Tuesday, January 19, 2010

Demi Coke...

Aku kagum gila bila tengok koleksi barang Coke Prof Madya Dr Ahmad Rashdi Yan Ibrahim, salah seorg lecturer UiTM Shah Alam yang dipamer dlm satu bilik khas kat rumah dia.

Koleksi beliau memang bertimbun! Dah nama pun hobi, pantang nampak je barang Coke, mesti beliau akan beli. Tak kisahlah mahal ke, murah. Janji happy dan puas hati!

Dr Rashdi start kumpul barang2 Coke ni masa umur beliau 28 tahun. Yang buat beliau berminat nak kumpul bila ada satu hari tu dia kebetulan jalan2 kat Coca-Cola Street, Amerika Syarikat, tahun 1984.
"Bila sampai kat situ, I terus jatuh cinta dgn bangunannya. Sejak hari tu I nekad kumpul barang Coke," kata anak jati Perak ini.

Setakat ni, beliau ada beratus-ratus koleksi barangan Coke yg unik dan best2 belaka. Giler gempak!

Aku terlopong bila tengok Dr Rashdi bercakap-cakap dgn koleksi2 kesayangannya. Dia cakap dgn botol Coke, cakap dgn tin Coke. Padahal botol dan tin tu sepatah haram pun tak jawab balik!

Nak gelak pun ada jugak bila tgk gelagat beliau yg panggil koleksi yg dia ada sbg 'My Darling' dan memang aku gelak pun tapi beliau tak marah apatah lagi sentap!

"Owh My Darling...I love you my Darling..." katanya dgn suara manja, sambil gosok dan usap koleksi yg ada kat tangan.

"Ramai kata I gila, tapi tak apa, dah biasa. Masa belajar kat luar negara dulu, I jadikan hari Ahad sbg My Coca-Cola Day. Hari Ahad I buat apa saja aktiviti berkaitan hobi ni."

Macam itulah kalau dah minat. Jangan ada yg berani halang. Dr Rashdi kata kalau kita fokus terhadap hobi, hidup kita akan lebih tenang dan dpt kepuasan. Yea ke macam tu? Ikut oranglah kot. Dan tengok jugalah hobi apa! Kalau hobi main judi takdenya nak tenang!

Paling best time aku mintak komen beliau sbb ada yang kata dia over dan keterlaluan. Yealah, sampai bercakap dgn tin Coke apa hal kan? Bukan semua org boleh terima. Nasib baik Dr Rashdi cool orangnya...

"Lebih baik I ada brg Coke byk2 daripada ada ramai girlfriend. Kalau koleksi makin bertambah, jiwa makin tenang. Tak macam kumpul girlfriend, semakin ramai semakin byk masalah. Hidup pun tak tenang," katanya sambil ketawa.
Hurmmm...Betul..betul..betul...

Apa pun, terima kasih buat Dr Rashdi sebab sudi ditemuramah. Terima kasih juga utk teh O yg dibancuh khas oleh anak perempuannya sempena kunjungan kami. Elok teh O tu. Dr Rashdi, walau baru kenal dalam satu pertemuan singkat, tetap mesra dan peramah.

Yang penting Dr Rashdi sempoi!!! Tak perlu bersiap bagai utk sesi fotografi.
Pagoda sudahhhhhhhhh...

***Tinggalkan Coke buat sementara waktu! Sakit gigi..............

No comments:

Post a Comment