Wednesday, February 10, 2010

Tiba2 Murtabak Singapore...

Secara tiba2 terkenang-kenang Murtabak Singapore.
Yg kedainya jauh di Muar, Johor.
Sedap sungguh!
Kali terakhir makan July 2009.
Dgn Nana, Aiza dan Yanty.
Masa kenduri kahwin Nana DJ dgn Brian.
Bekerja sambil makan katanya!Murtabak ni tak mcm murtabak singgit setengah yg kita pernah mkn.
Dagingnya banyak melampau.
Sangat besar saiz dan rupa bentuknya.
Kena mkn ramai2...kongsi2...
Barulah 'mari'!Murtabak Singapore sudah 3 generasi lamanya.
Resipi daging dicipta sendiri.
Warisan asli turun-temurun.
Ada rasa rempah2 tak keterlaluan.
Memang kena dgn selera, citarasa dan tekak gue.Keenakan murtabak tak terbatas.
Sos masam kuah pencicah sgt mengujakan.
Timun pun ada!
Tapi maaf, gue tak layan timun.
Hanya layan murtabak dan kuahnya sahaja!
Mau makan murtabak Singapore hati mau tabah.
Kena ada kesabaran.
Tak boleh marah menggila order lambat sampai.
Sebab pelanggannya gila ramai.
Dtg dari jauh, dari dekat.
Semua mau makan murtabak yg sama.
Silalah ikut giliran.
Jadi, kdg2 kena berdiri lama tunggu meja kosong.
Satu jam tunggu untuk sebiji murtabak
bukan mustahil.
Namun, ada mereka kesah???!!!
Hebatnya penangan murtabak Singapore!INFO:
Alamat: 1-4, Batu 1, Tanjung Agas, Muar. (Ada cawangan di JB gak)
Waktu operasi: Setiap hari. 10pg-12mlm. Jumaat buka 4pm.
Harga: RM5 (kecil), RM8 (besar), RM12 (special).----aku tak sure sgt harga ni betul ke tak.

***Menulis dan mengupload gmbr Murtabak Singapore pada waktu tengahari tanpa dpt menikmatinya sgt mencabar minda dan jiwa!

2 comments:

  1. nak ikirim murtabak singapore

    ReplyDelete
  2. penah makan kt sini..mmg best!! sebelum balik kg nenek kt air itam mesti singgah sini...

    ReplyDelete