Tuesday, July 28, 2009

Aku kembali walau tanpa dia!!!

akhirnya!!! agak lama aku tak jengah umah kat kampung...last aku balik masa mothers' day 2 bulan lepas...syukur aku diberi peluang skali lagi memijak rumput di laman rumah aku dan aku masih berdaya berjln mundar-mandir di segenap ruang rumah aku walaupun kali ini kepulangan aku tidak lagi bersama dia seperti kebiasaannya..
pasti...kepulangan aku kali ni terselit 1001 rasa...aku xpasti perasaan apakah itu...

selesai jer assignment kat kuala gula, terus connie meluncurkan kereta ke parit buntar...kami akan bermlm di situ yakni rumah parents aku walaupun diaorg xde...sdg enak bercuti-cuti eropah...
aku pasrah dgn kehendak dan kekuasaan-Nya bila pekan sekecil itu dgn spontan mampu mengencangkan degup jantung aku...menggegar seluruh rasa & jiwa...yeahhh...pekan kecil tu telah membuat aku terkenangkan dia yg dah lama aku tak kenang...arghhh...

tak tipu...satu persatu aktiviti aku bersama dia selama 10 tahun dulu bagai sengaja diulang tayang pada waktu dan ketika itu...aku dah laa penat travel...penat keje...why???why perlu ada siaran ulang tayang...cukuplah astro jer yg buat keje ulang2 tayang tu...aku x nak ingat apa2 lg..
otw ke rumah aku...aku cuba kawal perasaan bila tengok kedai gunting rambut rose...tmpt fav dia utk menggunting, meluruskan dan segala mcm 'me' berkaitan rambut..
"murah...lg pun lama sikit lurus kalau nak dibandingkan dgn KL"...

itu jelah modalnya setiap kali nak ajak aku ke situ...confirm aku tarik muka dan mengeluh pjg...tp last skali aku turutkan gak permintaan dia..janji dia happy dan muka berseri2 setiap kali tauke kedai rose yg kulit muka berkedut dan bentuk rambutnya pun dah mcm kelopak bunga ros tu selesai meluruskan rambut dia yg prnh aku kawan selama 10 thn itu...

sampai di rumah...mata tertancap pada sofa merah...sofa di mana berakhirnya sebuah pertalian yg kami bina sama2 selama 9 tahun 9 bulan...tarikhnya pun aku ingat...mlm 8 mei 2009 lebih kurang jam 10.30 mlm...kat sofa itulah aku terbaca email yg MEMPERJELASKAN kpd aku tentang maksud serta erti kata 'khianat' yg sebnr2nya dlm hidup ini..dan perhatian!!!pedihnya terasa sampai skrg..

langkah semakin longlai menuju ke bilik tempat kami sama2 tidur setiap kali balik ke sini...beg baju digalas sendirian...beg laptop diusung ke bilik tanpa ada lagi dia utk menolong aku mengangkat 2 brg wajib bawa balik kmpg tu...suis lampu dan kipas dipetik serentak...lama aku merenung kedudukan katil...masih lg sama mcm 2 bulan lepas...2 bulan lps yg juga menjadi kali terakhir dia melabuhkan diri di katil tu...

well...mothers day 2 bln lps disambut sederhana oleh kami semua termasuklah dia...mama aku mama dia jugakkk!!mama sygkan dia sama mcm dia sygkan aku dan adik2 aku yg lain...tp sayang...rupa2nya 10 tahun tak cukup utk mengajar dia erti kasih syg sbnr sehingga membawa kpd ketiadaan dirinya dlm kepulangan aku ke kampung kali ini dan pasti utk kesekian kalinya..

"takpe...pergilah sejauh mana pun nak pergi kalau cara tu yg membahagiakan..."

aku tarik nafas dlm2...berfikir dan berfikir....smpai bila aku kena elak drpd balik ke rumah dan kmpg halaman aku sendiri??? xkan sbb persahabatan aku dan dia berakhir kat rumah ni aku perlu bersedih setiap kali terpandang sofa merah dan bilik tu???? sofa merah tu x salah apa2...ia sekadar tempat meletak laptop aku yg pd ketika itu mengandungi email2 keji di antara dia dan seekor syaitan...
tuhan..mohon beri kekuatan...

No comments:

Post a Comment