Monday, February 1, 2010

Mari jadi pereka baju!!!

Aku interview Shaffiq bebaru ni. Ex-student MMU. Kawan aku yg perkenalkan aku ngan mamat unik nih. Thanks kawan!

Menarik tentang Shaffiq, dia ni menjadi pereka baju utk diri sendiri. Kalau dia kuar gi Chow Kit atau ke Thailand, dia akan beli byk2 kemeja bundle, kemudian mulalah dia cari idea kreatif supaya dpt dia mengubah suai kemeja yg dia beli tu.

Baju kat atas ni dia tukar benang kaler merah. Rajin kan dia???!!

Lepas dpt idea, dia pun bawaklah kemeja yg dia nak ubah suai tu ke tukang jahit. Shaffiq kata ramai jugaklah taylor yg pening nak ikut idea dan kehendaknya. Yang marah2 pun ada jugak sbb depa kata Shaffiq mintak depa buat yg bukan2 kat kemeja tu. Bukan semua tukang jahit reti!

Biasanya Shaffiq akan ubah butang dan potongan kemeja. Dia potong kemeja2 besar cantik2, ngam2 ikut bentuk badan. Ada jugak kemeja perempuan yg dia ubah jadi kemeja lelaki. Bila dah siap, nampak segak bergaya pulak bila Shaffiq pakai. Tak nampak langsung kemeja tu mcm kemeja pompuan.

Ni lah kemeja pompuan yg telah diubah suai Shaffiq

Butang2 pulak Shaffiq suka beli kat area Pudu dan Sg Wang. Dia kata kat situ jual mcm2 jenis butang yg cantik, pelik dan unik. Contohnya butang yg dibuat drpd kulit kerang. Macam gambar kat bawah ni.



Setakat yg aku tahu, Shaffiq dah ada lebih kurang 500 helai kemeja. Kat kampung dia kat Alor Star pun ada lagi koleksi. Mak dia mula2 marah, tp lama2 dah tak larat nak marah dah! Suka hati kaulah nakkk!!!

Shaffiq kata, dia buat kerja ubah suai kemeja ni sbb minat. Bukan sbb nak tunjuk pandai ke apa. Bila sehelai kemeja siap diubah suai, dia puas hati. Dia tak kisah pun kalau ada org menghina dan mengutuk! Yang penting, confident!!!


Lagi satu yg best tentang hobi ni, bila Shaffiq pakai kemeja buatan sendiri tu, dia tak payah risau kot2 ada org yg pakai baju sama dgn dia dalam satu event yg sama. Malu kot kalau jadi mcm tu!


"Walaupun baju bundle murah, tapi saya bangga dan puas hati sebab mustahil utk org lain ada kemeja yg sama mcm saya pakai."


"Sbnrnya, kemeja lelaki perlu digayakan mengikut karektor individualistik. Potongan, corak dan warna kena sesuai dengan umur, kulit dan perwatakan. Jenis kain pun penting. Tersilap pilih kain, corak, warna dan potongan, tak pasal2 nnt jadi mcm cikgu Perdagangan!..."- Shaffiq, 27, Kedah

No comments:

Post a Comment