Friday, November 27, 2009

Marathon makan di Penang!

Perjlnan ke Penang dimulakan dgn bacaan Bismillah dan doa. Kemudian barulah kami ber4 baca Bismillah utk mkn breakfast pada pagi tu dan Bismillah utk mkn pada kali dan hari berikutnya. Apa pun, breakfast kami bukanlah di Penang, tp di Hentian Sg Perak saja. Dah tak tahan dah! Masa tu pukul 7.30pagi. Lagi 2 jam lebih nak sampai Penang. Menu aku utk pagi tu ialah nasi goreng dgn telur rebus msk sambal bersama teh panas. Nasi lemak bungkus berharga singgit dlm pic di bwh adalah kepunyaan Yanty. Tj dan Niza mkn bihun goreng yg gmbrnya aku terlupa nak tangkap.Hujan renyai2 di Penang menyambut ketibaan kami. Finally dpt gak aku jejak Penang dgn kwn rapat aku. Dan syukur, Niza, kwn lama/rapat aku dan TJ masa matrix dulu merangkap pemandu pelancong kami pun selamat bertemu kami dgn jayanya. Memandangkan waktu masih berada di lingkungan 'pagi' masa tu, kami jln2 kat Lorong Kulit jap dan amik 2nd breakfast kat Honey Rock Corner. Roti bakar telur kat sini memang semua org kena try, at least skali seumur hidup. Aku sbnrnya nak mkn roti tempek nyiok kat situ, tapi dah habislah pulak. Tak kisahlah, roti bakar telur pun OK utk aku! Janji Penang!!!
Lunch punya cerita, kami mkn nasi kandaq kat Hameediyah, Campbell Street. Mula2 nak mkn nasi kandaq Lineclear, tapi bila pk2 balik, Lineclear lebih sesuai kami jejaki pada hari esok. Kat Hameediyah, aku mkn nasi kandaq lauk kari ikan, bendi, limpa, kuah campoq! TJ, Niza dan Niza Harmaini pun sama bedal nasi kandaq, tapi Yanty dia nk try beriani. OK...OK...Up 2 you! Hameediyah ni aku sker tempat dan deko restoran dia yg ala2 buruk dan lama. 2 tingkat, sempit, nak jln kena kecikkan badan, tapi yg sempit tu lah yg ramai org dok pi mkn. Harga utk 5 org mkn, tak sampai RM50. TQ to Niza Harmaini krn menaja lunch kami hari tu.
Ptg sket, kami lepak Gurney Drive ataupun org panggil Pdg Kota (baru). Byk giler stall2 kat sini especially stall Chinese. Pdg Kota ni tak pernah berubah dari zaman skolah aku dulu smpai skrg. Kat sini ptg2 dah start ramai org, mlm lagilah happening dan pening. Siap jem lagi. Masa kat sini, sbnrnya perut masing2 x habis lg proses nasi kandaq td, tp kami bantai mkn gak. Kami kesuntukan masa. Esok dah nak balik. Rugi kot pi penang tp tak pekena betul2 dia pny food! Pdg Kota telah menyaksikan kami mkn pasemboq, rojak buah dan tau fu fa. Kami amik mknan yg wajib2 je. Masa ni semua teringin sgt mkn laksa, tapi takde sape pun berani order sbb tau, kalo order gak laksa, confirm perut masing2 akan pecah dan meletoppp!!!
Malam, lps lepak jap kat HRC Penang dan beli apa yg patut berserta jln2 kat Pasar Malam Feringgi, kami singgah kat food court area situ gak. Segala mcm food ada kat sini. Peninglah jugak nak order. PK punya PK, aku pun order Fried Oyster w Egg ngan Garlic Bread w Cheese. Aku main order jer, walaupun time tu aku bukannya lapar sgt pun! Yanty mkn nan cheese sama dgn Niza. TJ mkn kue teow sup dan Niza Harmaini order Pepperoni Pizza utk dimkn beramai2. Dekat2 kul 12 mlm, kami pun balik utk 'pekena' santapan lain pulak yg tak kurang enaknya! Hehe...
