ke Ikea. Ada sale!!! Banyaklah jugak yang diaorg borong! Rumah kat kampung under renovation. Dan aku adalah capai 2-3 barang dan letak dalam troli diaorang. Aku juga terharu bila tengok mama tolong kemas rumah. Dia mop dapur dan cuci peti sejuk. Dia defrost! Aku memang tak pandai buat benda alah tu. Tak silap aku dah setahun lebih peti sejuk umah aku tu tak defrost. Tq mama!

Minggu lepas jugak aku ada satu test besar. Test yg bagi org yg tak berapa nak genius mcm aku ni, akan kata susah gila!!! Aku hentam semua! Satu soalan pun tak mampu nak jawab especially Math dan analitikal. Cesss!!! Teruk betul. Sumpah tak tipu, memang tak boleh jawab. Confirm fail punyalah. Dah laa badminton pun kalah. Huhu!!! Opsss...Kat sana jugak berlaku ala2 jejak kasih. Aku jumpa ex schoolmate aku, Shima. Tak dpt jumpa masa re-union, kat situ plak kami jumpa.

Dan...Aku rasa 2 minggu lepas adalah minggu yg malang utk aku. Test tak boleh jawab, demam, kalah badminton dan time tu jugalah aku dapat 2 berita yang tak best langsung utk telinga aku nak dgr, tak best utk hati aku nak terima. Tapi kena dengar dan terima juga! Tak pelah, nak buat macam mana. Aku pun pujuk diri sendiri. Berkali2 aku kata dalam hati, tak de rezeki, bukan rezeki aku. Tuhan je tahu macam mana aku sedih. Aku mengadu kat mama dan babah, dan diaorg tak patahkan semangat aku walaupun diaorg tahu aku hampir2 patah semangat. Dalam masa yg sama aku pk, mesti ada sebab Tuhan tak izinkan aku ke sana walaupun sampai skrg aku masih tak nampak sebab dan hikmahnya.

Untuk jadi lebih tabah, kuat dan kembali bersemangat, aku sentiasa ingat kata2 seorg penceramah ESQ yg bebaru ni dtg bagi ceramah kat opis aku. Walaupun masa tu aku mengantuk giler, tapi kata2 dia yg satu ni memang akan aku simpan dalam diri aku sampai bila2.

"Tak ada satu daun pun yang akan gugur tanpa izin Allah. Dan tak ada satu debu pun yang akan berterbangan tanpa izin Allah."

Bila ingat kata2 ni, aku jadi OK sket. Tak delah frust sgt. Aku kerja mcm biasa. Teruskan hidup mcm biasa. Senyum, dan bersyukur dgn apa yg Tuhan bagi untuk aku skrg ni...
Tapi minggu ni aku demam lagi. Malam tadi mama telefon. Dia suruh gi klinik, check darah sbb skrg musim denggi. Adoiiiiyaiii...Ni yang berat sket ni. Tengoklah macam mana. Selalunya kalau sebut klinik/doktor automatically terus baik demam!

No comments:

Post a Comment