E...Lahir tahun 1980 di Perak. Setahun di tadika, dia ke sekolah rendah yang terletak kira-kira 1km dari rumah keluarga sederhananya. E...Dari kampung merantau ke sekolah 'mahsyur' di P.Pinang sebelum belajar matrikulasi UPM di Perlis. 3 tahun di UPM, Serdang, ilmu 'tukang tulis' yang ada kini diaplikasikan sepenuhnya dalam kerjaya yang maha mencabar, di syarikat yang terletak di Shah Alam. E...Punya kerja, punya segala, tak pernah lupa, dalam mengharungi hari2nya, sungguh, tidak mungkin diketahui liku2 di hadapannya & dugaan yang telah ditentukan-Nya. E...29 tahun di bumi Tuhan, hati2 langkah diatur agar proses hidup berjln lancar lagi sempurna. Namun, E, biar setiap langkahnya dirancang teliti, ada saat gelincirnya jua. Ada ketika, tatkala langkah rancak dihayun, sekelip mata dihentikan-Nya begitu sahaja. Jika sudah itu kehendak-Nya, tiada siapa mampu berkata apa, redha dan terimalah seadanya...nescaya yang tidak indah itu bertukar indah! "Rupa-rupanya, inilah kehidupan!" Blog ini tidak seindah kehidupan, namun masih punya KISAH & PENGKISAHAN.
29 adalah perjalanan, 29 adalah perjuangan, 29 adalah pengalaman! Teristimewa untuk mereka yang istimewa....
No comments:
Post a Comment