2nd day! Good Morning Penang!!! Haha...Morning apanya?!!! Kami x breakfast pun. Terlajak tido. Kul 11 baru bangun. Itu pun sbb TJ sms aku suh bangun! Tanpa teragak2, tmpt pertama yg kami pergi hari ni tentunya nasi kandaq Lineclear. Gila lapaqqq!!! Sampai sana, mcm biasa, kena beratur pjg. Aku, TJ dan Niza je beratur. Yanty jaga tempat. Niza Harmaini masa tu otw ke situ katanya. Nasi Kandaq Lineclear ni bolehlah dikatakan sebati dgn jiwa aku sbb masa zaman sekolah dulu, kalau aku outing mesti aku akan dtg mkn kat sini. Tak pun, beli bungkus mkn kat hostel. Tempatnya tak berubah sikit pun. Tetap buruk dan...kotor sket sbb lokasi gerai terletak kat lorong usang. Tapi aku tak kisah. Ramai org tak kisah. Kalo ada yg kisah, silalah ke gerai nasi kandaq lain yg dirasakan bersih. Satu lagi, kat Lineclear ni ada lauk fav aku iaitu telur sotong. Kat tmpt lain memang susah nk dpt. Setahu aku, yg jual telur sotong ni kat sini ngan Restoran Subaidah jer. Kat tempat lain aku x pernah jumpa lagi.
Dgn perut yg penuh-sepenuhnya, kami berjln ke bazar Chowrasta utk beli jeruk. Kat situ mkn lagi! Mcm2 jenis jeruk ada. Sebut jer nak jeruk apa. Semua ada! Tauke jeruk tu kata sblm beli boleh rasa semua jeruk yg ada kat situ. Kami pun apa lagi!!??? Rasa setengah kilo, beli setengah kilo! Tj & Nizalah yg byk beli jeruk. Buat 'ole2' dari Penang. Bagi kat kwn2 ofis. Aku beli sikit jer. Niza Harmaini lagilah balik dgn tgn kosong sbb dia memang duduk Penang pun!!! Anytime bley beli. Tapi Niza Harmaini tetap tak lepaskan peluang'merasa' jeruk2 yg ada!
Kalo ikut plan asal lps beli jeruk nak gi mkn cendol ngan cucuq udang kat dlm bazar. Tapi tutup plak. Tak pe, kami ada option lain. Tetap mkn cendol, tapi mkn Cendol yg dieja sbg Chendul; Penang Road Chendul. Tp org2 Penang panggil cendol ni 'cendoi Pua Chu Kang' sbb Pua Chu Kang pun pernah mkn kat sini. Siap ada gmbr lg! Selain cendol, ada gak ABC yg disebut ais kacang. Mcm biasa, bila dah sedap dan famous, haruslah kena beratur. Dia tak sediakan kerusi/meja. So, mkn cendol sambil berdiri je lah. Aku OK jer! Tak taulah org lain!
Penang Road Chendul adalah menu terakhir kami b4 bertolak balik KL. Memang penuh perut. Ingatkan nak mkn laksa, tp dah tak tau nak sumbat celah mana lagi. Tak pelah, next time, maybe! (Ayat nak sedapkan hati). Otw balik KL, kami singgah plak mkn Mee Banjir Udang Kuala Sepetang. Walaupun masing2 kenyang lg, tapi rasa2nya time tu perut dah mampu sket menerima masuk mknan. Lgpun alang2 dah sampai ke utara, rugi rasanya kalo tak singgah. Kat situ kita boleh order apa2 je mknan, tp semua dia akan bubuh udang dlm kuantiti yg byk. Kalo udang bela, semangkuk mee berharga RM6, dan kalo udang laut RM10. Aku ngan TJ amik udang laut. Laksa pun ada jugak, dan laksa pun dia bubuh udang. Tp disbbkan Yanty x mkn udang, dia order laksa biasa jer. Menu lain yg ada kat sini ialah sotong kangkung dan satay!

Destinasi terakhir ialah Hentian Tapah. Aku surrender!!! Dah tak boleh masuk apa2 mknan lagi. Tabik utk TJ,Niza dan Yanty sbb boleh lagi menikmati buah-buahan dan waffle. Thanks utk Niza Harmaini yg sanggup melayan kerenah dan ragam kami. Nanti kami pi lagi!!!

No comments:

Post a Comment