Saturday, January 9, 2010

Manusia jangan terkejut beruk!

Rasa bosan? Kesepian? Rasa tak dihargai atau disisih dari keluarga atau masyarakat?
Rasa buntu? Tak ada port nak lepak? Jgn bingung2...
Aku ada satu port lepak yg aku nak suggest utk korang. Port yg aku maksudkan ialah Taman TAR, Ampang, yang dipenuhi monyet2, beruk2 dan kera2 jinak...
Sebenarnya aku tau pasal tempat ni pun sbb kawan aku, Yanty yang perkenalkan kat aku last year. Thanks dear!

Bagi yg tak pernah jejak kaki kat situ, aku gerenti memang korang akan terkejut beruk dan gerun bila tengok beratus ekor monyet baik punya dok bersidang kat satu selekoh jalan sunyi. Time depa makan pulak, nmpk mcm majlis kenduri-kendara.
(Ni baru betul2 maksud terkejut beruk)

Aku, masa 1st time ke situ pun lama gak bertapa dalam kereta sbb takut nak keluar bemesra-mesra dgn monyet2 tu, mcm yg org lain buat.

Lagi buat aku 'seriyau' nak keluar kereta bila aku tgk monyet2 kat luar bukan main syokk main lompat2 atas bumbung kereta aku, sambil sesekali dok jenguk dan intai aku ikut cermin luar.
Mungkin dlm hati diaorg kata, apa barang aku dtg situ tapi setakat lepak dlm kereta je! Keluarlah wahai manusia! Bawak2lah bersedekah makanan. Dapat gak pahala...Haha..
Tapi, bila aku tengok ramai org kat situ selamba badak je bagi monyet2 kat situ makan tanpa gentar, perasaan utk try dan tumpang sekaki semakin membara. Kalau budak2 kecik umur 2-3 tahun pun buat monyet2 kat situ mcm member kamceng diaorg, kenapa aku yg muda remaja ni kena takut kan???

Situasi tu membuatkan aku nekad keluar dari kereta. Alhamdulillah sampai ke hari ni aku selamat tanpa pernah sedikit pun dicederakan monyet2 yg ada kat situ.

Selain jinak, monyet2 kat sini tak cerewet bab makan. Apa saja diaorg bedal. Org2 yg selalu ke situ selalunya bawa makanan seperti mangga, kacang, roti, carrot dan mcm2 lagilah.
Pisang diaorg tak layan sgt! Tapi still makan la! Kalau dah monyet tu monyet jugak laaa...
Paling aku terkejut bila org2 yg selalu ke situ kata monyet2 tu sgt menghargai gula2 Mentos, Nata de Coco dan air tin, especially soya. Giler maju monyet zaman skrg!

Tapi kalau korang bawa air tin, kenalah suapkan ke mulut monyet sbb monyet2 kat situ belum ada kepakaran menyuap air ke mulut sendiri.
Kat situ juga aku kenal Pakcik Tajul, Kak Farhana, Alice dan Aisha, yg bagi aku hobi diaorg ni pelik, iaitu bagi makan monyet secara sukarela. Setiap hari OK!!! Diaorg ni stok yg kalau tak jumpa monyet sehari-dua rasa gelisah semacam. Yealah, dah syg sangat2.

Dlm 4 org ni, Pakcik Tajul yg paling lama dgn hobi ni (13 tahun). Sbb dah selalu sgt ke situ, dia dah boleh cam 'wajah' monyet2 kat situ dan monyet kat situ pun anggap Pakcik Tajul macam tuan diaorg. Siap ada nama2 lagi!
Yang Kak Farhana pulak sanggup masak nasi tiap2 hari utk monyet2. Lunch hour, dia akan ke situ bawa nasi, kepal2 dan suap ke monyet2 yg ada. Tak cukup dgn nasi, dia bawa lagi makanan lain. Bab kos, no hal! Dia siap ada kereta khas utk bawa makanan monyet...Cayalah kak!

Aku malas nak cerita byk pasal tempat ni. Korang kena pegi, tgk dan feel sendiri. Bagi aku, tempat ni mampu buat kita tenang dan rasa seronok seketika. Paling penting dpt buat kita lebih mengenali dan dpt berbakti kpd makhluk Tuhan yg lain, selain manusia.
Pesanan aku, kalau dah ke situ jgnlah berkasar dgn beruk2 tu. Layan lembut2 je, sbb diaorg semua jinak. Ada sekor-dua je yg naughty sket. Biasalah tu!
*Kdg2 berbaik dgn beruk berjuta kali lebih baik drpd berbaik dgn manusia2 yg hanya pandai berkata2, bermuka2 dan seterusnya menyakitkan hati kita!

No comments:

Post a Comment