Monday, November 16, 2009

'Sabar' dan 'Seseorang'...

Suatu hari berckp tentang 'sabar' dgn 'seseorg'. Dia bukan penyabar, sama dgn perangai aku zaman muda remaja dulu2. Tapi skrg aku dah byk 'cool' berbanding dulu. Dulu sikit2 nak 'bebai', mengamuk tak tentu hala.

'Seseorg' kata dia jenis baran. Barannya tu yg kdg2 boleh dikawal dan kdg2 langsung tak boleh. Yea...Buat pengetahuan seseorg tu, kalau aku tak dimaklumkan tentang itu pun, aku sedia maklum yg dia memanglah bukan dari spesis yg sabar dan penuh dgn kesabaran. Tapi aku tetap kwn dgn dia sbb bagi aku manade manusia perfect dan dia ada kualitinya sendiri. Ermm....

Tapi katanya, baran mungkin akan hilang dgn tiba2 bila kita ada rasa cinta kat seseorg. Memang pelik dan ajaib, tapi itulah realitinya. Untuk org yg kita syg & kita cinta, semuanya kita sanggup jadi. Dia tak suruh buat pun, kita sendiri sanggup dan pepandai buat. Benda yg seumur hidup kita tak pernah buat dan belajar pun bila kita buat akan jadi 'kacang'. Dan, yg sepatutnya kita tak payah sabar pun kita akan sabar jugak, tanpa disuruh atau dipaksa sesiapa.

Ini antara kata2nya tentang keajaiban sabar yg sempat masuk dlm kepala otak aku.

"Skrg baru I tahu, sabar tu tak perlu dipelajari. Kita tak boleh blajar utk bersabar. Dia dtg sendiri OK! Owh..I tak boleh kata I nak sabar mcm ni...I nak sabar macam tu..."

"Utk jadi sabar, kita kena ada something. (Dia tak cakaplah cinta, tapi aku tau 'something' yg dia maksudkan tu cinta sbb skrg ni dia tgh hangat bercinta dgn seseorg)

"Benda 'sabar' ni susah kot nak dapat. Tapi skrg I dah dapat. Memang susah utk sabar dgn org yg kita sayang, tapi dgn dia I sanggup sabar. Kalau tak boleh nak sabar pun I sabar jugak. I sentiasa kena pk benda lain yg boleh sedapkan hati sendiri.

"I tahu tahap kesabaran I, tapi cinta punya pasal, I telah melangkaui jauh dari tahap yg sebenar. Fuhhh..."

"I akan terus bersabar sbb I rasa sabar tu satu perkara yg baik. Tak rugi kot kalau kita bersabar sebyk mana pun.

Sekadar memberi kesimpulan berdasarkan pengalaman lalu, apa yg seseorg kata tu memang betul! Aku pernah dan di saat ini juga sdg bersabar dgn seseorg. Kalau bercinta, amat mustahil kita dpt lari dari 'sabar' dan 'pengorbanan'. Kdg2 tu, lagi byk kita bersabar, lagilah byk dugaan dan cabaran yg datang. Lagi byk berkorban, lagi dahsyat ujian dari-Nya.
Tapi, tanpa kita sedar, kesabaran itulah yg membuatkan hubungan kita dgn org tersyg lebih erat.

Semoga sabar akan merapatkan hubungan seseorg yg aku maksudkan tu dgn org yg dia syg dan semestinya juga aku mengharapkan kesabaran aku akan memperkukuhkan lagi ikatan aku dgn seseorg yg sgt aku cinta!!!
"Hanya dgn cinta yg indah kita dpt bertahan terhadap derita kemiskinan, pahit kesedihan dan
duka perpisahan..."- Kahlil Gibran

No comments:

Post a Comment